Acap kali keluar dari mulut sanak saudara dan sahabat handai yang mengucapkan selamat sejahtera ke atas pengantin baru yang mereka kunjungi.Berikut adalah beberapa ucapan yang selalu tersembul keluar:
- "Moga dapat anak yang ramai dan bahagia"
- "Moga berbahagia hingga ke akhir hayat"
- "Jagalah dirimu dan diri pasanganmu sebaiknya"
- "Selamat mendirikan rumah tangga"
- "Selamat pengantin baru"
Ayat di atas adalah common word yang sering benar kita dengari.Namun di bawah ini ada beberapa ucapan ala moden:
- "Akhirnya adapat gak aku merasa nasi minyak ko"
- "Bukan main cantik bini hang ni"
- "Secocok bak kan pinang dibelah dua"
- "Moga dapat baby yang gebu-gebu dan comel-comel"
- "Berbulan madu di mana nanti?"
- "Diam-diam dah bernikah pun hang"
Ayat di bawah pula yang usikan nakal dan juga agak kurang ajar:
- "Dah bunting habaq kat aku na"
- "Good luck malam pengantin"
- "Jangan kantoi tengah jalan sudah"
- "Kureng sesuai la ko dan dia,tak kisahlah jodoh"
- "Mak ai,member aku dah kahwin la!Bukan nak tunggu aku!"
- "Jangan terputus macam ko ngan ex GF ko dulu sudah"
- "Jangan main kayu tiga tau"
- "Sorrylah,aku bawa tangan kosong.Hanya perut kosong je aku ada!"
Itulah beberapa ragam yang keluar dari lidah manusia yang pelbagai ragam.Rambut sama warna tapi hati lain-lain bukan?Bagi ayat usikan nakal itu,mungkin ianya bernada gurauan tetapi janganlah menjadikan hari raja sehari menjadi episod duka dan kecil hati mereka.Ucaplah yang baik-baik.Islam itu syumul.Ianya mengajarkan sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dalam hal ucapan ini,Islam ada juga mengajar umatnya berbicara semoleknya pada pengantin.Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."
Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."
Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"
Aqil menjawab, "Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita"
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"
Abdul Rahman r.a. menjawab, "Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."
Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan