Dari Hati ke Hati Admin Destinasimu!
Assalamualaikum..
Aduhai,sudah hampir diri ini merasai kenikmatan zaman berlenggang selama 11 hari bercuti di taman halaman yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.Terasa begitu pantas masa meninggalkan aku yang masih dilamun cinta percutian indah ini.Kini hanya tinggal 24 jam lebih bakinya untuk aku berhoney moon sebelum menghadapi minggu tegar lagi berbisa bermula 17 haribulan ini hingga habislah semester ini.
Cuti kali ini aku rasakan sangat bermanfaat kerana sekurang-kurangnya aku berjaya menyiapkan 2 lab report berserta dengan mengulangkaji subjek System Dynamics.Namun masih ketinggalan aku dalam mengejar cita-cita mendapat A dalam Machine Design kerana masih belum menyentuh walhal muka depannya sepanjang cuti ini.Tak tahu lah mengapa rasa berat sahaja mahu membuka helaian pertama subjek ini.Moga subjek ini tidak menjadi subjek neraka ku seperti DE dan C Programming.
Esok,seusai aku menjamah di pagi hari,akan ku bergegas ke Kampung Kerinchi untuk menyerahkan barang kepada sahabat UM ku dimana telah lama aku janjikan untuk pulangkan.Kemudian barulah aku bertolak ke Bangi untuk bersama-sama bermuktamar bersama sahabat rumah Darul Ikhwan kali pertama.Sepatutnya diadakan pada malam ini namun atas sebab tidak cukupnya korum makan terpaksa ditangguhkan tengah hari keesokkan harinya pula.
Rabu ini,lagi sekali aku berkata "Menanti Rabu".Berakhir sudahlah tugasan ku secara rasminya di PPI sebagai pimpinan.Tidak aku rasa nampak perubahan drastik yang ku bawa untuk PPI. Mungkin kerana singa di dalam diri ini masih belum mampu bangkit dan masih dilamun tidur nan indah bersama nafsu tidurnya yang sudah sebati dengan dirinya.Ah,mengapakah aku membazirkan masa setahun sedangkan aku boleh mengubah sesuatu di organisasi ini!
Nak bercakap sekarang pun tak berguna kerana nasi sudah menjadi basi.Moga menjadi mantan yang baik dan bagus.Aku tidak lokek dalam membantu namun tidak pula aku tahu siapa pula mahu mendengar nasihat dariku?Aku memang sesungguhnya tidak begitu mesra dalam arena berdakwah yang terlalu islamik kerana diri aku masih belum cukup power untuk mengislamikan orang lain.Kerana aku pun bukanlah ulama' atau ustaz.Aku hanya pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang masih belum memegang segulung ijazah.Aku sedar itu!
Bila orang kata Exco DIO,semua kata inilah pendakwah yang banyak ilmu agamanya.Benarkah?Aku tak merasa sebegitu pun.Aku rasa aku tiada pakej itu.Aku ikhlas memegang amanah itu tapi tidak mampu berjanji kepada semua untuk lakukan proses pentarbiyahan hebat kepada UNITEN.Aku banyak benar kelemahan.Selagi mana mampu aku perbaikinya aku perbaiki.Jika tidak,akan terlepas jua ke pandangan mata kalian.
Aku,lebih gemar membuat sahabat,lebih suka bersalaman dengan sahabat-sahabat dan lebih suka bertegur sapa dan menyelami kehidupan para sahabatku.Apabila aku mengetahui latar belakangnya,dari situlah bermulanya aku memasuki frasa baru dalam berdakwah.Iaitu dengan cara mengambil berat serta berbual yang bercampur lawak jenaka serta unsur nasihat.Aku tidak mampu senantiasa serius dalam memberi tazkirah atau nasihat.Itu bukan aku!Cara aku sangat perlahan,tidak selaju kalian.Aku suka melakukan sesuatu perkara yang zahirnya nampak tidak berkesan namun pada batinnya,insyaAllah akan ada paradigma perubahan sebesar zarah dalam diri seseorang.
Kini aku mungkin boleh senyum sedikit melihat hasil kecil yang aku tinggalkan untuk PPI.AJK-AJK ku masih mampu bersama-sama PPI yang mungkin ada lajnah lain yang ada kehilangan AJKnya yang tidak tahu kemana mereka pergi.Aku sangat berbangga memiliki Nadhira sebagai Timbalan Exco ku.Nad memang layak menerima Timbalan Exco PPI terbaik dalam Malam Anugerah SG PPI yang lalu.Banyak yang aku tak mampu,dia telah buktikan dia boleh lakukan.Setiap kali aku memerlukan pertolongannya,susah benar tersembur keluar perkataan "Taknak" darinya.Seikhlas benar hatinya menerima tugasan dari ku.Bagiku,tiada istilah bos dan pekerja.Kamu semua bekerja bersamaku bukan untukku...
Kepada Lam,Syafiq,Syah,Saiful,Fahmi dan Hazim,jazakallah atas kerjasama yang kalian berikan kepadaku.Terasa sejuk hati menerima anak buah seperti kalian.Begitu juga kepada Kak Tasya yang pernah berbakti besar kepada Lajnah DIO PPI,kehilangan kak masih terkenang dibenak pemikiran kami.Moga Allah persembuhkan akak sekeluarga dari ujian wabak penyakitNya.Dengan pengunduran ku ini juga,diharapkan cerita kurang enak yang dibualkan oleh sesetengah pihak tentang diriku berkaitan dengan soal hati dengan sesiapa pun yang terlibat juga beransur sunyi.Aku menafikan apa dah berlaku dan sesungguhnya tiada apa antara aku dan pihak tersebut.Harapnya semua telah jelas!
Hati ini menanti dan terus menanti akan saat ku berada kembali azalinya di bawah pentas Muktamar Sanawi sebagaimana setahun yang lalu sebelum aku menaiki pentas kerana perlantikan pimpinan baru PPI sesi 08/09.Aku sayang PPI.Jangan difikirkan berundurnya aku dari PPI kerana aku mahu lupakan kenangan bersamanya.Cuma aku kini mahu beralih tumpuan kepada persatuan yang sama matlamatnya seperti kalian iaitu SAQ.Cuma pertolonganku masih bisa ditagih jika kalian mahukan.Cuma janganlah berikan aku sebagai MT dalam sesebuah program.Jika mahukan penasihat dalam segi Biro Program,mungkin boleh aku bantu walaupun ilmu didada belum cukup untuk mendabik dada sebagai senior Biro Program.Sesungguhnya Azrie dan Shafa lebih mengetahuinya.
Apa-Apapun..Faiz!Selamat kembali ke UNITEN.Jangan Lupa Pakai Topeng Muka!Nak malu buat apa!Untuk menjaga kesihatan!HeHeHe...Salam Ukhwah Fillah dariku buat sesiapa yang membaca entri ini...
Dari Hati,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Admin Destinasimu.blogspot.com
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan