Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berbantah-bantahan!

Salam Ukhwah Fillah dariku buat kalian...

1 OGOS dan rintihan:

Tanggal 1 Ogos menjadi satu lagi episod hitam rakyat Malaysia apabila golongan minoriti menjadi perkasa dan bahan tajuk berita seluruh negara.Hayati teks berikut:

Peniaga Satu:Kami peniaga di sini terpaksa menutup kedai kerana takutkan berlakunya perkara tidak diingini.

Peniaga Dua: Sepatutnya janganlah buat demonstrasi jalanan.Merugikan kami peniaga.Hujung minggu inilah ramai orang berkunjung ke sini.


Hah,itulah golongan minoriti yang didengar rintihan mereka berbanding puluhan bahkan ratusan insan tidak bersalah yang majoritinya Islam di tahan di bawah akta ciptaan manusia Kafir British zaman penjajahan iaitu Internal Act Security (I.S.A).Telah dimasukkan entri sebelum ini,mengapakah I.S.A itu haram disisi Islam.

Bagi pendapat saya,hujah pihak kerajaan yang mengatakan bahawasanya I.S.A digunakan untuk pertahankan kedaulatan Melayu dan Islam di Malaysia tidak boleh diguna pakai.Hanya otak mereng berbunyi sedemikian.Mengapa?Lihat fakta ini!:


1)I.S.A ditubuhkan dahulu untuk memerangi pengganas Komunis dan disamping itu,ianya berfungsi secara rahsia menjadi akta untuk menangkap orang yang memperjuangkan Islam secara jelas dan terbuka dimana mereka menolak hukum manusia yang dibawa oleh pihak pemerintah.
2)I.S.A bukanlah melindungi hak bumiputera kerana yang berdemonstrasi ialah bumiputera itu sendiri.Mereka memperjuangkan hak mereka bukan melalui I.S.A yang sememangnya digunakan oleh kerajaan untuk menangkap pihak yang menentang mereka.
3)I.S.A adalah undang-undang yang begitu zalim!!!Orang yang ditangkap tidak dibicarakan dan ditahan selama mana Menteri Keselamatan Dalam Negeri mahu menahan mereka . Maka terabailah keluarga yang ditahan itu tanpa mengetahui berita saudara yang ditangkap.
4)Kata pertahankan Islam?I.S.A itu bukan berasal dari Islam!Ianya ciptaan Kafir yang mahu orang Islam menindas sesama Islam sendiri!Ianya tinggalan British untuk diwarisi oleh golongan sekularisme di Malaysia.

Siapa kata I.S.A perlu dipertahankan?Mereka yang bersalah hendaklah dihukum dengan dibicarakan dan yang dihukum itu berhak mengetahui bukti-buktinya dan diberi peluang mempertahankan diri.Tetapi ini tidak dilakukan oleh pihak berkuasa.Menggunakan kuasa semberono sahaja!

Memegang Lilin vs Kalung Tugu Negara:

Adalah sesuatu yang memeningkan apabila melihat media saling memperlagakan pemimpin yang berlainan parti.Seperti menjadi kebiasaan kini.Dihebohkan memegang lilin memperingati kematian seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina.Di gemburkan ke seluruh negara agar menjadi tatapan umum bahasa orang itu buruk sifat lakunya dan yang menghebahkan itu baik akhlaknya.Hipokrit!

Setiap kali Hari Pahlawan.sebuah berhala terkenal di Malaysia menjadi suatu pesta di mana seluruh pemimpin kerajaan turun untuk memperingati pejuang negara terkorban mempertahankan negara.Kalungan diberikan dihadapan berhala Tugu Negara dan masa bertakafur pula dipersembahkan.Senyum panjang Iblis bergayut di Tugu Negara melihat seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya Islam melihat secara langsung daifnya ilmu agama si pemimpin negara yang terang-terangan melakukan perkara yang syirik dan berdosa itu!

Semuanya mahu diberitahu bahawa merekalah yang hebat dan merekalah yang benar.Tidak kisah yang duduk di bahagian kiri dewan Rakyat atau di kanannya.Malaysia akan terus malap dan hilang cahaya Islamnya dengan keadaan yang dibawa oleh kerajaan ketika ini. Tahniah diucapkan kepada Kafir penjajah yang berjaya mengubah corak hidup Islam kepada corak hidup Islam Sekularisme yang menjadi kebanggaan pemimpin kerajaan ketika ini.

Bala telah Allah turunkan.Nah!Kini H1N1 makin teruk menyerang negara!Dengan kes lebih 1500 orang seluruh Malaysia kini,berapakah akan menuruti kematian?Wabak ini bukan kebetulan tetapi amaran dari pencipta wabak ini iaitu Allah S.W.T...Awas-awas-awas!



0 Kesan Parut: