Salam Ukhwah Fillah....
Alhamdulillah ana diberikan kesempatan untuk menulis part 2 untuk tajuk entri seperti di atas.Sebelum ana membaca entri ini anda perlu membaca "Tips Suburkan Cinta Selepas Bernikah (Part 1)" untuk mengetahui tujuan artikel ini diterbitkan.Baiklah,kita teruskan menyelidik cara-cara ataupun tips bagi seorang Zaujah (isteri) menambat hati suaminya selepas beberapa lama bernikah.Kebiasaannya si isteri akan menjadi lupa tugasnya sebagai seorang isteri setelah mempunyai beberapa orang anak.Jadilah wanita yang penuh kasih sayang kepada suami dan juga anak-anakmu pada masa yang sama.Jangan abaikan salah seorang.
1) Apabila si suami baru pulang dari kerja.Berkejaran lah si isteri ke pintu rumah.Tolong angkat begnya,kemudian salam dan cium tangannya.Kemudian buka jaketnya dan suruhlah dia berehat di ruang tamu.Isteri perlulah ke dapur membuat secawan kopi atau teh dan berikan kepada suami.Urut si suami yang penat mencari sumber rezeki untuk rumah tangga.Untuk lebih romantik lagi,duduk di sebelahnya,sandarkan kepalamu pada bahunya.Katakan padanya,
"Abang,saya menunggu dirimu penuh sabar dan rindu.Kepulanganmu menghapuskan kegusaran ku ke atas keselamatan mu wahai cintaku"
2) Dalam kereta,pegang tangan suami.Kecuali kereta manual,jangan mencuba pula nanti tak dapat si suami tukar gear.HeHeHe.Main cari-carinya.Cium jari-jemarinya.Romantik bukan?
3)Bagi yang hamil,rajin-rajinlah suruh si suami lekapkan telinga ke perut.Bagi si suami dengar akan anak dalam kandungan tersebut.Masa itu,usap rambut si suami.Dan katakan,
"Sayang,zuriat abang berada dalam tubuhku.Ku mencintai anak ini seperti mana ku mencintai bapanya"
4) Selalu galakkan si suami bersolat jemaah di rumah.Jadilah makmum yang setia bagi suami mu.
5) Sewaktu tidur dengan suami,bermanjalah di bahunya.Waktu pagi,kejutkan suami mu dengan nada penuh manja dan penuh kasih sayang.Usap ubun-ubunnya.Pasti si suami bangun!
7) Jaga maruah si suami.Jika mahu ke mana-mana minta izin darinya.Cium tangannya setiap kali mahu keluar dari rumah.Terbaik adalah keluar bersama suami.Dia kan pelindung dirimu?
8) Bergaul baik dengan ahli keluarga si suami terutama ibu bapanya.Berikan hadiah kepada keluarga si suami.Tentu sejuk hati suami memiliki isteri yang menghormati keluarganya.Menjadi satu kebanggaan si suami!
Cuba jangan tak cuba bagi si isteri!!!Rumahmu Syurgamu!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan