Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Skuter oo Skuter...


Sesungguhnya berat sungguh ujianNya kepada ku pada hari-hari yang lalu.Tanggal 11/11/2008, skuter ku bernama Karisma BMW..hehe.. rosak dipertengahan jalan ketika menemani sahabatku Hakim ke Low Yat untuk membeli barangannya.Sejak dalam perjalanan mula lagi aku rasakan tidak sedap hati ketika menunggang skuter ku ini.Bunyinya bising bagaikan enjin jentolak.Sebaik tiba bersebelahan dengan Tol Sungai Besi,Skuter ku mati enjinya dan terus berasap.Daku dan sahabatku membawanya ke Stesen Shell berdekatan untuk mengetahui masalah sebenar dialami skuterku ini.Rupa-rupanya minyak enjinnya sudah kehabisan akibat kebocoran pada enjin.Daku membawanya ke kedai Motor bersebelahan dengan Shell berkenaan untuk membaikinya.Abang Motor kata"Adik,enjin overhaul,kena bukak enjin ni,piston dia dah jem".Daku hanya menganguk faham.Aku menghubungi abahku untuk menanyakan pendapatnya tentang masalah motor ini.Dia kata pilihan yang ada hanya memperbaikinya.Maka daku dan hakim mengamanahkan skuter ku ini untuk diperbaiki oleh abang tersebut.


Kemudian kami masih tetapkan hati mahu ke Low Yat.Ketika kami baru sahaja selesai keluar dari kedai motor tadi,sebuah teksi yang dipandu oleh seorang Lelaki India berhenti 20 meter dari tempat kami berdiri.Dia bagaikan mengetahui kami memerlukan teksi.Dia membawa kami ke stesen LRT Sungai Besi.Dalam perjalanan tersebut,daku berbual dengan pemandu teksi tersebut manakala hakim membisu di belakang dan bertugas sebagai pendengar yang setia.Daku bertanya berkenaan dengan kos sara hidupnya ketika ini.Sebagai seorang rakyat biasa,pakcik India ini meluahkan rasa kecewanya dengan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini.Dia katakan ianya bukan isu politik jika membincangkan isu minyak(isu utama ketika kami berbual) tetapi ianya adalah isu kebajikan rakyat.Daku hanya mengangguk setuju apa yang diperkatakannya kerana aku tahu kesempitan hidup yang ditempuhinya sebagai seorang pemandu teksi yang bekerja keras untuk menyara keluarganya.Aku dan Hakim meninggalkan dia dan terus menaiki Star LRT ke Hang Tuah.Ketika hampirnya kami ke Pusat Bandaraya,Hujan lebat rahmat melimpahi bumi ibu kota Malaysia ini.Mungkin inilah rahmat disebalik kerosakan skuterku tadi.Jika tidak sudah tentu basah kuyup kami dek hujan lebat... Begitu indah perancangan Allah untuk menyelamatkan kami dari sesuatu situasi yang tidak disangka-sangka oleh kami.Dari kerosakan motor berdekatan dengan kedai motor,teksi berhenti berdekatan dengan kami,cerita pakcik teksi dan hujan di tengah Kuala Lumpur memberikan gambaran kepada daku dan Hakim bahawa perancangan Allah itu Maha Hebat.Tidak semua perkara yang buruk tidak ada kebaikkannya begitu juga sebaliknya.Moga Allah murahkan rezeki ku dan Hakim...amin ya Allah...

Pengalamanku,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...

0 Kesan Parut: