Berita ini diterima aku pada tengah hari tadi oleh Aliph,sahabat PPI UNITEN KSAS MS Pahang.
Dilaporkan telah ada 5 kes H1N1 Positif dikesan cawangan UNITEN di sana.Pelajar di sana diarahkan pulang pada hari ini hinggalah buka mid-term pada 12 hari akan datang!Ianya merupakan angka yang agak mengejutkan kerana ianya merebak begitu cepat.Alhamdulillah,hingga saat artikel ini ditulis,dilaporkan 10+ orang pelajar UNITEN Putrajaya disyaki dijangkiti H1N1 dan kini sedang dikuarantin di Kelompok ILMU dalam tempoh masa tidak diketahui.
Agak menjadi perkara pelik apabila kelihatan ramai pelajar UNITEN seperti demam.Seiring dan sejalan merebaknya wabak H1N1,terdapat lagi satu wabak terbaru mengejutkan di UNITEN iaitu wabak patah kaki!Ramai sungguh yang mengalami kecederaan kaki hinggakan terpaksa bertongkat!Bermula dengan Abdul Shakur diikuti Nik Faiz dan beberapa orang yang lain.Mahu dekat 10 orang bertongkat sekitar UNITEN dalam tempoh 2 minggu ini!HeHeHe.Kena kuarantin juga mereka ini agaknya!
Moga UNITEN Putrajaya tidak menerima musibah yang melanda UNITEN MS.Tak mahu pulang rumah awal.Nanti dipendekkan cuti raya pula.Jagalah kesihatan kita masing-masing ya!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan