Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Mahu Bertunang Tetapi....


PERSOALAN:

"Salam..

saya ada kemuskilan tentang perkara ini..

apakah kaedah bertunang yang sebenar? adakah perlu majlis2 seperti adat melayu kita? apakah pemahaman sebenar tentang istilah bertunang ini menurut islam?"

JAWAPAN:

BERTUNANG ialah: menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seseorang wanita. Samada dengan cara jelas, seperti: "saya mahu berkahwin dengan awak", atau secara isyarat, seperti: "kamu seorang wanita cantik".


Apabila pihak wanita telah menerima pinangan itu, maka sahlah pertunangan itu, dan tidak boleh orang lain masuk untuk meminanginya lagi.


Manakala hukum mengadakan kenduri sempena pertunangan, ia adalah temasuk adat-adat yang dibenarkan syarak, selagi tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita, dan perkara2 haram lain.


Cuma, setengah ulama tidak menggalakkan diumumkan pertunangan, apatah lagi diadakan secara besar-besaran. Kerana ia boleh mengundang hasad dengki oleh manusia yang jahat hati. Sabda Nabi SAW: "Minta tolonglah untuk ditunaikan hajat2 dengan cara merahsiakannya. Kerana setiap nikmat itu didengki padanya".
DESTINASIMU:
Perkara yang memeningkan untuk pertunangan:
  1. Hantaran Dulang pertunangan yang mencecah ribuan ringgit.
  2. Kenduri kendara yang besar yang membelanjakan ribuan ringgit.
  3. Tidak boleh bertunang selagi tidak mendapat kerja atau tidak habis belajar di Universiti.
  4. Kadang-kadang tujuan sebenar pertunangan dilupakan seperti perlunya ada perjanjian bagaimana jika berlaku putusnya pertunangan ataupun perjanjian tempoh masa pertunangan seperti sebulan,setahun dan lain-lain sebelum ke arah pernikahan.

4 Kesan Parut:

Lukluk Baidoa berkata...

klu cmtu, andai kata laki ckp kat mana2 prmpn "saya nak kawin dgn awk", itu dah termasuk bertunang lah? klu cmtu abes la...laki ckp je kat sape2 je die suka da die telah bertunang kesemuanya... :(

KaYRaiL FaREasT berkata...

Bertunang ini hanya adat sahaja. Lagipun perlunya si keluarga lelaki bertemu dengan keluarga perempuan dan diberikan cincin pertunangan serta lafaz perjanjian untuk mahu bernikah.Saya nak kahwin dgn awk hanya untuk lamaran. Bukan tanda telah menjadi tunang.

Misty Melor berkata...

aiiyakk.. tak bertunang.. kurang pengetuahuan sket pasal ni... cuma pertunangan ini cam satu ikatan yg cam "tanda" ler pmpnn ni dah di cop kan ?... tp tak semestinya kawen kan ??.... tah ler... sy taaruf .. jumpa family n nikah jer .... futhermore.. tunang ni tak menghalalkan apa2 kan... tp bnyk org salah paham .. adal dah tunang jer.. men langgar smua menda.. nak keluar pon kna still ada muhrim lg kan..

*~ UmmuHusna ~* berkata...

salam..faiz..sy copy entri kamu pasal bertunang ini..thanks..