Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Nama-Nama Tanah Haram



Tahukah kita bahawa Makkah mempunyai banyak nama. Sheikh Badruddin Az-Zarkashi menyebut Makkah ada 30 nama. Imam Nawawi berkata, banyaknya nama menunjukkan kelebihan bagi nama tempat atau orang yang diberikan, sebagaimana banyaknya nama Allah dan Rasulullah. Katanya lagi, kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain dari Makkah dan Madinah, kerana kedua duanya merupakan sebaik baik bumi, disebabkan kerana banyaknya sifat yang dinamakan kepada keduanya.

Jadi, di sini diperturunkan sebahagian nama nama Makkah yang disebutkan dalam Al-Quran.


1- Makkah
Perkataan Makkah disebutkan dalam Surah al-Fath, ayat 24. Maksud ayat tersebut ialah

“Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka, dan adalah Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”



Makkah di sini ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan demikian kerana Tanah Haram Makkah mengurangkan atau membinasakan dosa dosa mereka yang datang mengunjunginya, atau membinasakan orang melakukan kezaliman, atau menghapuskan pemerintah yang zalim di Makkah.

2- Bakkah
Perkataan Bakkah disebut oleh Allahdalam surah Ali Imran, ayat 96. Maksud ayat tersebut ialah

“Sesungguhnya rumah yang mula mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (makkah) yang diberkati dan menjadi pentunjuk bagi semua manusia.”



Bakkah ertinya memecah, menyelerak atau menunduk. Dinamakan demikian kerana ramai orang datang kepadanya menyebabkan orang bersesak sesak. Juga kerana Makkah menundukkan orang orang yang bongkak dan sombong.

3- Ummul Qura’

Perkataan ini disebutkan oleh Allah dalam surah Al-An’am, ayat 92. Maksud ayat tersebut ialah

“Dan ini (al-Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati, membenarkan kitab kitab yang (diturunkan) sebelumnya? dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Makkah) dan orang orang yang di luar lingkungannya.”

Disebutkan juga dalam surah Asy-Syura, ayat y yang bermaksud

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran? dalam Bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk Syurga dan segolongan masuk Neraka.”



Makkah dinamakan Ummul Qura (Ibu Kota) untuk merujuk pemusatannya sebagai :
a- Makkah sebagai pusat bumi dan berada di tengah tengah dunia.
b- Makkah sebagai kiblat.
c- Makkah sebagai negeri yang paling tua.
d- Kedudukannya yang tinggi dalam Islam.

4- Al-Balad

Al-Balad bermaksud negeri. Negeri di sini merujuk kepada kota Makkah. Perkataan Al Balad disebutkan oleh Allah dalam Surah al-Balad, ayat 1-2. Maksud ayat itu ialah

“Aku benar benar bersumpah dengan kota? ini (Makkah), dan kamu? (Muhammad) bertempat di kota Makkah ini."



5- Al-Baldah
Al-Baldah bererti negeri. Maksudnya negeri Makkah.

Perkataan Al-Baldah yang merujuk kepada kota Makkah disebut oleh Allah dalam Surah al-Naml, ayat 91 yang bermaksud :

“Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Makkah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaanNyalah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang orang yang berserah diri."



6- Al-Baladul Amin
Al-Baladul Amin bermaksud negeri yang aman. Dinamakan demikian kerana manusia dan haiwan yang berada di kota Makkah akan selamat samaada di zaman jahilliah lebih lebih lagi di zaman Islam.

Perkataan al-Baladul Am8in disebutkan dalam Quran Surah at-Tin, ayat 3. Maksud ayat tersebut ialah “dan demi kota (Makkah) ini yang aman.”


7- Haraman Aamina
Haraman Aamina bermaksud Tanah Haram yang aman. Sejak dari dahulu lagi Makkah adalah tanah yang aman. Sesiapa saja yang berada di dalam kawasana Tanah Haram mendapat keamanan. Begitu juga dengan binatang dan tumbuhan mendapat keamanan kerana dilarang membunuh dan membinasakan pokok pokok.


8- Ma’ad
Ma’ad bererti tempat kembali. Ia merujuk kepda peristiwa kembali Rasulullah s.a.w ke Makkah pada tahun kelapan Hijrah selepas dihalau dari kota itu oleh kafir Quraisy.

Perkataan Ma’ad disebut oleh Allah dalam Quran, Surah al-Qasas ayat 85 yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum hukum) al-Quran, benar benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Tuhanku mengetahui orang orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”



9- Qaryah
Qaryah bermaksud negeri iaitu merujuk kepada? Makkah. Perkataan Qaryah yang merujuk kepada Makkah disebut dua kali dalam Quran. Satu dalam Surah an-Nahl ayat 112 bermaksud:

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya? mengingkari nikmat nikamat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”



Dan Surah Muhammad, ayat 13 bermaksud

“Dan betapa banyaknya negeri negeri yang (penduduk penduduk) lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka; maka tidak ada? seorang penolong pun bagi mereka.”



10- Al-Masjidil Haram
Perkataan al-Masjidil Haram disebutkan sebanyak 15 kali dalam Quran. Lafaz Masjidil Haram di maksudkan dengan beberapa tempat seperti :


a- Ka’abah
b- Masjidil Haram dan kawasana sekitarnya
c- Makkah seluruhnya
d- Seluruh Tanah Haram

0 Kesan Parut: