Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia-Al-Fatihah!


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Al-Fatihah buat Ustaz Asri yang begitu disayangi oleh peminat nasyidnya.Kemerduan suara mu dalam menyampaikan dakwah akan menjadi saksi di akhirat kelak akan perjuanganmu menegakkan dakwah di bumi Malaysia.Allah hu Akhbar!

0 Kesan Parut: