Assalamualaikum...
Ah..sungguh penat perjalanan hidupku dalam tempoh 2 hari yang memeritkan otot-otot yang tidak biasa dengan kekuatan kerja yang terbeban penuh dalam tempoh tersebut.Rabu dan Khamis adalah 2 hari yang memang mengkantoikan kesenangan hidupku dalam minggu ini.Mengapakah?
Semalam,merupakan hari paling sibuk bagiku dalam semester ini.9 jam kuliah antara jam 8am-6pm dengan masa rehat hanya sejam,benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mentalku. Dengan keletihan malam sebelumnya kini ditokok tambah dengan bebanan kuiz pada hari Rabu tersebut.Nampaknya usaha ku masih belum nampak teguh lagi apabila aku tidak dapat mmenjawab Kuiz Fluids 2 dengan baik.
Al-kisah kepenatan itu dipanjangkan kepada Muktamar Sanawi Persatuan Pengajian Islam UNITEN kali ke-12.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Setelah berlangsung selama hampir 3 jam mesyuarat terpenting PPI,maka turunlah aku dari pentas kepimpinan PPI dan kembali ke permulaannya iaitu menjadi ahli PPI.Dan tahniah ku ucapkan kepada pimpinan yang baru atas kejayaan kalian memegang tampuk persatuan!Dan ku ucapkan takziah juga atas perlantikan tersebut kerana akan dipersoalkan kepada kamu pandu Islam melalui persatuan itu.Sebenarnya ia menjadi ingatan padaku juga,apakah telah aku lakukan setahun yang lalu.
Baihaqi.Inilah nama yang telah naik dari ahli biasa kepada Exco Tarbiyah dan Kepimpinan seterusnya menjadi Presiden PPI menggantikan mantan Presiden yakni Dzar-Abdullah.Baihaqi,seorang yang amat peramah dan amat mudah didekati.Sejak aku mengenalinya,amat mudah aku luahkan masalah ku pada nya begitu juga beliau.Beliau merupakan salah seorang rakan exco pimpinan 2008/2009 yang paling rapat dengan ku.Aku rasa begitu senang memiliki sahabat sepertinya.Dan kejayaannya menjadi Presiden merupakan hadiah tak langsung kepadaku.Kerana kejayaan sahabatku adalah kejayaan ku juga.Tidak ada cebisan rasa cemburu dalam hati ini kerana ku tahu tahap kemampuanku dan sesungguhnya beliaulah yang paling layak dalam memimpin PPI kini.
Aku merasakan PPI akan terus maju dibawah pimpinan yang baru ini.Bangga benar melihat 2 ahli DIO masa zaman ku menjadi pimpinan.Tahniah ku ucapkan kepada Nadhira dan Hazim.Kejayaan kalian memang telah lama aku harapkan.Buat Nadhira,kelebihan mu iaitu semangat dalam bekerja serta tidak merungut akan memaju Helwani kepada aras yang lebih tinggi.Sesuatu yang aku tak mampu lakukan,kamu mampu lakukan.Ingat lagi di mana Nadhira menjadi Biro Protokol Kem Motivasi Felda 2009,walaupun tiada pengalaman namun Nadhira masih mampu melakukannya.Hazim,seorang yang pendiam namun insyaAllah pendiamnya berisi.Dalam hati merasakan beliau akan menggantikan ku dalam DIO namun biarlah pimpinan MT membuat keputusan terbaik untuk keputusan.Moga Hazim dapat perbaiki kelemahan yang aku lakukan dahulu.Terima kasih juga ku ucapkan kepada Fahmi dan Saiful yang hadir memeriahkan AGM.Nampaknya kalian setia benar pada PPI.Alhamdulillah.
Nazrin,anak usrahku dahulu juga menjadi pimpinan.Begitu juga sahabat baruku Syahir.Tahniah ku ucapkan.Janganlah pandang rendah pada kebolehan kalian.Sebenarnya ada singa sedang tidur dalam diri kalian.Mulakan langkah kanan dalam pemimpin.Jika meletakkan batu arah memimpin yang rendah,maka ianya akan terbawa sepanjang sesi anda memerintah.Jadilah Exco yang sangat rapat pada orang bawahannya.Bekerja bersama mereka bukan mereka bekerja untuk kalian.Benar kata Encik Saiful Hasmady,pengikut dan ketua saling memerlukan. Jika tidak akan sunyilah sesebuah persatuan dari pemimpin dan tandusnya ahli yang menjadi tulang belakang persatuan tersebut.
Maju jaya Persatuan Pengajian Islam.Banyak benar suka dan duka yang ku tempuhi.Dan sukar benar aku mahu melupakannya.Jika mahukan pertolonganku aku alu-alukan.Namun dipertimbangkan mengikut kemampuanku.Salam Alayaik!
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan