Gambar hiasan semata-mata
Salam sejahtera dan salam ukhwah ana ucapkan.Jom kita tengok dan jenguk personaliti yang dimiliki oleh anak sulung,anak kedua yakni angah dan anak paling kecil yakni Bongsu.Apakah yang berbeza antara mereka berdua?Mari kita selidik...Anda bersetuju?
Anak Sulung:
- Merupakan tonggak kepada ibu bapa kerana selepas ketiadaan mereka,anak sulung akan mengetuai adik-adiknya.
- Anak sulung seorang yang suka berdikari.Tetapi awas,mereka juga kadang-kadang mengharapkan pertolongan orang lain.Senang kata,berdikari kerana terpaksa.Yelah sebab anak sulung kan.
- Anak sulung orang kata suka buli adik-adik dia?Benarkah?Jika nak tahu,anak kedua lebih suka membuli yang lebih kecil darinya.
- ANak sulung nampak tegas tetapi sebenarnya mereka sangat lembut hatinya.Hati mereka lebih mengikut hati ibu bapa mereka kerana "bond" mereka dengan ibu bapa mereka lebih rapat kerana ibu bapa mereka mendidik dan mengasuh mereka dengan penuh kasih sayang. Maklumlah anak pertama dalam keluarga,semuanya dicurahkan sebelum lahirnya anak yang lain.
- Oleh sebab itu,banyak anak sulung sangat manja lebih-lebih lagi pada ibunya.Mereka manja secara senyap tanpa menampakkan secara zahir di hadapan adik beradik yang lain. Mahu control macho katakan.HeHeHe.
- Lebih berfikiran jauh dan matang serta lebih berhati-hati dalam segala hal.
- Anak sulung lelaki akan jadi sangat akrab dengan adik lelakinya.Tetapi mereka tegang dengan adik perempuan di bawahnya lebih-lebih lagi si Angah (perempuan).
- Anak sulung tak suka hidup mereka di control.Suka sesuatu yang mencabar.
- Menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.Kebanyakkan anak sulung yang berjaya melahirkan adik-adik yang berjaya juga.Begitu juga dengan sebaliknya.
- Kenapa si along kurang selesa dengan si angah?Kerana setelah si angah dilahirkan, kasih sayang ibu bapa pada along dikurangkan.Maka along jeles.Yekah?HeHe...
Anak Kedua (Angah):
- Anak kedua kalau diikutkan merupakan anak yang paling bijak.Paling menonjol dan paling terkehadapan dalam segala hal.
- Tetapi AWAS!Mereka merupakan anak yang paling nakal dan degil dalam banyak adik beradik.
- Suka control orang lain dan mahukan orang lain mendengar kata-katanya.
- Boleh hidup berdikari dan boleh cari duit sendiri walaupun dalam usia yang muda.
- Pada mulanya menjadi harapan kepada keluarga,kemudian kurang menyerlah kerana mereka nakal dan degil dalam kebijakan yang dimiliki.
- Sangat sukar diberi nasihat dan teguran.Degil kot.
- Mudah berdampingan dengan ibu berbanding ayah.
- Seteru kepada along.Tetapi tak semuanya seperti ini.Slaing bersaing untuk tunjukkan siapa yang lebih bijak dan baik.
- Even mereka ni degil,jauh di hati mereka,lembut orangnya.Cuma kena dalami dan cari cara bagaimana nak lembutkan hatinya.Kalau tahu caranya,pasti mudah tundukkan mereka.
- Mereka lebih arif dalam menyusun masa depan mereka.Sebab itu sekarang ramai Angah berkahwin awal dari alongnya.Tapi elok berkahwin awal bukan?
Anak Bongsu:
- Paling Manja dengan ibunya!
- Paling pendiam dan suka memendam rasa kecuali pada ibunya.
- Penceria dalam adik beradik.
- Suka menurut perintah abang dan kakaknya.
- Bijak juga tetapi terkebelakang sedikit dari angahnya.Lebih suka bersuka ria.
- Paling lama nak berpisah atau tidak sekatil dari ibunya.Umur 10-12 tahun baru berpisah dari tempat tidur ibunya.Manja katakan.HeHeHe.
- Suka buat abang dan kakak mereka jeles dengan apa yang mereka miliki.
- Tetapi ramai yang tidak tahu,golongan bongsu sangat hidup berdikari walaupun mereka manja kepada ibu dan ayah mereka.Kalah abang dan kakak mereka.Yelah mahu menunjukkan bahawa diri mereka juga boleh berdikari seperti abang mereka.
- Tak semestinya abang/kakak mereka berjaya dalam hidup,mereka juga menuruti jejak langkah mereka.Dan tak juga abang/kakak tak berjaya dalam hidup,mereka juga tak berjaya seperti mereka.Tidak.
- Paling cepat menyusuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar.Tapi anak bongsu paling cepat putus asa.Betulkah?
Karakteristik di atas diperhatikan oleh ana dan juga dari bacaan buku-buku personaliti yang terdapat di pasaran.Tiada niat untuk menghentam mana-mana pihak samada along,angah atau ocu.Semuanya ada kelebihan dan kekurangan.Mana yang kurang,marilah kita saling melengkapi dan saling menasihati.InsyaAllah jadilah kita insan yang sempurna.Sebarnag penambahan di atas boleh tinggalkan di komen ya.Jazakallah dan asif jiddan atas kekurangan yang dimiliki... ^-^
2 Kesan Parut:
salam alaik
kebanyakkan ciri2 along ada pd saya.
tapi rasenyer along rapat la jugak ngan angah.tu bg sy la sbb sy "panas" sikit ngan alang (anak no.3)
tak leh rapat sikit ade je nak digaduhkan..hehe
tapi along ngan angah memang kamceng
hehehe
tersengih baca artikel ni.teringat adik2 :p
mohon petik ckit
ssuatu dr post nei..
^^,
thanx~
:)
Catat Ulasan