"Tentatif" kami pada hari terakhir (Isnin) jauhhhlahhhh:
0600am:Peserta bangun dari tiduran.Ustaz-ustaz tidak tidur bersama kami.Mereka tidur di rumah sahabat mereka.
0630am:Ada sahabat yang tertidur kembali.Ada yang membaca surah As-Sajjadah.
0800am:Menerima kunjungan dari ikhwah UiTM Kuantan dan UIAM Kuantan.Mereka menyediakan sarapan pagi kami.
0830am:Menunggu kedatangan ustaz mengambil kami.
0900am:Ketibaan ustaz.Pengarah program yakni Abul Syakur keletihan dan kepanasan menunggu ustaz-ustaznya.
0945am:Tiba di Teluk Cempedak.Bola Sepak pantai antara Ikhwah UiTM vs Ikhwah UNITEN.
1030AM:Bermandi manda dan sesi tangkap gambar di tepian pantai.
1130am:Bersiap-siap.Buat pertama kalinya sejak jumaat kami membersihkan diri sebaiknya selepas bermandi di bilik air Teluk Chempedak.
1200pm:Menuju ke UIAM Kuantan.
1215pm:Peserta Jawlah,Ikram membuka topik best di dalam kereta Ustaz Dzul iaitu topik Perkahwinan.
1245pm:Tiba di UIAM.Disambut oleh ikhwah UIAM.Dibawa meronda dan melawat Fakulti Perubatan UIAM.
0130pm:Menjamu Selera di kolej penginapan UIAM.
0200pm:Menuju ke tengah bandaraya Kuantan untuk menghantar Adli ke stesen bas untuk pulang ke Kelantan.
0230pm:Menuju ke Lanchang,Pahang untuk menziarahi ibu kepada Ustaz Dzul.
0300pm:Ustaz Adnan menukar pemandu kerana keletihan.Menyusuri Lebuhraya Pantai Timur.
0400pm:Tiba di R&R Temerloh.Bersembahyang dan membeli jeruk.
0530pm:Tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bahaman untuk menjamu selera nasi minyak di kantin milik kakak Ustaz Dzul.
0545pm:Tiba di Rumah ibu Ustaz Dzul.Masih sihat ibu ustaz walaupun menjangkau umur 70 tahun.
0615pm:Menuju pulang ke Gombak melalui Karak.Singgah membeli buah-buahan di tepian jalan.Kami borong.Berlaku perlumbaan antara Kereta Ustaz Adnan dan Syakur.Kereta dinaiki ku ketinggalan jauh.
0700pm:Tiba di Gombak.Singgah di Surau untuk solat Maghrib.
0800pm:Majlis Penutup di Rumah Ustaz Dzul.Menjamah kepok lekor.
0900pm:Berangkat pulang ke Uniten Putrajaya.
0930pm:Tiba di Masjid Uniten untuk menghantar beberapa ikhwah ke uniten.
1000pm:Akhirnya alhamdulillah tiba jua kami ke rumah bujang kami bernama Baitul Jundi di Bangi.Berkemas barang dan berehat.Tamatlah pengembaraan kami genap 3 hari...
MANUSIA AKHIR ZAMAN
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan