
Salam sejahtera diucapkan,syukur padaNya kita hidup dalam bumi Malaysia yang aman dan damai yang telah dikecapi sejak lebih separuh abad yang lalu.Allah SWT begitu banyak bermurah rezeki kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama mahupun bangsa.Dialah maha pemurah bagi seluruh makhluknya dan Dialah Maha Penyayang bagi orang Mukmin.
51 tahun bukan satu tempoh yang panjang.Perjuangan nasionalisme yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh dahulu adalah satu perjuangan yang ikhlas demi menegakkan sebuah negara yang

Kini Malaysia telah melangkah zaman Mellinium.Zaman teknologi yang canggih.Prasarana kelas pertama.Dikenali di seluruh dunia.Rakyatnya hidup berbilang kaum dan agama.Hidup rakyat lebih baik berbanding dulu.Keperluan seperti kenderaan,rumah,pekerjaan,harta dan sebagainya adalah menjadi tonggak asas kehidupan masyarakat berbanding dulu yang hanya tumpu pada soal rumah,makan dan pekerjaan.Kini rakyat bergantung pula pada minyak.Minyak diguna untuk kenderaan.Tidak kisahlah kenderaan komersial atau persendirian.Jika persendirian,minyaklah tempat pergantungan mereka untuk membawa mereka ke tempat kerja.Kalau komersial pula,segala barang dan pengangkutan dibawa kesana ke mari dengan menggunakan Minyak.Terpikir tak sahabat efeknya kalau minyak ini naik harganya?
Beberapa bulan yang lalu,minyak naik begitu mendadak dari RM1.90 ke rm 2.70.Satu peningkatan yang sangat mendadak dan amat membebankan rakyat.Bayangkan jika dahulu Kancil penuh RM50 sekarang RM85.Peningkatan mendadak dan membebankan pada mereka yang sering menggunakan petrol.Belum lagi yang menggunakan petrol tegar seperti teksi.Selamatlah mereka kerana menggunakan NGV tetapi kesan kenaikkan harga minyak tetap mereka rasai.Bagi kenaikan petrol yang mence

Sebagai siswa dan siswi,kesan kenaikan harga minyak ini juga dirasai.Mereka yang mendapat PTPTN sudah tentu hidup dalam keadana yang serba salah kerana mereka secara

Isu ini bukanlah isu politik tetapi bagi mereka yang berada di atas wajarlah turun dan melihat keadaan rakyat yang mengangkat mereka ke atas.Ingatlah jawatan mereka di atas adalah amanah Allah SWT buat mereka.Pemimpin telah pun melangkah sebelah kakinya ke Neraka.Maka amat beratlah tanggungjawab mereka di akhirat kelak.Fikirlah tentang rakyat,fikirlah kesan dari apa yang anda telah lakukan pada rakyat.Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.Jangan sebab minyak berlakuknya jenayah,gejala sosial yang meruncing,masalah rumah tangga dan sebagainya.Tidak mampu hanya golongan alim ulama,cendiakawan mahupun siswazah mengubah keadaan rakyat kerana kuasa sebenar hanya pada kerajaan yang diberi pinjaman oleh Allah SWT.Berubahlah demi rakyat wahai pemimpinku...
Luahan hatiku yang ikhlas,
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan