Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Tak Puas Hati atau Terasa?


Sejak-sejak ni makin panas lak blog ini apabila dengan selambanya penulisan di sini lebih tajam dan terus menegur sesetengah pihak tanpa mengira kesan akan dialami oleh si penulis dan juga si dikritik atau ditegur.Kadang-kadang terfikir gak,apakah dengan cara sebegini hanya boleh membuka mata mereka atau terus menutup pembaharuan kepada mereka?Adakah sengaja aku ungkitkan hal tersebut atau ada maksud tersirat yang hanya diketahui oleh si penaip entri tersebut?

Lihat sahaja entri bertajuk "Tribute to Marwan",agak panas juga diutarakan artikel tersebut apabila mereka yang terbabit menjadikan apa dah berlaku menjadi topik perbincangan sesama sendiri mahupun di alam maya.Bukanlah niat aku untuk menjuadi penasihat kepada kalian ataupun berlakon menjadi hero dalam hal tersebut.Namun jika tak jentik atau dicubit,mana hendaknya terasa sakit bukan?Kalau bukan kerana angin takkan pokok bergoyang kan?

Buat yang berkenaan,bukanlah niat dihati mahu membandingkan kalian dengan orang lain.Tidak. Sesungguhnya tidak juga yang berserban atau berkopiah itu lebih mulia dari yang tidak berpakaian seperti itu kerana iman dan taqwa tidak dapat diwarisi dan tidak dapat diukur melalui pangkat dan pakaian.Namun janganlah membandingkan yang berkopiah itu dengan mengatakan mereka juga melakukan kesilapan.Tidak maksum.Ya memang mereka tidak maksum dan sering terlanggar arahan Allah,namun cerminlah diri kita sendiri.Bagaimanakah kita sebagai orang Islam yang menjadi khalifah dimuka bumi ini telah diberikan amanah oleh Allah memimpin sesuatu organisasi,anda orang Islam,pimpinlah cara Islam.Janganlah melanggar batas-batas agama.Kesannya memang kita tidak nampak sekarang namun kita akan diketawakan oleh non-muslim yang melihat agama kita sama sahaja seperti mereka bahkan tiada bezanya.

Sahabatku,ku tahu aku bukanlah pemberi nasihat apatah lagi seorang ustaz atau ulama' yang berilmu tinggi dalam meluruskan kembali saf umat Muhammad yang makin terserong.Namun kesedaran yang hadir sekecil zarah,akan ku gunakan untuk membimbing kalian secara langsung atau tidak langsung.Bayangkan jika tiada artikel itu,mungkin kalian tidak begitu sedar dari lamunan mimpi akan ketelanjuran yang telah berlaku.Jadikan ianya batu loncatan untuk buat perubahan pada diri kalian dan sahabat dalam pimpinan.Memandangkan pimpinan baru telah mengambil alih,lakukan perubahan yang islamik dan jangan terlalu membebaskan diri kalian tanpa berpegang kepada tali-tali Allah.

Sahabatku yang berkenaan,tiada niat langsung dalam hati membenci kalian tapi dengan cara inilah aku mampu menegur atau memberi sedikit impak kesedaran.Ramai sahabat baru yang kini berada di bawah mu.Pimpinlah mereka dengan cara yang baik.Janganlah kita hanya berhibur tanpa melihat bahawa bila-bila masa akan matilah kita nanti.Jika kalian sayangkan organisasi kalian,sayangilah diri kalian terlebih dahulu.Janganlah mencampakkan diri dalam lembah neraka Allah.Usahakan menjauhinya dengan mendekati kepada cara hidup Islam yang Ad-Din.Jangan cari cara hidup yang lain yang jelas cuba memesongkan akidah dan pegangan hidup umat Muhammad S.A.W.Maafkan aku jika nasihat ini agak nampak kasar namun jika kelembutan disalah tafsirkan,maka kiranya perlunya aku lebih tegas dalam hal ini.Asif...

Buat yang membaca entri "Perlembagaan Persatuan Yang Perlu Dikaji",jika rasa aku seperti tidak memahami apa terkandung dalam perlembagaan,ikutlah apa kata kalian.Aku sedar mungkin ada ketakutan apabila berlakunya kejatuhan pimpinan dari Muslim kepada bukan Muslim.Itu pendapat kalian.Ku hormatinya.Moga AGM kelak,dibincangkan hal ini sedalamnya untuk mengimarahkan PPI lagi untuk dijadikan sebuah persatuan yang sangat terbuka dalam menerima ahli dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama.Mungkin kita boleh kaji kembali fasal yang menyebut Ahli Persatuan Sepenuh dan Separa yang kelihatan seperti adanya pecahan dua kelompok yang membezakan yang penuh dan separa.Jika yang separa lebih aktif dan komitmen,alangkah baiknya jika diberi hak untuknya menjadi keahlian penuh agar lebih dihargai.

Kepada yang menguruskan AGM itu kelak,mungkin aku kurang memahami sebenar apa termaktub dalam perlembagaan.Maka aku memohon maaf.Diharapkan ada satu anjakan paradigma dalam mengangkat PPI menjadi pilihan utama dalam menjalankan kerja dakwah dan cara hidup pelajar Muslim UNITEN pada masa akan datang.Mungkin pimpinan baru diketuai oleh akhi Baihaqi atau Taufiq mahupun Jihad akan membawa satu lagi perubahan positif kepada PPI agar menjadi satu persatuan yang dikenali sejak awal penubuhannya.

Pada saudara Hakim yang membalas di YG PPI,Jazakallah akan penerangan yang diberikan. Mungkin entri terdahulu yang aku luahkan nampak begitu kasar namun dalam hati,tidak lain, mahu melihat PPI terus maju dan berkembang subur dan bukannya terkubur. Entri itu mungkin juga akan dilihat sambil lewa oleh sesetengah pihak tetapi ianya mempunyai kandungan tersirat dalam membangkitkan singa yang sedang tidur.Itulah yang berlaku pada Umat Islam kini.Bertemu kita di Muktamar kelak.Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bersalaman serta memohom maaf atas kekurangan sepanjang aku menjadi pimpinan dan moga pimpinan akan datang tidak melakukan kesalahan atau kelemahan yang tak sengaja dicipta oleh pimpinan terdahulu.



Assalamualaikum dan asif jiddan...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,

Admin Destinasimu.blogspot.com



1 Kesan Parut:

hafiy berkata...

salam.. setiap insan perlukan nasihat&teguran dlm mengharungi hidup yg penuh dugaan nih.. tp terpulang pada individu itu untuk menerima dgn cara yg bagaimana.. mungkin menunjukkan tidak puas hati atas desakan ego diri, kita hanya mampu mengharapkan agar hati mereka dpt terbuka untuk memikirkan teguran tersebut.. tiada insan yg sempurna, dlm memperbaiki diri nasihat dan teguran memainkan peranan.. secara tidak langsung, yg menegur juga dapat mengingatkan diri.. saya harap saudara dpt tabahkan diri.. semua ini dugaan..