Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Buanglah Cinta Sebelum Nikah


Salam Ukhwah Fillah...

CINTA?Ana memang suka benar dengar orang acap kali menyebut perkataan yang telah diciptakan oleh Allah sejak di syurga lagi.Tidak Allah ciptakan Adam kerana cintanya pada Muhammad S.A.W,Makhluknya paling tinggi darjatnya dan paling mulia dan dikasihinya. Aura cinta terus mengalir dari tubuh Adam dan Hawa kemudian terus menerus hinggalah ke hari ini. Pelbagai definisi cinta dicipta dan didambakan oleh manusia.

Bagi ana,cinta yang sering menjadi bual mulut kini hanyalah cinta nafsu semata-mata. Menyintai pasangan kekasih yang belum ada nikahnya,yang belum ada halalnya.Yang cuma ada hanyalah mereka ditemani oleh orang yang ketiga iaitu syaitan laknatullah.Masih ku ingat lagi,ada seorang sahabatku ini,dia pernah bercinta bagai nak rak selama 3 tahun,akhirnya apa tiada.Hanya penyesalan,pembaziran dan dosa yang dimiliki oleh sahabat ana itu.Sedih benar ana mendengar kisahnya itu.

Dan kini sahabat itu berjumpa kembali kepada ana.Dia menceritakan setelah beberapa lama kini datang pula seorang bidadari dunia yang sangat menjaga adabnya dan kesopanannya. Bagaikan satu cahaya kehidupan hadir dalam hidupnya.Sahabat ana itu mengatakan bahawa inilah cintanya.Inilah masa depannya.Segala-galanya mahu diletakkan pada si dia.Mereka berjanji dan taat setia untuk mahu ke jinjang pelamin.Mereka sangat yakin akan keteguhan cinta mereka.

Tetapi sedarkah mereka bahawa Allah belum menguji mereka lagi.Mengapa ana katan demikian? Sahabat saya itu kini mula mengalami krisis.Ujian yang kecil sahaja iaitu perhatian. Dia menceritakan bahawa ketidak mampuan untuknya memberikan 100% kasih sayang pada 'bidadarinya' itu kerana dia juga manusia biasa.Ada tugasan dan kehidupan seharian yang perlu diuruskan.Dia menceritakan,'bidadari'nya itu mempunyai masalah.Dia sudi mendengar dan menjadi bahan serapan pada masalah yang dihamburkan.Kadang-kadang dia terpaksa meletak ketepi masalah dirinya sendiri kerana mahu menjaga hati bidadarinya itu.Sahabat itu berhujah lagi,dia menyembunyikan masalahnya dari orang lain kerana dia lebih suka pendam walaupun dari zahirnya dia seorang berterus terang.Kadang-kadang dia rasakan dirinya juga tidak dihargai kerana hanya dia mendengar masalahnya tetapi tidak pula mampu meluahkannya pada si dia. 

Sahabat ana itu merungut pada ana,"Jika sekarang pun kami tak mampu memahami sedangkan baru beberapa bulan mengenali,apatah lagi jika mendirikan rumah tangga kelak?Kehidupan suami isteri yang bertahun-tahun,tinggal sebumbung,sudah tentu banyak konflik yang akan tercetus.Aku cuba memahaminya cuma berikan aku masa.Aku berikan masa padanya memahami ku tetapi dia seperti mahukan aku terus menerima semua kehendaknya sedangkan aku baru mendapat lesen L untuk memahami dirinya.Belum fasih benar akan selok belok peribadinya.Kenapa dia tidak berikan aku masa?".Tersentak juga ana mendengar masalah yang dihadapinya.Aku membuka mulutku,"Izaf (bukan nama sebenar),bertenanglah. Aku nasihatkan kau agar tabah.Tanamkan 3 perkataan ini dalam hidupmu iaitu 1)Memahami 2)Berfikiran Positif dan 3)Redha akan ketentuanNya.Jika benar dia milikmu,akan dibukakan pintu rezeki nikah padamu.Dan jika tidak,pasrahlah.Janganlah mengulangi kesilapan mu 3 tahun yang lalu. Itulah,cinta sebelum nikah ini sangat bahaya.Ianya akan dimanupulasikan oleh iblis dan konco-konconya.Bertenanglah.Doakan jodohmu tepat dan dicepatkan.Kata pada si dia,belajarlah menyukai sahaja.Jangan sampai bertindik cinta yang berlebihan dalam diri.Nanti hilang seri selepas bernikah".

Puas benar ana dapat nasihatkan sahabat ana itu.Yang ana tahu ana bukan motivater,bukanlah ustaz.Hanyalah seorang sahabat yang mahu berkongsi suka duka bersamanya.Bertenanglah.Bertenanglah kedua-dua pihak.Allah bersama dengan orang-orang yang sabar...

2 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

yang baik tu datang dari Allah dan yg buruk tur datang dari diri kita sendiri...berkawan tak salah, sedangkan kita yg berkawan nie pun bnyk conflik. kita pun akan melaluinya dan Allah akan mmberi dugaan untuk kita.dan andai kita tidak kuat maka syaitan lah yg akan mengawal kita. klu dia sudah jodoh kita, kita akan berasa tenang, x ada rasa keraguan malah kita akan berasa tenang wlaupn kita x berhubung dengannya seharian pn.stiap pertemuan itu sudah ditakdirkan dan ada hikmahnya. WaAllahualam.....

KaYRaiL FaREasT berkata...

sAngat benar apa diperkatakan oleh saudara.Saya bersetuju...