Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Terima Kasih Mak dan Abah!









Inilah hadiah paling bermakna dalam hidupku apabila ibu dan ayahku yang amat ku sayangi telah menghadiahkan aku sejibik motosikal idamanku iaitu Modenas GT128.Ditempah pada hari Ahad jam 3pm dan dapat dalam tempoh hanya 24 jam selepas itu memang begitu pantas.Kerana apa?Kerana pembelian dibeli dengan tunai bukannya ansuran.Jika tidak jenuh nak membayar faedahnya.Berwarna Titanium (Silver),memang ia merupakan cinta pandang pertama apabila melihat motorsikal ini lebih-lebih lagi pada meternya.Yang amat berbeza dengan mana-mana motorsikal yang sama kelas dengannya.WSY 697 adalah nombor plat yang ku perolehi dan aku tidak tahu apa maknanya 697 tersebut.Inilah hadiah paling bermakna untuk Ramadhan kali ini.InsyaAllah akan ku jaga motorsikal ini seperti mana telah diamanahkan oleh kedua ibu bapaku.Jazakallah Abah dan Mak dan inilah rezeki Allah buat kami sekeluarga!
 

2 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

mm nape plat depan 679 plat blkg 697?

KaYRaiL FaREasT berkata...

Erk...terima kasih...baru perasan. Nanti saya ke bengkel motor perbetulkan ia!