Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

9 Cara Make-Up Muslimah Di Luar Sana


Make-up sebenar perlu muslimahku ketahui
  1. Jadikan ghoddul basor (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda,nescaya semakin berseri dilihat orang.
  2. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda nescaya semakin manis kata-kata anda.
  3. Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon iman.
  4. Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari jemari anda dengan cincin ukhwah.
  5. Pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan RasulNya nescaya anda akan semakin anggun.
  6. Pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  7. Rawatlah rambut anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan panahan pandangan lelaki yang berbahaya.
  8. Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.
  9. Bedakilah wajah anda dengan air wudhu nescaya muka anda akan bercahaya di akhirat kelak.
Nukilan buat Muslimah dariku,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...

0 Kesan Parut: