Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Pengkhianat Melayu???


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bukanlah niat dihati mahu berpolitik berlebihan kerana diriku ini bukanlah pemegang ijazah kedoktoran mahupun ahli DUN yang pandai berkata-kata dan fasih dalam mengetahui perkembangan isu politik semasa.

Namun,termaktub dalam hati ini mahu mengatakan dan menyatakan perkara sebenar siapakah pengkhianat Melayu sebenar yang telah diliputi penipuan oleh media massa Malaysia yang menjadi Dajjal kecil dunia akhir zaman kini.

Punyalah dasyat dibuat cerita Anwar pengkhianat Melayu siap diisytiharkan lagi tu!Nak aja aku lempar balik najis pengkhianat kepada mereka yang berbaju melayu putih bersampin merah yang bersongkok hitam yang berlagak menjadi pembela Melayu sejati kononnya sedangkan merekalah musuh dalam selimut.

Beberapa fakta dan bukti mereka adalah pengkhianat sebenar bangsa Melayu dan Islam:

[1]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?

[2]. Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

[3]. Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?

[4]. Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?

[5]. Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?

[6]. Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?

[7]. Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?

[8]. Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?

[9]. Siapa yang bermesyuarat di Dewan Rakyat dan sebulat suara bersetuju bahawa hak agama anak-anak bagi ibu bapa yang berpisah hendaklah berada dalam agama yang asal?Maknanya jika si ayah memeluk Islam,anak-anaknya tetap dengan agama asal ayahnya.

[10]. Siapa pula yang mempromosikan hiburan melampau beserta dengan membangunkan pusat perjudian di Genting Highland serta membebaskan penjualan arak di Malaysia?

Maka sekarang silalah jawab.Siapa pengkhianat dan siapa pula dikhianati?Memang dasar tak malu orang yang menuduh sedemikian.Cermin diri sendiri!Pirahhh!!!

1 Kesan Parut:

hafiy berkata...

setuju.. tidak perlu memiliki ijazah kedoktoran untuk melihat semua ini. sebagai rakyat yg berfikiran waras, ini sudah cukup jelas..