Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Personaliti Anda:Ada 4,Anda Yang Mana Satu? (PART 1)

BAHAGIAN PERTAMA: CIRI-CIRI POPULAR SANGUINE
Salam Ukhwah Fillah,Kembali ana selepas dua hari terputusnya Internet di rumah akibat dari sambaran kilat pada modem ana.Dan syukur juga,pada 23 Mei lalu (Sabtu),Pengunjung yang mengunjungi blog ana melebihi 300 orang dalam tempoh tidak sampai 24 jam.Alhamdulillah. Jazakallah atas sokongan dan teguran yang diberikan!

Kali ini,sengaja ana membuat artikel berkaitan dengan personaliti diri untuk tatapan sahabat sekalian.Ana bukanlah mahu mempromosikan ilmu barat tetapi ilmu barat juga dicedok dari ilmu Islam dan Al-Quran.Cuma kini umat Islam sangat malas untuk mengkaji ilmu yang terbentang luas di dalam kitabNya iaitu Al-Quran.Natijahnya,Barat lebih bijak mengkaji kitab yang mereka tidak imani tetapi percaya akan ketulenannya.

Salah satu kajian yang benar-benar menarik perhatian ana ialah sebuah kajian berkenaan dengan personaliti seseorang itu.Di dunia ini terdapat 4 Karakteristik Utama iaitu:
(SILA KLIK SALAH SATU)

Susah benar kita mahu menyebutnya bukan?Barat telah mengkaji tiga ciri ini yang memang ada dalam setiap diri insan yang hidup di dunia ini.Untuk pengetahuan sahabat sekalian,pasti dan pasti 90% diri ana terletak pada pilihan pertama iaitu Popular Sanguine.Perkara ini telah disahkan selepas ana melakukan personality test yang dibuat oleh sahabat ana iaitu Nazmie.

Terkejut juga ana kerana hampir semua perkara yang dinyatakan dalam Popular Sanguine itu kena pada ana.Mahu baik atau buruk terpaksa juga ana telan bulat-bulat kerana ianya memang terkena pada batang hidung ana sendiri.Sahabat-sahabat yang tidak tahu kategori manakah anda berada boleh lah mencari di laman web yang banyak menawarkan ujian personaliti ini.

Tak mengapa,saya terangkan sedikit ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap Karakteristik tersebut.Dimulai dengan Popular Sanguine.PS merupakan karakteristik yang PALING MENONJOL berbanding yang lain.Mereka ini hyperaktif dan seorang yang periang.Kita lihat dalam bentuk point:

KELEBIHAN POPULAR SANGUINE

1. Seorang yang kuat bercakap.Jika nampak senyap pun,hanya di depan orang tak dikenali. Apabila berada di hadapan orang yang dikenali,sangat peramah.
2. Suka bercerita dan membuka sesebuah topik bercerita.
3. Jika melakukan sesuatu perkara,suka pada kejutan dan suka pada yang gempak!
4. Tanpa Popular Sanguine,acara sesuatu majlis kurang gembira dan kurang menyerlah. Merekalah yang menghidupkan sesuatu majlis dengan celoteh dan ramah.
5. Pemberi semangat dengan menggembirakan hati orang lain terutama jika berada di dalam sesuatu kumpulan bekerja.
6. Bersemangat dan sangat tinggi cita-cita mereka.Boleh dilihat dengan idea yang dikeluarkan oleh mereka.
7. Sangat mudah membuat kawan.Peramah bukan main!
8. Seorang pemujuk dan motivater yang sangat bagus!

KELEMAHAN POPULAR SANGUINE:

1. Apabila bercakap,mereka lepas segalanya tanpa memikirkan kesannya.
2. Suka membesar-besar kan cerita.Senang kata kira macam metafora iaitu melebihkan cerita tidak sepatutnya.Banyak tokok tambah dalam percakapan mereka.
3. Suka bercakap kuat dan boleh menganggu ketenteraman orang sekeliling.
4. Tidak suka diarahkan sebab dalam diam,mereka suka mengarahkan orang lain.
5. Sangat mudah terasa walaupun perkara kecil.
6. Tidak suka bersendirian.Sebab itu popular sanguine suka keluar berkumpulan kerana mahu menarik perhatian mereka.
7. Apabila orang lain berkata-kata,mereka suka sangat ganggu perbualan mereka (suka menyampuk)
8. Seorang yang sangat berterus terang.Ada baik dan ada buruknya.
9. Jangan biarkan PS menyimpan rahsia anda.Mereka mudah terlepas cakap.
10. Semangat melakukan sesuatu kerja hanya seketika.Kemudian bila tak datang semangat habis semuanya ditinggalkan.

PASANGAN SANGAT IDEAL UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA:
PERFECT MELANCHOLIC!!!

SETERU UTAMA:
POWERFUL CHLORIC!!!

Contoh Insan PS:
Ana!!!
Nabil (Raja Lawak)

JIKA UJIAN DI BAWAH MENUNJUKAN ANDA DOMINAN PS,MAKA CIRI ANA LEBIH PADA PS.JIKA PS DITEMPAT KEDUA MAKA ADA SEDIKIT CIRI PS PADA DIRI ANDA DARIPADA YANG DOMINAN YANG ANDA MILIKI.SELAMAT MENCUBA!!!
UNTUK KE UJIAN PERSONALITI SILA KLIK LINK DIBAWAH DAN JAWAB DENGAN JUJUR!SILA JAWAB HANYA SATU YANG TERBAIK BAGI SETIAP ROW!!!JIKA TIDAK FAHAM MAKNA INGGERISNYA,SILA LIHAT KAMUS!!!WAJIB CUBA!SERONOK!!!

0 Kesan Parut: