Walaupun tidak berlaku tragedi ribut Greg di Sabag,Tsunami di Aceh dan lain-lain,'membapakan' Tuhan adalah perkara yang dilarang.HARAM!SYIRIK!.Maha suci Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.Dialah Allah yang Maha Esa.Tuhan langit,bumi dan gunung.
Allah menyatakan dalam surah Maryam ayat 88 hingga 96 bermaksud:
Allah menyatakan dalam surah Maryam ayat 88 hingga 96 bermaksud:
"Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak,"(kata mereka yang mensyirikkan Allah).Sesungguhnya kamu telah mendatangkan suatu perkara yang sangat mungkar,hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu,manakal bumi (hampir-hampir) terbelah dan gunung-gunung (hampir-hampir) runtuh kerana mereka mendakwa Allah yang Maha Pemurah itu mempunyai anak.Dan tidak layak bagi Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak!."
Tragedi ribut Greg di Keningau Sabah berlaku pada 25 Disember 1996.Penduduk kampung di pinggir sungai dihanyutkan oleh air bah.Bukan setakat hanyut,langsung ranap dimusnahkan oleh air yang mengganas.Tuaran turut merasai penangan ribut Greg yang menggila itu.
Lapan tahun kemudian,bencana alam yang jauh lebih dasyat berlaku di rantau Nusantara.Tsunami berlaku di Aceh pada pagi 26 Disember 2004.Namun begitu,gelombang Tsunami menjangkau hingga ke India dan Afrika.Walaupun dunia kini mempunyai teknologi siesmografi,Tsunami 2004 mampu membunuh ratusan ribu manusia.
Banyak lagi bencana alam yang berlaku sekitar tarikh 25 Disember,Hari Natal atau Krismas.Bukankah ia merupakan tarikh kemuncak dalam setahun dalam membapakan Tuhan?Umat Islam tidak seharusnya bersekongkol meraikan sebarang majlis yang mengiktiraf 'kebapaan' Tuhan.
Sebaliknya umat Islam perlu berdoa ataupun solat hajat supaya dijauhkan bencana kerana ayat-ayat dalam surah Maryam yang disebutkan sebelum ini menunjukkan langit,bumi dan gunung hampir-hampir mahu 'mengamuk' disebabkan oleh sekumpulan manusia yang mengatakan 'Tuhan yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak."
Kalau ditanya,bagaimana Nabi Isa tanpa bapa dapat dilahirkan?Perhatikan Nabi Adam yang tiada ibu bapa.Siapakah pula yang melahirkan Adam sebagai manusia pertama?Allah tidak mempunyai masalah mencipta dan menjadikan sesuatu.Perhatikan juga surah Yasin yang lazim dibaca oleh masyarakat iaitu ayat kun fayakun yang bermaksud jadilah maka jadilah.Ia adalah kehebatan Tuhan Isa dan Tuhan Adam.Allah berhak disucikan walaupun tidak berlaku sebarang bencana alam.Namun begitu,Dia sudah memberi amaran supaya jangan sesekali melakukan syirik dengan mengatakan Tuhan.Tidak ada Tuhan Bapa.Oleh itu,tidak ada juga Tuhan Anak.Kalau benar Tuhan anak wujud,bagaimana ‘Tuhan’ mati disalib?
Allah menyatakan dalam surah al-Maidah ayat 73 yang bermaksud:
“Sesungguhnya kafirlah orang yang menyatakan ‘Bahawasanya Allah salah satu daripada yang tiga’ sedangkan sekali-kali tidak ada Tuhan melainkan Tuhan Yang Esa.Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu,pasti orang-orang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih.”
Semoga Allah menambahkan rasa seronok,manis dan khusyuk apabila bertasbih mensucikannya terutamanya semasa rukuk dan sujud.Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Suci Tuhan yang Maha Agung.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan