Dapatkah anda bayangkan dunia tanpa lelaki? Apabila tiada lagi lelaki di dunia ini, maka tidak akan lagi kedengaran gelak-ketawa kerana tiada sesiapa lagi untuk dijadikan lawan ketawa!
Begitu juga apabila hendak membuat keputusan kerana tiada siapa yang mahu membuat keputusan untuk kita walaupun keputusan yang dibuat oleh orang lelaki kadangkalanya salah.
Baru-baru ini laporan akhbar ada menyiarkan tentang sepasukan saintis dari Universiti Newcastle, England, mengejutkan dunia perubatan berikutan kejayaan mereka menghasilkan air mani manusia daripada campuran bahan kimia dan vitamin.
Ini sekali gus dijangka menjarakkan lagi jurang perbezaan nisbah populasi wanita yang dikatakan hari ini melebihi kaum lelaki.
Bagi golongan saintis kajian tersebut merupakan satu penemuan penting yang memerlukan banyak kajian seterusnya tetapi hakikatnya ia hanya memberikan implikasi yang besar dari segi soal akhlak dan moral.
Di sini sebagai mengimaginasikan beberapa pro dan kontra daripada sudut pandangan wanita tentang apa akan jadi apabila dunia tanpa lelaki.

Sembilan perkara yang tidak akan terlepas:
Lelaki selalunya betul
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk dipersalahkan.
Lelaki akan memberikan nasihat sedangkan anda hanya mahu mereka menjadi pendengar
Lelaki selalunya gagal memahami wanita. Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.
Lelaki mengambil kesempatan apabila stokin bersih mereka bertambah dengan tiba-tiba
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya.
Mereka tidak mampu mengikut walaupun hanya sekadar senarai membeli-belah yang mudah
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.
Lelaki ini misteri
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Lelaki lebih suka sesat daripada bertanyakan arah
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.
Mereka selalu inginkan kemenangan berada di pihak mereka
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Lelaki mampu menghadapi saat-saat kesukaran
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.
Mereka perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus.
Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama.
Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.
Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi.
1 Kesan Parut:
salam ziarah.. baru kini saya smpat bace blog anda.. maraton blog di sini pagi ni....
ingin khabarkan, akan ku cedok sedikit idea berkenaan artikel saudara ni ehehe...
k.tq
Catat Ulasan