Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Bukti Yahudi Bertapak Di Malaysia!!!


Sejak batu bersurat Terengganu dijumpai,ramai para pengkaji sejarah percaya Islam telah bertapak di Tanah Melayu sebelum kemunculan Tamadun Islam Melaka lagi.Pendagang dari Arab datang singgah di Terangganu sebelum berdagang di kepulauan melayu dan China.Proses pengislaman pada saat itu agak lambat berbanding zaman kesultanan Melayu Melaka dimana rakyat jelata menuruti sultannya yang menganut Islam.Itulah hidayah Illahi yang dikurniakannya untuk rakyat Melaka ketika itu.Sejak itulah,wujudnya masyarakat MELAYU ISLAM sehingga detik artikel ini ditulis oleh saya.

Melayu dan Islam memang tidak dapat dipisahkan.Berbeza di Indonesia,melayu itu tidak semestinya Islam.Ramai melayu di sana beragama Kristian.Tetapi di Malaysia memang diperuntukkan Melayu itu Islam.Tetapi bukanlah soal bangsa yang ingin saya bincangkan disini tetapi berkaitan dengan soal situasi umat Islam di Malaysia dewasa kini.Percayakah sahabat sekalian pengaruh Yahudi makin hebat di Malaysia?Sedar atau tidak?Saya sebelum ini juga kurang sedar akan pengaruh mereka ini tetapi sejak majalah Mastika membangkitkan isu Freemason dalam artikel bulanan mereka,baru tersedar kita akan pengaruh mereka yang makin menyerang saraf otak umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Sejak dari zaman merdeka lagi rupa-rupanya pengaruh Yahudi telah bertapak di Malaysia. Kini pengaruhnya telah menjadi perkara biasa yang diamalkan oleh kita sekarang.Apa buktinya?

  • Hiburan
  • Kewangan
  • Pentadbiran
  • Institusi keluarga
  • Perniagaan
Dari banyak banyak faktor diatas,bagi saya semuanya kita tidak sedar ia adalah propaganda Yahudi untuk melemahkan pegangan agama umat Islam di negara ini.Contohnya Hiburan.Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.



Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful dan yang terbaru One In a Million. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai Islam, saya melihat fenomena realiti tv ini sebagai satu ancaman kepada pembangunan intelek rakyat Malaysia khususnya. Ternyata rancangan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan menyumbang kepada pembangunan negara. Malah ianya seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya amat lemah dari segi intelek dan hanya memikirkan soal-soal picisan seperti jodoh dan mencari bakat-bakat nyanyian semata-mata.

Seperti biasa, kebanyakan rancangan realiti tv ini lebih menumpukan kepada mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Kalau dahulu kita tidak mengetahui tentang ilmu vokal, kini kita lebih mengenali istilah-istilah seperti vibrato, falsetho daripada mengenali istilah-istilah tajwid seperti izhar atau idgham bila ghunnah yang sepatutnya menjadi kewajipan untuk setiap individu muslim untuk mengetahuinya sebagai satu alat untuk memahami Al-Quran.

Persoalannya, adakah agenda mencari penyanyi lebih afdhal dari agenda memulihkan akhlak rakyat Malaysia yang mengalami keruntuhan yang amat dasyat. Firman Allah S.W.T:

"Dan di antara mereka (ada) orang yang (membeli) mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadis) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan." (Surah Al-Luqman: 6)

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau "ghazwatul fikr". Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Dan kini kita berhadapan dengan senario peperangan yang semakin merebak antara tentera Israel dan Hizbollah. Berapa ramai antara kita yang menyuarakan bantahan terhadap penindasan terhadap umat Islam di Palestin? Di manakah semangat juang dan jihad kita untuk membantu saudara-saudara seagama kita menentang penjarahan dan kekejaman bangsa Yahudi?

Di mana suara OIC sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan negara-negara umat Islam? Cukupkah sekadar mengutuk tindakan regim yahudi yang menyerang dan membunuh penduduk awam di Lubnan? Tiadakah tindakan yang tegas diambil oleh semua negara umat Islam seperti menghantar tentera ke Palestin bagi memulihkan keadaan? Beginilah keadaan umat Islam di dunia amnya dan Malaysia khususnya yang telah mati hati mereka akibat pengaruh realiti tv yang melekakan.Bukan sahaja orang dewasa Islam yang leka tetapi kanak-kanak Islam juga terleka dengan permainan Yahudi ini.Lihat sahaja kartun Pokemon.Nama binatang yang diberi banyak menghina Islam.Contohnya pokemon itu sendiri bermaksud "Saya yahudi" manakala salah satu karakternya iaitu Charmander bermaksud "Allah sudah mati".Astaghfirullah,bahan macam inikah kita berikan kepada anak-anak kita yang sedang membesar?Dimanakah kehidupan keluarga Islamik yang perlu diterapkan oleh ibu bapa?

Dari segi pentadbiran,apa pula yang mengatakan Yahudi ada mempengaruhi kita?Lihat sahaja,hukum Allah banyak dipinggirkan dan hukum manusia di dewa-dewakan.Mana tidaknya,lihat hukum sivil yang menguasai sistem keadilan di Malaysia.Mahkamah Syariah yang bertapak di Malaysia seperti Hidup Segan Mati Tak Mahu.Mahkamah Syariah dijadikan kuda tunggangan sahaja.Hanya masalah berkaitan keluarga dan pembahagian harta pusaka yang dirujuk ke situ.Itupun ada yang mahu mahkamah Sivil ini mencampuri urusan Mahkamah Syariah.Hukum Hudud diabaikan.Walaupun ada pihak yang mengambil berat hukum ini dan dibahaskan di dewan Rakyat,sebahagian besar ahli parlimen termasuk yang mengaku diri mereka muslim menentangnya dan mengatakan hukum hudud kolot dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.Inilah produk Yahudi yang berjaya dilaksanakan oleh mereka di Malaysia.Demokrasi juga adalah salah satu agenda Yahudi untuk meruntuhkan umat Islam dari mengingati kewajipan mereka menegakkan Khalifah Islam di bumi Allah ini.Sungguh hebat penangan Yahudi ini.Adakah kita sedar semua ini?Jika Islam yang asli yang dibawa oleh Nabi s.a.w pun tidak mampu kita turuti apatah lagi Islam yang baru yang dicipta oleh pemimpin kita.


Kewangan?Sedar atau tidak,kewangan dunia dikuasai oleh Yahudi.Lihat sahaja bank bank utama dunia,mereka yang kuasai.Mereka memberi pinjaman kepada negara Islam dalam membangunkan negara umat Islam tetapi bunga atau faedah serta bayaran balik akan membuatkan negara umat Islam papa kedana.Yang jadi mangsanya sudah tentu rakyat jelata.Sistem Perbankan Konversional menjadi sistem yang biasa bagi umat Islam di Malaysia.Riba menjadi amalan yang sudah ditanam oleh Yahudi dalam diri umat Islam kini.Sisterm Perbankan Islam yang wujud di Malaysia tidak setanding dengan konversional. Untuk pengetahuan sahabat,bangsa lain yakni Cina dan India makin cenderung untuk melabur di perbankan Islam kerana mereka rasakan Islamic Banking ini lebih bersih dan suci perniagaannya.Tetapi Melayu yang beragama Islam masih terkejar-kejar melabur dalam bank yang mengamalkan riba ini.Firman Allah SWT:


"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya" (Al-Baqarah ayat 275)

Dalam hal perniagaan pula,kita sering membeli produk mereka dimana secara tidak langsung memberi sumber kewangan kepada Yahudi untuk menghancurkan umat Islam di Palestin.Lihat sahaja MacDonald,KFC,Jaya Jusco dll.Sedarkah kita boleh dikatakan semua jenama rokok di Malaysia dan dunia.Ada seperti tanda jata yang mempunyai dua ekor singa yang memegang perisai atau mahkota.Itu merupakan salah satu tanda brand Yahudi.Mereka secara senyap menyerap budaya Yahudi dalam kehidupan umat Islam seluruh dunia.Jika masih ingat dahulu ketika world cup ada dijual bola sepak yang dipaternkan dengan bendera negara-negara yang menyertai kejohanan ulung itu.Sedarkah kita Arab Saudi juga menyertai kejohanan ini dan bendera mereka yang ditulis kalimah syahadah yang kita umat Islam sebut sekurang-kurangnya 9 kali sehari dipermainkan sebegitu rupa.Bola yang disepak diumpamakan menyepak kalimah Illahi kita.Astaghfirullah. Dimanakah kita pada saat ini?Biarkan sahaja agama kita diinjak-injak oleh manusia kafir yang lain?Di saat kita leka dengan world cup,umat Islam di Palestin dan di Lubnan serta Iraq dan Afghanistan mengalirkan air mata kehilangan ahli keluarga dan rumah perlindungan.Apa kita nak jawab di hadapan Allah kelak?

Mengapa saya bincangkan hal ini?Mungkin banyak diperbincangkan perkara ini di dada akhbar tetapi isu ini tidak diperbesarkan berbanding arena hiburan.Maka lenyaplah isu ini dari pandangan umum masyarakat.Yang menjadi mangsanya kita atau lebih khususnya generasi Islam akan datang.Yang akan dipertanggungjawabkan sudah tentu kita sekarang. Moga pengisian artikel ini membantu kita memahami pengaruh Yahudi serba sedikit di tanah air kita ini.Yang baik dariNya dan yang buruk datang dari diri saya yang serba lemah ini...

Nukilan Anti Yahudi oleh,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...



0 Kesan Parut: