BAHAGIAN 2:CIRI-CIRI PERFECT MELANCHOLY
Alhamdulillah telah selesai bahagian pertama iaitu ciri personaliti Popular Sanguine.Sekrang mari kita lihat pula apa yang ada ciri kedua iaitu Perfect Melancholy.Lihat sahaja nama Perfect sudah tentu kita memikirkan mereka merupakan jenis manusia yang sempurna dan inginkan kesempurnaan.Ya memang benar namun ada juga kekurangan yang dimiliki oleh mereka.Senang cerita mereka bukanlah sempurna dalam segala hal.Mereka juga manusia seperti kita dan ada kelemahannya.Jom kita lihat karekteristik mereka!:
KELEBIHAN PERFECT MELANCHOLY:
1. Pemikiran mereka sangat mendalam sehinggakan mereka ini digelar bijaksana dalam sesuatu hal.
2. Berfikiran analitik iaitu sukakan pada graf,chart,penjadualan dan diari menjadi teman karib mereka.
3. Seorang yang berwatakan serius dan segala perwatakan mereka mempunyai maksud tertentu.Sukar dibaca pemikiran mereka.
4. Seorang yang boleh menjaga diri mereka dengan baik.Maksudnya,dapat mengurus kehidupan seharian dengan baik.Sebab mereka mempunyai penjadulan harian yang teratur dan cemerlang.
5. Perfectionist.Sukakan kesempurnaan.Katil mereka kemas.Barangan mereka kemas tersusun dan pemakaian nampak teratur.Sangat menjaga penerampilan.
6. Seorang yang sangat setia pada cinta mereka.
7. Tekun bekerja dan sudi mencurahkan bantuan kepada yang memerlukan.Pentingkan sahabat dari diri mereka sendiri.
8. Penyimpan rahsia terbaik!Sesuai jadi setiausaha!
KELEMAHAN PERFECT MELANCHOLY:
1. Suka menunda sesuatu kerja.
2. Mood yang tidak boleh diagak dan mereka tergolong dalam golongan yang senantiasa berada dalam keadaan tertekan.
3. Masalah kecil menimpa mereka,akan menganggu mood mereka.Jika dilihat pada graf mood mereka,jika mood mereka down,susah benar mahu kembali ceria dalam tempoh singkat kecuali ada orang terdekat memberikan sokongan pada mereka.Mengambil masa beberapa hari untuk kembali ceria.
4. Mood ceria mereka lebih rendah berbanding mood kecewa mahu tertekan.
5. Kerana terlalu cerewet mahukan kesempurnaan,keputusan sangat lambat dikeluarkan oleh mereka.
6. Suka merendahkan diri.Tidak suka menonjol.
7. Mempunyai keegoan mereka yang tidak boleh dilawan kecuali ditundukkan oleh Popular Sanguine.
8. Suka benar memikirkan keburukan.Memikirkan negatif melebihi positif.
PASANGAN SANGAT IDEAL UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA:
POPULAR SANGUINE!!!
SETERU UTAMA:
POWERFUL CHOLERIC!!!
Contoh Insan PM:
Ibu ana!
Insan Masa Depan
JIKA UJIAN DI BAWAH MENUNJUKAN ANDA DOMINAN PM,MAKA CIRI ANA LEBIH PADA PM.JIKA PM DITEMPAT KEDUA MAKA ADA SEDIKIT CIRI PM PADA DIRI ANDA DARIPADA YANG DOMINAN YANG ANDA MILIKI.SELAMAT MENCUBA!!!
UNTUK KE UJIAN PERSONALITI SILA KLIK LINK DIBAWAH DAN JAWAB DENGAN JUJUR!SILA JAWAB HANYA SATU YANG TERBAIK BAGI SETIAP ROW!!!JIKA TIDAK FAHAM MAKNA INGGERISNYA,SILA LIHAT KAMUS!!!WAJIB CUBA!SERONOK!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan