Assalamualaikum..
Alhamdulillah,mesyuarat agong pertama Pertubuhan Darul Ikhwan (chewah!) telah berjaya dianjurkan bertempat di ruang tamu rumah Darul Ikhwan pada jam 5 hingga jam 7 petang tadi.Dengan kehadiran ahli yang mencukupi malah ahli yang tidak dijemput yakni Hakim (gurau je) turut memeriahkan mesyuarat pertama kami.Berikut adalah beberapa agenda minit mesyuarat kami:
Pengundian dan perlantikan MT dan Exco Darul Ikhwan:
-Pengundian dilakukan dengan menjemput SPR yakni Hakim.Pengundian dibuat dengan menaikkan 2 orang calon dan pengundian dibuat dengan mengangkat tangan.Para pengundi dan calon perlu menutup mata untuk mengelakkan bocor individu yang mengundi. (kenapa serius lak pengundian ni.adess)
Keputusannya diumumkan oleh Pengarah SPR iaitu Hakim Adzman:
Presiden: Ibrahim (Master UPM)
Setiausaha Agung: Nazmie (PhD Oxford)
Bendahari Kehormat: Adli (Master Al-azhar)
Exco Tarbiyah dan Kerohanian: Syakur (Sijil DQ)
Exco Kebersihan: Husairi (PhD Perhotelan UiTM)
Exco Keceriaan:Faiz (ana!) (Sekolah Pondok)
Exco Kebajikan+Keselamatan+TTK+Dapur: Mior Anas (Pakar Motivasi Rumah dan Tangga)
Cara pembayaran bulanan duit sewa rumah serta penggunaan elektrik dan internet.
Disiplin Ahli Rumah:
-Perbincangan menjurus kepada jenis denda yang perlu dijatuhkan kepada siapa yang melanggar peraturan rumah.Berikut adalah denda nya:
Tidak ke surau untuk subuh :RM 1 Tabung Rumah
Tidak membasuh pinggan :RM 1 Tabung Rumah
Tidak menjaga kebersihan dan kekemasan bilik: RM 1 Tabung Rumah
Tidak mengikut jadual harian yang ditetapkan: RM 1 Tabung Rumah
Program Internal Darul Ikhwan:
-InsyaAllah akan dilakukan majlis Iftar (berbuka puasa pada bulan Ramadhan kelak)
-Program mingguan seperti bermain bola sepak di padang UKM.
-Menerima tetamu ikhwah ISMA dan Pembina menumpang di Darul Ikhwan.
Hal-hal berbangkit:
-Peringatan berkenaan dengan keselamatan diri dan harta benda. Jika demam sila dapatkan rawatan secepat mungkin.Pastikan rumah dikunci jika mahu keluar kemana-mana.
Diharapkan Darul Ikhwan meneruskan kesinambungan Baitul Junnud (rumah sewa lama kami). Bersatu teguh bercerai cari rumah sewa baru la!HaHaHA!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan