Syukur ke hadrat illahi kerana memurahkan rezeki kami sekeluarga untuk bersama-sama makan malam di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru cawangan Jusco AEON AU2.Pada jam 8 malam 17 Mei 2009,kami sekeluarga kecuali Wanie (berada di Shah Alam) bersama- sama mahu mencuba apakah yang enak dan terkenalnya dengan juadah yang tersedia di Nasi Lemak Antarabangsa.Layanan adalah cemerlang dengan suasana restoran yang banyak dihiasi dengan warna hijau muda melambangkan pohon kelapa muda.Dengan mudah kami memilih menu yang diingini kerana setiap pelanggan akan diberikan Booklet Menu yang lengkap dengan harganya. Ana memilih Nasi Lemak berlaukan Ayam Merah.Untuk menghilangkan tekak yang kering,ana mencuba Lee Che Kang.Husaini pula memilih Nasi Lemak+Telur Goreng+Ayam Rendang dan ABC. Ibu dan abah ana memilih juadah yang sama (sedondon) iaitu Nasi Lemak+Sambal Sotong.Air Ibu ialah Bandung Soda dan abah pula Kopi Tarik.Servis juga pantas walaupun ramai pelanggannya. Dengan iringan lagu 60 dan 70-an akan mengembalikan nostalgia kenangan silam.Nasihat ana ialah untuk mencuba juadah di sini,setiap orang perlulah membawa wang sebanyak rm 15-rm20 seorang untuk mencuba pelbagai masakan.Jika tidak,jawabnya basuh pinggan la ya.HeHeHe.Apa-apa pun mari kita tengok pula sekitar makan malam kami di restoran ini.Dan juga sedikit gambar suasana di AEON JUSCO AU2 Setiawangsa (100 meter dari rumah ana)....:
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan