-Inilah akibat daripada orang melayu sendiri yakni UMNO yang membantah keputusan raja Perlis dan Sultan Terengganu dalam isu perlantikan menteri besar ketika itu.Perkataan natang di Terengganu dan Watikah perlantikan PM telah menidakkan kuasa Raja dan Sultan Melayu sendiri.Maka tidak hairanlah jika bukan Melayu pun naik kepala jika Melayu sendiri hina Rajanya!Melayu memang mudah lupa!
2)PENYOKONG PAS MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT DAN MENAHAN KENDERAAN KERABAT PERAK SEMASA PERLATIKAN MB PERAK BARU...
-Hah!Mana buktinya pula ya?Ya tahu hanya mereka merayu kepada Keluarga Diraja Perak untuk bubarkan DUN.UMNO pula menggunakan Istana untuk kepentingan politik mereka sehingga mana merompak demokrasi rakyat Perak yang jelas bertentangan dengan Undang-undang tubuh Perak!
3) YB NGA MEMBACA AYAT PETIKAN AL-QURAN YANG DIBACA SECARA SALAH DALAM CERAMAHNYA TETAPI DIBENARKAN OLEH NIK AZIZ
-Inilah masalahnya apabila UMNO menyekat dari non-muslim memperlajari Islam.Sudahlah memburukkan Islam kini menakutkan non-muslim seperti Cina dan India daripada mendekati Islam.Tidak hairanlah kes Murtad makin berleluasa akibat tindakan Ameno sendiri!Ya bagusnya YB Nga itu salah baca kerana tidak pernah baca Al-Quran sebelum ini,namun yang si UMNO ni,ramai pemimpinnya pandai baca Quran tapi kandungannya diabaikan demi kepentingan diri sendiri!
4) NIZAR BERSENGKOKOL DENGAN DAP SEHINGGA MEMBELAKANGKAN AGAMA ISLAM SEPERTI MENYERTAI MOGOK LAPAR DAN BERSAMA-SAMA PEMIMPIN DAP MENGINGATI MENDIANG TBH DALAM UPACARA MEMASANG LILIN...
-PM dan UMNO membelakangi Islam dengan meneruskan upacara bertakafur di hadapan berhala Tugu Negara yang memang jelas syirik!Siap ditayangkan dalam televisyen dan menjadi santapan rohani kepada rakyat Malaysia!
-Lagi satu hal berhala Najib di Batu Caves!Apa kejadahnya ulama Umno sunyi sepi dari mengeluarkan fatwa?Waktu Anwar dulu punya bising!
5) ANWAR IBRAHIM DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS NEGERI TERMASUK SALAHUDDIN AYUB MENGHADIRI DIRI DAN TUNDUK DIHADAPAN UPACARA MENGINGATI DAN MENGHORMATI MAYAT SI MATI TBH (PEMIMPIN PAS HANYA BERDIRI TEGAK)
-Bukankah Islam mengajar kita menghormati agama lain dan juga menjalinkan hubungan yang baik dengan bangsa dan agama lain selagi mana mereka tidak perangi kita?Mengapa perlu begitu rasis dalam hal ini?Apa pula berlaku apabila Founder Genting Highland yang mati lepas dimana ada juga pemimpin UMNO menghadiri pengebumian untuk memperingati jasa si mati mempromosikan perjudian di Malaysia?
6) PEMIMPIN MENCELA DAN MENGHINA MUFTI PERAK DAN BLOGGER PAS MEMANGGIL MUFTI PERAK SEBAGAI PELACUR (BLOGGER TULANG BESI)
-Ah,mungkin itu kesilapan mereka namun mahu tengok bagaimana dulu Mufti Perak pernah meminta SureHeboh dihentikan?Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.
-Kemudian juga isu Kongsi Raya.UMNO mencela ulamak dengan cara:Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai "pemikiran sempit".
"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).
7) JEFF OOI MENUDUH JIM SEBAGAI KUMPULAN PELAMPAU DAN TIDAK MAHU MENARIK BALIK TUDUHAN ITU...
-Jeff Ooi telah memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya.Ia adalah lebih teruk apabila Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel yang jelas musuh utama umat Islam di Perancis.
-Apa pula kes di Memali apabila Madrasah yang telah mengubah masyarakat kampung Memali Banting dari sebuah masyarakat kurang Islamiknya kepada Islamik telah dituduh sebagai ajaran sesat dan juga dilabelkan sebagai tempat persembunyian Komunis?Moga roh pejuang Memali ditempatkan dikalangan roh para Syahid.
8) RONNIE LIU MEMARAHI PETUGAS MBSA KERANA MERAMPAS ARAK DISEBUAH PREMIS DI SHAH ALAM DAN MEMAKSA ARAK DIPULANGKAN KEMBALI...
-Kini telah jelas bahawa Ronnie Liu menerima tindakan MBSA itu dan menghormatinya untuk tidak dijual di tempat majoriti Islam.Malah menerima jemputan dari TGNA untuk ke Kelantan melihat sendiri bagaimana Kelantan mengawal penjualan Arak.
-Namun yang pelik berlaku di negeri bawah BN yang tidak pernah ada usaha mengurangkan penjualan arak malah dengan bangganya membenarkan pengiklanan arak di surat khabar berbahasa Inggeris yang dibaca ramai umat Islam.
-Ketika di bawah pemerintahan BN juga,7 eleven menjual sewenang-wenangnya arak.Manakala restoran McDonald ditambah lagi cawangan!Apa kejadah semuanya ini?!
9) HASSAN ALI MENDIAMKAN DIRI ATAS APA YANG BERLAKU DALAM ISU ARAK...
-Beliau mendiamkan diri?Kuno apa tak baca suratkhabar?Beliau sanggup melepaskan jawatan Exco jika tindakannya itu salah.Yang jelas mendiamkan diri ialah pemimpin UMNO yang sudah lama melindungi penjualan arak dan cukainya menjadi pendapatan kepada negara!
10) RONNIE LIU MENGATAKAN ARAK TIDAK MEMABUKKAN MAKA TIDAK HARAM DAN TIDAK ADA APA ULASAN DAN BANGKANGAN DARI PEMIMPIN PAS NEGERI DAN PUSAT...
-Ronnie Liu kata tidak haram kerana dia itu bukan Islam.Dia non-muslim maka baginya tidak ada haram pada arak.Namun bagi sesetengah kita yang menjadi muslim masih mahu meneguk minuman syaitan ini apa cerita?
11) NIK AZIZ MENGATAKAN PENGHINAAN YANG DIBUAT OLEH DAP TIDAK APA KERANA MEREKA BUKAN ISLAM TETAPI MENYALAHKAN UMNO YANG MENGHINA ISLAM...
-TGNA tidak pernah mengatakan "DAP BOLEH HINA ISLAM"!.Frasa ucapannya ialah: "DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.Jelas dia tidak mengatakan DAP boleh hina Islam.Yang jelas dia katakan orang Islam yang menolak Islam (Munafik) lebih jelas menghina Islam!Ini semua bahana Utusan Meroyan,Penyebar Fitnah Agama!
Jika DAP yang bukan Islam itu hina Islam,memang kita marah.Namun nabi pernah mengingatkan bahawa orang Munafik itu lebih bahaya dari orang bukan Islam kerana mereka memecahbelahkan umat Islam dengan cara tersembunyi.Dan atas sebab itulah,mereka di neraka diletakkan sebagai bahan bakar api neraka di kerak bawah neraka!
(Artikel di atas adalah Kit-Kombat kepada TunjangLangit.blogspot!)
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan