Salam Ukhwah....
Buat pertama kalinya ana secara rasminya mengucapkan terima kasih banyak kepada pengunjung yang mengunjungi blog ini terutama kepada mereka yang banyak meninggalkan komen samada di chatbox atau entri comment.
Memang ana sengaja kadang-kadang membuat sesetengah artikel yang kelihatan seperti lari dari topik kebiasaan atau lari dari kebiasaan 'diri ana' sendiri.Contohnya ada artikel yang berkaitan dengan percintaan.Artikel percintaan merupakan tag yang banyak dibaca di blog ana mahupun di blog-blog yang terdapat di arena internet.Banyak jenis percintaan yang dapat kita bincangkan samada percintaan kepada Pencipta,Nabi,Isteri,Keluarga,Anak-anak dan para sahabat kita. Untuk pengetahuan para pengunjung,untuk Artikel Cinta kepada Nabi,banyak ana letakkan di bawah tag Koleksi Nasihat dan Kisah Tauladan.Cinta kepada Nabi dalam blog ini lebih menjurus kepada macam mana kita sebagai umatnya dapat mengikut jejak langkahnya sebagai idola kita semua samada dalam hal beribadat,peribadinya,akhlaknya hatta kasih sayangnya kepada isteri serta umatnya.
Bagi Percintaan kepada Isteri dan Anak-Anak,ana letakkan ianya dibawah Tag Percintaan dan Bait Muslim.Sesungguhnya kesemua artikel ana dalam bait muslim dan percintaan, tiada dalam niat ana untuk menjurus atau mempromosikan hal COUPLE dalam blog ana.Ia bukannya cara ana. Semuanya bergantung pada para pembaca,cara anda menilainya.Ana tiada niat mencampuradukkan hal agama dan cinta yang lara.Jika adapun,ana tulis hanya untuk kita bercinta sesama sahabat kita yang mahram (lelaki & lelaki/wanita &wanita).Maksudnya bukan homoseksual tetapi hendaklah kita mengasihi antara sahabat kita.Sesungguhnya di akhirat kelak hanya ada 7 golongan yang mendapat perlindungan arasy' Allah dan salah satunya adalah dua orang sahabat yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah di mana mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.Inilah yang cuba ana sampaikan.Apa-apa pun bergantung pada penilaian masing-masing.
Bagi sahabat yang memberikan nasihat kepada ana tentang kuatkan semangat dakwah dan elakkan perasaan lalai,inilah yang ana sedang usahakan.Ana juga manusia biasa seperti antum semua.Kita semua sedang berusaha mendapatkan imannya.Ana masih belum merasai kekuatan iman kerana kita bukan maksum.Senantiasa bergelumang dengan dosa besar dan kecil samada kita sedar atau tidak.Ana mengakui ana bukanlah full time pendakwah.Tetapi ana mahu berkongsi dengan sahabat pelbagai perkara samada tentang percintaan,nasihat,kisah tauladan,isu semasa,politik,akhwat,bait muslim dan hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Dan sesungguhnya tidak akan ana menyeleweng dari apa yang digariskan dalam Islam.Dalam Islam, Islam tidak melarang umatnya berhibur dengan syarat ianya tidak melanggar hukum syara'. Oleh itu,ana mencari sumber-sumber di internet dan juga buku untuk di terbitkan dalam blog ana berupa lawak,video kelakar untuk dikongsi bersama agar menjadi senjata untuk menceriakan kehidupan mereka yang suram.Kepada mereka yang mempersoalkan adakah artikel di blog ana ini diambil dari blog atau website lain?Ya memang ada terutamanya dalam bab percintaan dan Bait Muslim serta berkaitan dengan hukum hakam agama.Ana tidak pakar dalam hal ini.Memandangkan sesetengah pengunjung yang tiada masa untuk membaca dari pelbagai sumber,ana ikhlas merangkumkan artikel dari sumber lain untuk disiarkan di blog ana. Tidak slaah bukan jika kita mahu berkongsi ilmu?Lagipun jika ana mahu mengambil artikel mereka,akan ana minta izin dulu dan meletakkan sumbernya dalam entri ana.Bagi ana ianya lebih baik dari sesetengan orang yang membuat artikel mereka tanpa ada kesahihannya dan artikel yang hanya menghentam orang lain dan menganggap diri mereka hebat sahaja...Nauzubillah...
Ana tahu tidak semua pengunjung mempunyai pendapat yang sama dengan ana. Ana hormati cara antum sekalian.Dan diharapkan antum menghormati cara ana.Dan kepada mereka yang menegur ana dengan cara berhikmah,cara antum sangat berkesan kepada ana berbanding yang melepaskan geram serta menggunakan cara yang tidak molek untuk menegur ana. Ana tidak maksum berbanding mereka ini.Mereka ini mungkin maksum rasanya.Tanya dada,tanya iman anda.Bukan niat ana untuk menyerang piahk terbabit tetapi ingatlah,ana mempunyai maruah begitu juga dengan antum sekalian.Mempertahankan maruah diri dari diinjak-injak adalah wajib di sisi Islam.Ana ikhlas untuk menyampaikan nasihat dan pandangan dalam blog ana.Dan ana tak berani menggunakan ayat 'Ana ikhlas dalam berdakwah dalam blog ana' kerana sesetengah orang hanya memikirkan berdakwah hanya berkaitan dengan dakwah agama.Ana melakukannya juag tetapi disamping itu ana juga mengaitkan ia dengan hal lain yakni berkaitan dengan kehidupan seharian kita yang penuh dengan dugaan,gelak ketawa,tangisan,marah, putus asa dan sebagainya.Ana bukanlah pendakwah tetapi ana mahu mendekati menjadi pendakwah. Artikel yang ana sajikan ana maksud tersirat.Sesiapa yang dapat menangkapnya,anda berjaya membaca tujuan penyampaian ana.
Akhir kata,dengan penjelasan ana,ana sangat menghargai padangan dan kritikan yang membina dalam blog ana.Sekarang walaupun bercuti,ana sibuk dengan hal kehidupan seharian. Ana sedaya upaya untuk memasukkan entri baru setiap hari.Yang terdaya buat ana.Kepada mereka yang senantiasa menyokong ana,Ana ucapkan terima kasih kepada antum semua.Tanpa antum siapalah ana.Sampaikanlah ilmu di sini kepada rakan anda yang lain.Copy apa yang ada di blog antum.Ana benarkan.Tiada copyright di dalam blog ana.Akhir kata...DESTINASIMU akan terus berjuang dengan caranya dan tidak akan ditutup sehingga tiba masanya untuk berundur dari arena bloggers!Itulah keunikan DESTINASIMU.Teruskan meberikan pandangan kepada ana...Untuk ana perbaiki diri yang lemah ini.Salam Ukhwah Fillah dari ana buat anda semua!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan