Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Pelajar aktif UNITEN ditemui mati mengejut!!! (Gary Robert)


Mayat peserta marathon ADIDAS jumpa kat terowong stadium!!

 

SHAH ALAM 3 Ogos - Misteri kehilangan salah seorang peserta perlumbaan separa maraton Larian Shah Alam (Adidas King Of The Road 2009) semalam terjawab apabila mayatnya ditemui di Stadium Shah Alam di sini petang ini.

Mangsa, Gary Leon Robert, 23, ditemui di terowong stadium yang sering menjadi laluan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) setiap kali ada perlawanan bola sepak pada pukul 1.05 petang ini selepas gerakan mencarinya dijalankan pihak polis.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, petang semalam, Gary yang merupakan pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dikatakan tidak pulang ke rumah dan keluarganya yang risau telah membuat laporan polis.

Beliau berkata, selepas menerima aduan, polis meminta bantuan MBSA untuk melancarkan gerakan mencari Gary di beberapa kawasan larian termasuk di stadium tetapi gagal.

''Gerakan mencari mangsa diteruskan oleh MBSA, apabila gagal Unit Anjing Pengesan polis diminta membantu dan akhirnya Gary ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di aras bawah stadium," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Perlumbaan separa maraton Larian Shah Alam yang bermula di Stadium Malawati di sini semalam adalah anjuran MBSA dengan kerjasama Adidas Malaysia Sdn. Bhd.

Beliau berkata, mayat Gary dihantar pihak polis ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandra yang mengesahkan kejadian berkata, ketika ditemui, mangsa masih berpakaian kemeja T putih, vest Adidas berwarna jingga, seluar pendek dan kasut sukan.

Beliau berkata, mangsa juga mempunyai kecederaan di dagu dan bahagian atas bibir, dipercayai akibat terjatuh.

Ujarnya, mangsa dikatakan menyertai Larian Maraton Adidas pagi kelmarin yang berlangsung mulai pukul 6 hingga 10 pagi di Stadium Shah Alam dan dipercayai sempat menamatkan lariannya, sebelum pengsan.

''Selepas dirawat pasukan paramedik, mangsa dilihat meninggalkan kawasan paramedik dan hanya ditemui mati tengah hari ini," katanya.

Tambahnya, kes itu kini disiasat sebagai kes kematian mengejut sementara laporan bedah siasat diperoleh.
TAKZIAH DIUCAPKAN.UNITEN KEHILANGAN SEORANG PELAJAR YANG AKTIF DALAM PELBAGAI BIDANG...

0 Kesan Parut: