Al-kisahnya,pada jam 5.20pm petang tadi Rabu( 6 Mei 2009),ana yang ketika dalam perjalanan pulang dari PWTC menuju ke Keramat telah mengalami kemalangan yang tidak disangkakan. Kereta yang dipandu oleh ana (WIRA SE) telah bertembung dengan sebuah kereta Toyota Corolla Altis.Nasib baik tidak secara bertentangan.Kemalangan berlaku apabila ana hendak memasuki lane kanan kerana dihadapan ana ada sbeuah bas berhenti.Disebabkan blind spot iaitu zon buta (senang kata kawasan yang tidak dapat dilihat di antara cermin sisi dan cermin pandang belakang),ana tidak menyangka,ada kereta yang melalui sebelah kanan ana.Lalu berlakulah pergeseran antara ana dan dia.
Alhamdulillah ana tidak mengalami sebarang kecederaan.Cuma trauma jer.Yelah 1st time ana dalam 5 tahun bawa kereta ini,inilah pertama kalinya ana mengalami kemalangan. Apa-apaun ana dapat berurusan dengan baik pemandu kereta Toyota tersebut.Mujurlah dia juga boleh lah dikatakan cool orangnya.Ketika dalam perbincangan dia menghulurkan ana rokok tetapi ana menolaknya kerana ana tidak merokok.Ana hanya meminta agar dia menghubungi ayah ana dan berurusan secara mendalam dengannya.Ana tidak mampu berbuat apa-apa kerana insuran semuanya atas nama ayah. Dna akhirnya setelah perbincangan dibuat dengan ayahku,ayah bersetuju membayar ganti rugi untuk kerosakan pada kereta lelaki tersebut.Moga ianya tidak terjadi lagi pada ana.Maka nasihat ana buat kalian semua:
Air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya ditukar kepada,Blind Spot yang tidak dilihat jangan disangkana tiada kereta...HuHuHu...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan