skip to main |
skip to sidebar
ISA ISA ISA ISA ISA...
Bukan Nabi Isa a.s,tetapi Internal Act Security.Apakah sebenarnya ISA ini?Dalam berita atau dimana jua mahu di parlimen atau di kedai kopi semua orang berbicara mengenainya.Aku bukanlah pakar bab ini tetapi sebagai insan yang hidup di bumi Malaysia ini,aku memikirkan apa itu sebenarnya dan apakah fungsi utamanya?Berikut adalah pendapatku yang mungkin sahabat setuju atau sebaliknya:
1)ISA ditubuhkan pada 1960 yang asalnya bertujuan untuk mengekang aktiviti pengganas Komunis yang membuat huru hara di Tanah Melayu ketika itu.48 Tahun selepas itu ISA masih diguna pakai tetapi bukan untuk pengganas tetapi untuk mereka yang mungkin boleh mengganas kedudukan sesebuah kerajaan.Cuma mangsanya kali ini adalah rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan diberi pendidikan di Malaysia.
2)Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.Bukankah ini seperti menghukum dahulu sebelum membuat perbicaraan?Dalam Islam hal ini sangat ditegah kerana ianya seperti menganiyai orang yang tidak tentu salahnya.Mereka yang bersalah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah seberapa segera yang mungkin agar hukuman dapat dijatuhkan.Bukan dengan hanya mengurung orang 60 hari kemudian beberapa tahun mengikut kesukaan pemerintahan.Bagaimana pula jika mereka ini tidak bersalah?Mereka sudah teraniya.Bukankah doa orang yang teraniyai pasti dimakbulkan oleh Allah?Lihatlah Malaysia sekarang,dalam 'keamanan',kerosakan dalam masyarakat,akhlak dan pemerintahan negara sangat teruk.Adakah golongan penindas ini masih tidak sedarkan diri mereka?Ingatlah,kekuasaanmu itu milik Allah.Kalian tak punyai apa-apa.
3)Pemerintah kita tidak serupa bikin hal ISA?Nah buktiknya:Perdana Menteri Malaysia kelima,Paklah, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir(Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."-Huh hebat sungguh menukar pandangannya tentang ISA demi menyelamatkan kedudukannya dalam kerajaan.Bukan diri ini bangkang kerajaan tetapi benda yang zalim tetap akan ditentang demi maruah agama,bangsa dan negara. Bukankah perkara ini sangat menakutkan kita?Polis yang sepatutnya menjaga keamanan kini boleh menjadi ejen kerajaan untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan yang kian menindas rakyat.Ya Allah,Engkau selamatkanlah Malaysia dari bencana mu ya Allah.Moga kebatilan diganti dengan cahaya kebenaran dariMu...Kami berlindung di bawah naunganMu ya Allah SWT.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan