Wahai kaum Hawa,jadilah 5 ciri yang akan disebutkan selepas ini kerana sesungguhnya Allah amat mengasihi mu tetapi kerana kelancangan sesetengah dari mu melawanNya menyebabkan kamu menjadi kaum paling ramai menghuni di Neraka Allah:
- Wanita Muslimah:Dia perlu menjadi seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.
- Wanita Mukminah:Bukan sekadar beriman kepada Allah,beriman kepada Malaikat,beriman kepada Rasul,kepada Kitab,Hari kiamat dan beriman kepada Qada' dan Qadar,bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah,membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.
- Wanita Mujahidah:Seorang wanita yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.
- Seorang Muslihah:Yang berperanan melakukan tugas-tugas Islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat.
- Seorang Sumayyah:Srikandi Islam zaman Rasulullah.Ibu kepada Ammar bin Yasir dan isteri kepada Yasir.Mereka sekeluarga Syahid di tangan musyrikin Makkah.
5 Ciri di atas dipetik dari Novel SALJU SAKINAH nukilan ZAID AKHTAR
1 Kesan Parut:
Assalamualaikum...
klau nak jadi org yg bjya dunia akhrt...ya msti jd muslmh,mkmnh,mjhdh...yg sbnr...bgs.
Catat Ulasan