Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sila Pakai Topeng Muka Anda!!!


Assalamualaikum...

Anggaran terbaru yang diterima mengatakan bahawa jika tiada langkah pencegahan proaktif dan ketat dari kerajaan Malaysia dan juga rakyat Malaysia sendiri maka jumlah kematian H1N1 di Malaysia boleh mencecah hingga
5000 orang dalam tempoh beberapa bulan lagi dan hingga mencecah 20000 orang jika tiada langsung langkah pencegahan dibuat.



Bak kata pak menteri yang hidupnya mewah,takperlu khuatir kerana bilangan kematian adalah kecil iaitu meliputi
0.1-0.5% daripada kes positif yang dilaporkan!Bagi mereka nyawa 30+ rakyat Malaysia yang kini telah meninggal dunia adalah suatu bilangan yang amat kecil nak dibandingkan dengan negara lain.Mana tahu nanti akan terkeluar frasa jahil dari mereka 'Bilangan kematian di negara kita jauh lebih kecil dari negara jiran!"Adakah sampai macam ini mahu kita tunggu keluar dari mulut mereka?

Sudahlah hospital kerajaan terpaksa menerima kunjungan pesakit disyaki H1N1 seluruh negara tidak bisa putus siang dan malam,dengan tempatnya sempit dan layanan yang lembab,tak boleh dipersalahkan kakitangan hospital kerana kapasiti mereka tidak dapat menampung jumlah pesakit yang melimpah-ruah.

Kini ramai kawan-kawan ku seperti ada simptom H1N1 termasuk aku.Namun aku tak punyai demam,batuk,selesema mahupun kahak.Cuma kadang-kadang agak sesak nafas.Terfikir juga aku apakah penyakit yang melandaku ini.Moga dijauhkan wabak bala Allah itu terhadap aku,keluargaku dan sahabat-handaiku yang lain.

Kini adalah masanya untuk kita
MEWAJIBKAN PEMAKAIAN TOPENG MUKA sebagai langkah pencegahan penularan wabak H1N1 ini!Sampai bila kita rasa malu nak pakai topeng ini? Nam malu buat apa sebab bukannya berdosa pun!Malah dapat pahala jika niat kita untuk menjaga kesejahteraan sejagat serta belajar menyayangi diri sendiri.

MARI KITA BLOGGER SERTA PEMBACA BLOGGER MENDAHULUI KERAJAAN YANG PASIF DENGAN MELANCARKAN KEMPEN MEWAJIBKAN PEMAKAIAN TOPENG MUKA KETIKA BERADA DILUAR RUMAH SELAMA MANA WABAK INI BELUM REDA!!!AYUH KITA MULAKAN!!!JANGAN TERNODA DENGAN SLOGAN "RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".SEMUANYA KARUT MARUT!!!RAKYAT MAKIN MENDERITA AKIBAT KERJA TANGAN MAKSIAT PEMIMPIN YANG BERKUASA DALAM MENGUBAH MASYARAKAT DALAM SEGALA SEGI. JOM PAKAI TOPENG!PREVENT IS BETTER THEN SECURE!!!






2 Kesan Parut:

SPB Bersama STM. berkata...

Salam Selasa.

Indeed. Virus H1N1 ini sememangnya Virus Wabak Penyakit yang Merbahaya sedang melanda seluruh dunia pada waktu kini.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillaah, kami telah menjumpai penawarnya. Silalah ke laman hamba ini untuk memperolehi maklumat mengenainya.

Dan sebarkanlah maklumat berkenaan Penawar H1N1 ini kepada Rakan-Rakan, Ahli Keluarga & Sanak Saudara kita.

Sekian sahaja, sekadar makluman. Terima Kasih.

Salam Sentosa.

hafiy berkata...

bagaimana negara Jepun boleh mengawal virus ini daripada merebak di kalangan rakyatnya? dikhabarkan terdapat 1 kes +ve dan bagaimana penyakit itu tidak merebak? hm.. bezanya jepun dan malaysia..bukan saja dari pemimpin, mentaliti rakyat yg mengambil ringan terhadap virus ini pon menyumbang kepada tahap penularannya.. jom pakai topeng~!!