Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Terima Kasih Streamyx!




Salam...

Syukur,petang tadi setelah ku menjejak kaki ke pintu rumah Darul Ikhwan,Meor memberitahu ada hadiah buatku dari Streamyx.Aku anggap itu hanya mainan sahaja namun setelah mata ku memandang bungkusan oren PosLaju terdampar di karpet rumah,maka aku percayai jua katanya. Pabila ku tatap mengirimnya,tercatit dan tertulis bungkusan itu berasal dari Ibu Pejabat TM Jalan Pantai Baru.Ala yang bangunan rebung gitu-gitu itu.Maka dibukalah bungkusan itu yang memang telah dinodai kesuciannya oleh Exco Kebajikan dan Keselamatan Darul Ikhwan iaitu Meor.Ternampaklah sepasang baju T-Shirt Manchester United yang original sempena MU Asian Tour 2009.Mekacih ya Streamyx.Walaupun perkhidmatan mu dahulu di rumah ibubapaku teruk,kini dan makin baik.Begitu juga di Seksyen 8 dimana Streamyx menggunakan kabel Optik.Tahniah!

0 Kesan Parut: