Ah setelah lama ana tidak mencoret di blog ini,kerana kesibukan ana dengan pelbagai rencana hidup yang perlu ana hadapi dengan penuh kesabaran.
Sejak akhir-akhir ini ana ada satu hobi baru lebih-lebih lagi ketika musim cuti ini.Ana merupakan salah seorang peminat rancangan TV Realiti Britain iaitu 'Britain Got Talent's' (BGT).BGT merupakan sebuah rancangan realiti TV Britain yang sulung kali diudarakan pada tahun 2007.Pada tahun 2009 merupakan tahun ke-3 penerbitannya namun pada tahun ini,BGT mula dikenali ke seluruh pelusuk dunia.Bukanlah niat ana mempromosikan ia tanpa sebab tetapi jika dinilai dari sudut berlainan,BGT boleh dijadikan tauladan bagi yang baik serta sempadan bagi yang tidak baik.
Baiklah,format bagi BGT adalah,setiap minggu(iaitu sebanyak 7 minggu semuanya),akan diadakan audition di setiap perhentian (Setiap negeri di Britain).Ianya diadakan dalam sebuah teater dimana ditonton secara live oleh ribuan audien awam dan 10 juta penonton di rumah..Terdapat 3 orang hakim iaitu Piers,Simon dan Amanda.Setiap perhentian ada lebih kurang 1000 orang rakyat Britain beradu nasib mempersembahkan bakat mereka.Setiap peserta dibenarkan mengambil masa antara 1 minit hingga 2 minit untuk meyakinkan 3 hakim tersebut.Jika ketiga-tiga hakim itu menekan buzzer (tanda mereka tidak suka atau setuju dengan persembahan peserta),maka secara automatiknya peserta tersebut tidak akan dapat ke pusingan pemilihan ke separuh akhir.Namun jika hakim tidak melakukannya,peserta akan menghabiskan persembahan mereka dan akan mendengar komen dari para hakim.Kemudian akhirnya para hakim akan memutuskan samada mereka layak ke pusingan seterusnya dengan memberi isyarat YES.Jika menerima majoriti YES (2/3) maka mereka akan berpeluang ke semi-final.Jika mendapat 3 YES maka sudah tentu peluang mereka ke semi-final sangat besar.
Setelah itu,pada pemilihan semi-final,hanya 40 orang peserta terbaik dari lebih 100 peserta yang mendapat majoriti YES (2/3) akan ke semi-final.Semi-Final diasingkan kepada 5 bahagian dimana setiap bahagian berbeza hari.Setiap semifinal (ada 5 semifinal) akan ada 8 orang peserta (dari kalangan 40 yang terbaik) berentap.Namun untuk ke pusingan akhir,ada dua cara untuk ditentukan.Setelah selesai semua persembahan,dari 8 orang hanya akan ada 2 yang terpilih ke final BGT.Yang pertama dipilih kerana mendapat undian tertinggi penonton dan orang awam melalui telefon rumah dan telefon mudah alih.Yang kedua pula dipilih melalui keputusan para Hakim bagi menentukan antara tempat kedua dan ketiga undian tertinggi,siapakah lebih layak untuk ke Final.Maka pada saat ini,keputusan hakim juga penting.
Setelah semua siri semifinal dijalankan,maka 10 orang peserta final (2 dari setiap semifinal) akan berentap pula.Dan setelah itu,keputusan Juara,tempat ke-2 dan ke-3 juga diumumkan.Juara akan membawa pulang wang tunai 100,000 Pound Sterling (+- RM 500,000) dan diberikan penghargaan untuk membuat persembahan di Royal Variety Show di hadapan Queen of Elizabeth.
Untuk siri pertama iaitu BGT 2007,tempat pertama dimenangi oleh Paul Pott (penyanyi Opera) dan tempat kedua ialah Connie Talbot ,juga penyanyi cilik berumur 5 tahun.Yang baiknya Paul Pott,dia hanya merupakan seorang yang sangat merendah diri namun suara nya sangat baik. Seorang jurujual telefon namun keberaniannya tampil ke BGT mengangkat beliau sebagai artis antarabangsa.Kalau tak percaya,sila ke Youtube dan taip "Paul Pott BGT".Anda juga akan kagum dengan anugerah tuhan buat si kecil Connie Talbot yang hanya berumur 5 tahun ketika itu yang mempunyai suara yang begitu merdu.
Bagi siri kedua BGT 2008,Ianya lebih hangat dari tahun sebelumnya.Antara peserta yang menyengat ialah George Sampson (Break Dancer),Signature,Kate and Gin (Dog Trainer),Escala (Musician) dan Adrew Johnson (Singer).Pada siri kali ini,ana dapat lihat semangat tidak mahu menyerah kalah George Sampson kerana pada tahun 2007 dia pernah memasuki BGT tetapi gagal dalam pemilihan ke semi-final.Dia tidak berputus asa,setahun selepas itu,dia mencuba lagi sekali dengan peningkatan mendadak dan berjaya ke Final sehingga berjaya dinobatkan sebagai Juara BGT 2008.Bagi peserta seperti Kata and Gin,ia menunjukkan hubungan manusia dan haiwan boleh membawa rezeki.Cuba cari di Youtube "Kate and Gin BGT",anda pasti kagum dengan kecerdikan seekor anjing yang patuh pada tuannya.Rezeki George pula mencurah-curah kerana sikap merendah dirinya menyebabkan dia mempunyai ramai peminat.
Dan untuk tahun ini,tahun yang paling hebat dan hangat kerana BGT 2009 dikenali di serata dunia hinggalah ke Malaysia.Kerana apa?Ada seorang peserta iaitu Susan Boyle telah menjadi global superstar kerana di youtube sahaja,pencarian terhadapnya melebihi 100 juta orang dalam tempoh sebulan.Wanita berumur 47 tahun ini pernah mengalami kesusahan hidup sebelum memasuki BGT 2009 apabila dia kematian ibunya.Dia merupakan anak yang baik dan setia menjaga ibunya yang tua dan sakit.Kematian ibunya menyebabkan dia menjauhkan diri dari orang ramai,berkurung di rumah berbulan lamanya kerana dia terasa kehilangan insan yang amat dia sayangi iaitu ibunya.Sejak itu hanya kucingnya menjadi temannya sebelum dikenali ratusan juta manusia selepas audition hebat pertamanya di BGTT 2009.Susan begitu dikenali di Britain,USA dan Canada.Setelah audition pertamanya,dia telah menerima tawaran untuk menerbitkan albumnya walaupun belum lagi ke semifinal BGT 2009.Rezekinya sudah melimpah ruah atas pengorbanannya menjaga ibunya dulu.
Namun dia bukanlah hanya seorang peserta yang hebat kerana terdapat 10 peserta lain yang begitu menyengat pada BGT 2009 edisi ketiga ini.Finalist BGT 2009 adalah Susan Boyle,Diversity,Flawless,Stravos Flatley,Aidan Davis,Shaun Smith,Julian Smith,Hollie,Shaheen Jafargholi dan Two Grand.Untuk peserta Two Grand dan Stravos Flatley,ia menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dimana segala rintangan dapat dilalui hinggalah mereka berjaya menjadi finalist.Tidak percaya lihatlah ragam mereka di Youtube.Akhirnya pada malam tadi (30 Mei 2009),3 orang peserta terbaik 2009 iaitu Susan Boyle,Diversity dan Julian Smith menjadi top 3.Dan keputusannya Diversity membuat kejutan terbesar mapabila mendapat undian tertinggi menewaskan kuda hitam Susan Boyle yang pernah dianggap sebagai pemenang mutlak BGT 2009.Julian di tempat ketiga.Diversity menunjukan kepada kita bahawa dengan pelbagai latar belakang,usaha dan kesatuan serta saling memahami boleh membawa kejayaan begitu hebat hingga menjadi Juara BGT 2009!Dari pelajar skeolah rendah hinggalah pelajar Master,A-Level dan Jurutera,mereka bersatu hati untuk mempersembahkan sebuah kumpulan penari yang bijak mengatur langkah dan cara persembahan.Tahniah buat Diversity.
Dan yang baiknya program seperi ini ialah setiap undian pada semifinal dan final BGT akan disalurkan separuh darinya ke Tabung Amal.BGT tidak bolot semua keuntungan dan mereka masih memikirkan untuk memberi kebajikan hasil rancangan realiti mereka.Maknanya,populariti bukanlah nombor satu buat pengurusan BGT.Mengapa rancangan realiti di Malaysia tidak seperti mereka?AF dan sebagainya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.Kemudian pengundi di Malaysia hanya lihat pada rupa sahaja dan sukar membuang sikap mereka supaya lebih melihat pada bakat yang ada.Audien dan Para Hakim BGT lebih suka pada bakat dari rupa.Atas sebab itu peserta yang menggunakan hanya pakej kecantikan tidak panjang umurnya di BGT.
Diharapkan kita mengambil tauladan yang baik dari rancangan seperti ini.Pergilan ke Youtube dan cubalah cari beberapa nama seperti yang ana nyatakan di atas.Mereka kini mulai popular bukan sahaj di Britain tetapi di seluruh dunia.Jangan terkejut lihat rupa dan persembahan mereka.Tiada lagi bakat seperti mereka di Malaysia ini.Untuk maklumat lengkap sila ke :
Moga yang baik dapat kita ikutkan walaupun mereka bukan Muslim
Pemerhati BGT Malaysia
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
2 Kesan Parut:
Susan Boyle...she's great!!!tuhla hikmahnyer berbuat baik kpd ibu bapa anda...
erm ye kot.rasanya la balasan dia jaga ibunya atau pon balasan lain.kita taktau.
Catat Ulasan