Assalamualaikum...
Sejak azali lagi kejadian manusia,Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan.Yang berlainan jantina yakni lelaki dan perempuan.Jika dilhat di dunia ini,setiap benda dijadikan secara berpasangan.Langit dan Bumi,Malam dan Siang,Ombak dan Pantai dan sebagainya.Begitu jugalah dengan kehidupan manusia.Saat melafazkan akad pernikahan merupakan suatu saat genting buat kedua mempelai kerana mereka akan hidup bersama,mendirikan rumah tangga,melahirkan generasi khalifah baru di dunia,berkongsi suka dan duka dan meratapi saat kematian salah seorang dari mereka apabila tiba ajal mereka.
Perkahwinan bukanlah satu benda yang remeh.Banyak benar pasangan hari ini tertewas di pertengahan perkahwinan kerana tidak mempunyai sikap mahu memahami,menghargai,mencintai sepenuh hati serta setia pada yang satu.Salah satu dari puncanya ialah dari saat pertama kali mereka bertemu.Adakah dengan cara yang baik atau tidak. Sukar untuk kita lihat,pasangan yang bercouple ke hulu ke hilir mempunyai kehidupan rumah tangga yang bahagia dan aman sentosa.Jika ada pun,hanya bahagia di dunia tetapi tidak menyiapkan diri masing-masing untuk hari pembalasan.Jika suami isteri pun porak peranda apatah pula nasib anak-anak mereka?Sebab itulah,setiap bayi yang lahir ke dunia ini dilahirkan seperti kain putih yang bersih.Ibu bapa merekalah yang mencorakkan samada ana mereka Nasrani,Yahudi atau Majusi.
Buat yang sednag dilamun bercinta yang melampau sebelum pernikahan,akan pudar kehangatan cinta selepas pernikahan.Sudah tiada lagi kejutan hendak diberikan kepada pasangan anda selepas perkahwinan.Semuanya telah dicurahkan semasa bercouple.Itulah keburukan bercouple.Dosa dapat kemudian akan memberi kesan tidak terjangka selepas berkahwin. Kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga,janganlah merasakan anda telah terbabas dan tidak punyai jalan kembali.Bertaubatlah pada Allah.Misi anda sekarang ialah didik anak-anak dengan cara yang sepatutnya.Jangan tunjukkan pada anak-anak akan sifat mazmumah yang telah kamu lakukan.Didik mereka dengan ciri-ciri Islam.Buat suami isteri pula,di sini ana berkongsi sedikit tips untuk menceriakan kembali kehangatan bercinta selepas pernikahan yang telah banyak dari kita lupakan...
Buat si Suami:
- Apabila melihat si isteri memasak di dapur,kamu jangan buat tak tahu atau tak reti membantu mereka.Ringankan tulang anda untuk menolong.Tunjukan kasih sayang ketika ini dengan berkata:
"Sayang,boleh abang bantu?Kesian tangan sayang yang penat lelah menyediakan juadah untuk abang dan anak-anak.Terima kasih sayang.Masakan ayang terbaik!"
Pastikan anda mencium ubun-ubun isteri atau tidak pun peluk dia.Kemudian jangan pula kembali tengok TV.Tolonglah sedikit potong bawang ke,basuh pinggan ke.
2. Setiap kali mahu keluar rumah walaupun sebentar atau dekat katakan:
"Sayang,abang mahu keluar sebentar.Ada apa-apa yang sayang mahu kirimkan?Jangan risau ya,sebentar je abang nak keluar."
3. Setiap kali menjamah makanan di meja makan,katakan:
"Sedap sangat masakan awak!Setiap hari makin sedap!Air tangan awk membuatkan abang tak lekang dari rumah ini!"
Dan jangan lupa,suapkan sejemput nasi ke mulutnya.Jangan rasa malu!Dapat pahala! Jika minum,sila minum cawan yang sama.Apabila si isteri mengenakan bibirnya pada satu bahagian mulut cawan,suami perlulah minum di tempat yang sama!
4. Apabila isteri kesedihan,PELUK dia!Kesat air matanya!Katakan:
"Cintaku,tabahkan dirimu.Ku dijadikan untuk menjadi pelindung kepada dirimu.Dirimu tangungjawabku.Jangan dikau gusar sayang.Aku suami,redha keatas mu.Syurgalah keatas mu sayang"
5. Setiap bulan,berikan kejutan kepadanya seperti hadiah.Hadiah tak semestinya barang shj. Tetapi juga melalui cara menukilankan puisi dan lagu.Buatlah puisi dan lagu menghargai si isteri.Bagi bunga kepadanya.
6. Jika berada di luar rumah,jangan segan silu berpegang tangan dengan isterimu.Sebelum Perkahwinan ada yang berani berpegang tangan,saat halal maka jangan segan silu kita untuk menghargai saat yang telah Allah berikan kepada pasangan suami isteri.Bisikkan:
"Sayang,pimpin tanganku.Abang berbangga memilikimu sebagai peneman hidupku."
7. Paling baik ialah solat berjemaah sekurang-kurang sekali sehari bersama isteri anda! Setelah solat,imamkan pula doa.Si isteri pasti mengaminkannya.Kemudian jangan segan katakan pada isteri anda:
"Sayang,maafkan abang jika abang ada terkasar bahasa atau menyakitkna hatimu.Dirimu telah begitu banyak berkorban untukku.Ku berdoa agar kita menjadi seperti cintanya Rasulullah kepada Khadijah.Dikaulah Khadijahku...Ku mencintai mu keranaNya"
Hah,itu beberapa tips khas untuk si suami yang perlu (wajib rasanya) untuk dilakukan kepada isteri untuk menyuburkan kembali rasa cinta antara kalian berdua.Jangan rasa segan silu melakukannya.Bagi si suami,isteri solehah merupakan bidadari bagi mereka di dunia. Didiklah dan hargailah isteri kamu sebaik mungkin.Dia tidak meminta sebarang bayaran untuk menangung kesakitan melahirkan zuriat buatmu,memasak untuk mu,mencuci pakaianmu dan melayani kehendakmu.Dia cuma harapkan kamu setia,memahami,mencintai,melindunginya dan mendengar luahan hatinya saat dia berduka.SAYANGILAH ZAUJAH MU...
(p/s:Untuk si isteri,ana akan mengupdate kan tips untuk menawan hati suami anda kelak. Just tunggu dan sampaikan pada yang lain.Sebarang pertanyaan atau masalah,insyaAllah ana bantu.)
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan