Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sivakumar vs Ganesan


Salam ukhwah...

Buat pertama kalinya,ana malas mahu memikirkan masalah politik yang berlaku di Malaysia ini. Dah muak rasanya. Dah macam rakyat tiada hak mahu menyuarakan pandangan mereka. Kerajaan buat pekak je.Yang benar ditangkap,yang mahu buat solat hajat ditahan polis. Tidak punyaikan mereka hati perut? Paling ana kesalkan,kenapa perlu ditangkap orang yang mahu melakukan solat hajat? Nanti adalah yang berikan alasan:

"Buat apa nak campur adukkan agama dengan isu politik?"

"Ingat solat hajat je dapat ubah keadaan ke?"

Bukankah Islam menganjurkan umatnya melakukan 3 perkara iaitu berusaha,berdoa dan bertawakal. Dan kini pihak yang terlibat telah berusaha membawa kes ini ke mahkamah selepas rundingan bersama kuasa feudal negeri tidak berjaya walaupun nampak jelas kuasa feudal melebihi kuasa undang-undang negeri.Kini mereka sedang berdoa padaNya agar diberikan petunjuk kepada siapa yang benar dan siapa yang batil.Tetapi ana dapat rasakan kuasa feudal tetap akan melangkaui undang-undnag negeri.Maka bersabarlah orang-orang yang diuji olehNya.Kemenangan yang hakiki adalah di akhirat kelak.

Ana sedih kerana masa kini begitu ramai orang tergilakan kuasa.Tidak kisahlah dari pihak mana sekalipun.Cuma jika telah diberikan amanah secara SAH oleh rakyat,maka itu menjadi tanggungjawab mereka melunaskan amanah yang dipikul,tetapi yang merampas hak dari rakyat, apakah hukumnya?Tergilakan kuasa kah kamu?Zaman Rasulullah dahulu,seboleh-boleh sahabat-sahabat nabi tidak mahu menjadi pemimpin kerana tanggungjawab seorang pemimpin sangat berat.Setiap tingkah laku dan kebajikan orang bawahannya akan dipersoalkan oleh Khaliq kelak.Setiap pemimpin itu tidak kisahlah pemimpin sesebuah kerajaan,parti,keluarga,masyarakat hatta diri sendiri juga akan dipertanggungjawabkan. APa yang kamu lakukan,dimana kamu habiskan duit untuk rakyat?Apakah kamu bersikap adil pada semua kaum dan agama?Sukar bukan?Itu pun ramai masih lagi mahu melobi menjadi rakyat hingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang menjijikan seperti rasuah,suapan hinggakan ugutan.Ini semua politikus!Politik yang tiada Islam didalamnya!

Ana juga merasakan sangat kesal akan tindakan pihak berkuasa yang memecat seorang imam di KL yang membacakan khutbah.Hanya dengan menyeru agar para pemimpin mentadbir dengan tulus,saksama dan adil,imam yang ikhlas ini dipecat atas tindakan benar beliau.Adakah beliau berpolitik dalam hal ini?Beliau sendiri berkata dia tidak cenderung ke mana-mana pihak sekalipun.Fungsi masjid semakin lama semakin terhakis.Hanya untuk tempat beribadat.Pengajian Islam pun hanya mengikut telunjuk pihak tertentu dan jika ianya seperti menghentam pihak berkuasa walaupun yang disampaikan itu benar belaka,orang yang terlibat akan dicantas hidup-hidup.Bersyukur pada Allah kerana memberikan kesabaran dan ketabahan kepada imam berkenaan.Beliau berkata beliau teringin untuk mencari kerja lain. Moga Allah memberikan balasan kepada pihak yang menyekat cahaya hidayah Allah ini.

Berbalik kepada tajuk entri di atas,Kedua-duanya mengaku dirinya Speaker DUN Perak. Namun jika diikutkan undang-undang,Sivakamur masih yang sah dan berkuasa penuh keatas DUN Perak.Hatta Sultan perlu membubarkan DUN untuk Pilihanraya jika mahu melantik Speaker baru.Tindakan kurang ajar kerajaan baru Perak memang sudah melampau.Melangkaui undang-undang.Dari 10 permohonan BN di mahkamah tinggi,hanya 2 dibenarkan dan 8 lagi ditolak. Macam-macam cara dilakukan untuk menafikan hak rakyat.Masih tidak serik lagi dengan kekalahan demi kekalahan yang dipunyai oleh mereka.Ingatlah,pengundi muda kini sudah matang.Sistem Feudal bukan lagi yang dipuja dan dijunjung.Jika pemerintah itu bersikap tidak adil,maka rakyatnya perlu menggulingkan mereka.Untuk kepentingan mashalahat ummat. Kami generasi muda memikirkan apa kana terjadi kepada kehidupan kami dna keluarga yang bakal kami dirikan 5 hingga 35 tahun akan datang.Sekarang kami hidup dalam keadaan seperti kesenangan namun kesenangan itu dirantai dan dikelilingi oleh kesusahan dna kepayahan.Bilangan polis bertambah tetapi kadar jenayah makin meningkat.Gejala Dadah,Mat Rempit,Rogol,Bunuh.Rompakan..seperti sudah menjadi asam garam dan sajian utama di televisyen dan dada akhbar.Malu kalau mahu katakan Malaysia didiami majoritinya umat Islam. Tiada lagi Islam sebenar di Malaysia kecuali di amalkan sebahagian kecil sahaja.

Ana juga tidak faham sama sekali kenapa Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Kebudayaan Islam.Tidak nampak langsung ciri-ciri tersebut.KLCC ada nampak ciri-ciri Islam?Ya..tetapi kenapa ianya begitu tinggi?Bukankah ia hanya untuk kemegahan dan ego yang mencacak tinggi? Pusat mebeli belah di bawahnya pula dimilki oleh orang bukan Islam.Hanya luarnya Islam,dalamnya hancur lebur.Masjid cantik memang banyak.Cuma cantik diluar,pengisian kurang dan tidka bebas.Semuanya mengikut telunjuk pihak tertentu.Bukankah Kuala Lumpur pusat kegiatan tidak bermoral di Malaysia?Nak apa?Pelacuran?Pembunuhan?Rogol?Semuanya di ibu kota Malaysia ini dan kawasna sekitarnya.Memang sepatutnya tidak layak diberikan gelaran Kota Kebudayaan Islam kerana mereka hanya menjadikan Islam itu sebagai lambang budaya kehidupan dan bukan sebagai bahan tarbiyah dan pengamalan hidup sesoerang Muslim. Inilah akhir zaman,Islam ditinggalkan.Mana yang arasa tak sesuai dengan dirinya,ditolak.

Akhir kata,moga Allah berikan kemenangan kepada pihak yang benar.Sesungguhnya janji Allah bersama dengan orang yang beriman adalah benar-benar belaka.Tidak usahlah fikirkan kerajaan perpaduan,negara perpaduan jika hubungan antara kita dan Allah serta kita sesama muslim lain masih ditakuk lama.Ana tetap menyokong kepimpinan Ulama' yang menjadikan Islam teras kehidupan mereka.Sungguh banyak dugaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini.Mereka yang menjadi pemerintah negara ketika ini,Allah sedang memberikan kalian istidraj.APakah istidraj,carilah sendiri.Kembalilah kepada Islam yang sebenar.Sesungguhnya anasir Freemason dan Zionis telah menjalar keseluruh urat saraf kalian.Insaflah.Ana juga menasihati diri ana yang alfa ini.Doaku buat Malaysia:

"Ya Allah Raja Sekalian Raja di Alam ini,kami memohon pelindungan darimu dari tangan-tangan kotor yang memusnahkan yang hak dan menegakkan yang batil.Engkau tunjukkan kepada musuh-musuhmu bahawa azab kepada mereka akan diturunkan samada di dunia atau diakhirat. Kami gusar akan keadaan negara kami yang tercinta ini.Berikanlah perlindungan kepada kami rakyat negara Malaysia"

0 Kesan Parut: