Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sahabatku....

Assalamualaikum...

Waa...sudah lama tidak bertemu sua di sini.HeHeHe..kepenatan serta minggu bersuai kenal dengan dunia perkahwinan pada Kursus Pra-Perkahwinan UNITEN 2009 bertempat di COIT 1-2 Ogos lepas menjadi bateri charger buat diriku yang telah 3 kali melalui kursus yang sama.Sekali menjadi peserta dan 2 lagi menjadi urusetia.

Cuma kali ini aku menjadi Pengarah untuk kursus berkenaan.Tanpa sokongan kuat dari sahabat dan sahabiah ku yakni:

  1. Waqar
  2. Rahimi
  3. Lukman
  4. Lal
  5. Iqbal
  6. Nad
  7. Faten
  8. Farah
  9. Naqiah
  10. Maryam

Sudah tentu aku tidak bisa menguruskan segala hal berkaitan dengan kursus berkenaan.ALhamdulillah penceramah kali ini 80% adalah menyeronokkan berbanding semester lepas hanya 50% penceramah yang berjaya melakukan senaman muka (senyum dan gelak ketawa) kepada para peserta.

Namun aku merasa seperti dekat saat itu kepada ku.Cuma aku sangat tergelak dan tersenyum melihat andaian yang begitu jauh sekali kebenarnnya yang dibuat oleh sahabat-sahabatku.Tidak kira muslimin dan muslimat.Ada je yang mengada-ngada nak tahu dimana hatiku berada. Ah, tak perlu tahu isi hati ku.Jaga hatimu sudahlah. Tiba masanya yang perlu dihebahkan, akan kalian tahu siapa gerangannya.Jangan dibuat fitnah.Jangan dibuat tohmahan.Jangan kaitkan artikel blog ini dengan seseorang yang bagi kamu dia adalah orang yang berada setempat belajar dengan ku.Sungguh jauh tersasarnya tekaan mu.Sesungguhnya bukanlah dia dan jangan menekannya dengan membuat andaian yang salah tersebut.Ianya akan menjadi bahan fitnah dan mengumpat kelak.

Maka dengan penjelasan ini,moga yang tersesak dengan pertanyaan tak serupa bikin mereka telah dirungkaikan dan insan sebenar itu insyaAllah telah ditemukan dan bukanlah orang yang sahabat-sahabatku anggapkan..Dan alhamdulillah ibu bapaku berkenan dengan pilihan ku.Hanya keluarga ku,keluarganya,seorang sahabat dan 2 orang sahabiah mengetahuinya dan salah seorang sahabiah itulah orang yang kamu bertalu-talu mengetahui status sebenar dia...

Sesungguhnya aku merancang,Dia jua menentukan...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari

Admin Destinasimu.blogspot.com

Mantan Exco-DIO PPI UNITEN

0 Kesan Parut: