Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Ada Orang Kata Sebarkan Ilmu Itu Spam?


Salam Ukhwah Fillah,

RASULULLAH SAW BERSABDA: 

"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Kita semua umat Muhammad S.A.W.Umat yang terbaik pernah diciptakan oleh Allah S.W.T.Mengapakah kita digelar umat yang terbaik?Kerana umat Muhammad adalah umat yang sering mengajak manusia ke jalan kebenaran dan mencegah mungkar.

Pelbagai cara dan kaedah zaman kini digunakan untuk kita menyampaikan ilmu,berkongsi serta mempraktikkan ilmu serta informasi berguna yang diperolehi.Jika dulu Nabi S.A.W dan para sahabat terpaksa berjalan kaki,menaiki unta dan kuda serta menggunakan utusan yang berjalan bermingu-minggu untuk sampai ke destinasimu untuk menyampai dakwah dan kalam Allah.

Kini zaman sudah moden.Ciptaan ajaib manusia melalui pertolongan Allah yakni Internet atau alam maya sangat pantas,mudah dan teruja kita menggunakannya.Kini sudah bertapak beribu malahan berjuta website.Kemudian diciptakan pula blog yang kini jumlahnya ratusan juta.Begitu luasnya dunia internet ini rupanya.Cuma kita manusia diberi pilihan samada mahu bertuankan akal atau nafsu.Jika bertuankan akal maka internet digunakan untuk tujuan baik seperti berdakwah.Jika nafsu jadi sahabat kita,maka laman web tak sepatutnyalah jadi pilihan kita.

Sesungguhnya ana mahu bertuankan akal.Mahu benar membantu usaha dakwah ini walaupun sedikit.Memang benar,akhir zaman,dakwah dipandang sepi dan hina.Kerana tidak mendapat pendapatan mewah.tidak nampak segak dan bergaya.Namun biarlah segak dan bergaya memakai pakaian syurga yang ku idamkan.Amin.Ana mencipta blog bukan kerana populariti.Hanya kerana Allah untuk menyampaikan pelbagai informasi dalam satu blog,yakni Destinasimu.

Destinasimu ada bermacam jenis informasi dan ilmu.Tidak hanya 100% bertumpu pada Agama. Anda sekalian boleh lihat sendiri.Mungkin ada beberapa artikel yang kelihatan seperti menggunakan mouse lebih dari menaip di keyboard.Ya memang benar ada juga ana hanya copy and paste.Tetapi tidak salah asalkan kita sudah meminta izin dari tuan empunya badan.Kemudian kita sampaikan pada orang lain.Ianya lebih baik dari kita menulis sesuatu yang menghentam blog orang lain atau komen bahawa copy paste menjadi intipati hidup sesebuah blog.

Kemudian diciptakan teori bahawa diciptakan blog kerana hanya mahu mendapatkan kawan.Tak salah bukan kalau serampang dua mata?Disamping menyampaikan risalah dakwah, kita mencari sahabat dan mengeratkan hubungan silatulrahim.Setiap kali ada artikel yang diletakkan di sini,akan ana hebahkan di iluvislam.com dan juga yahoo group serta di YM ana. Sebelum itu ana memohon maaf jika ada yang tidak selesa dengan caraku ini.

Niat ku untuk menyampaikan.Bukan untuk membanggakan diri.Jika anda katakan ianya SPAM (Sampah Internet),ana tak berfikir seperti itu.Ianya ilmu bermanfaat.Gunakan segala saluran yang ada untuk sampaikan ia.Apa gunanya teknologi?Bukanlah niat di hati untuk memarahi sesiapa tetapi untuk menyedarkan kita masing-masing ada strategi dan cara yang berlainan. Rambut sama warna tetapi hati lain-lain...Asif Jiddan atas luahan ini...

0 Kesan Parut: