Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Perlembagaan Persatuan Yang Perlu Dikaji!!!



Assalamualaikum...

Alhamdulillah,akhirnya ditutup jua UNITEN setelah berhempas pulas menafikan bahawa adanya penularan wabak H1N1 dikalangan pelajar UNITEN.Sejak 2 minggu lalu, pelbagai ragam mulut yang didengari dari pelbagai pihak di UNITEN yang mengatakan ada yang telah dijangkiti di UNITEN.Cara menutup kes ini mungkin dengan menghantar email rasmi UNITEN yang mengatakan hingga kini tiada kes pelajar UNITEN disahkan positif.Namun akhirnya ianya tidak disembunyikan dari pengetahuan umum apabila UNITEN Putrajaya juga terkantoi seperti mana adiknya UNITEN MS Pahang.Di Putrajaya,disahkan sekurang-kurangnya 3 orang positif H1N1 manakala di UNITEN MS disahkan 5 orang menjadikan yang pasti dijangkiti 8 orang bagi pelajar UNITEN.Moga mereka sembuh hendakNya.

Dengan penutupan ini bermakna pelajar asas UNITEN yang tidak sepatutnya cuti mengikuti takwim abang dan kakak mereka apabila terpaksa juga kembali ke kampung halaman apabila UNITEN mula dikosongkan selewatnya sabtu ini.Apakah mereka merasa bahagia kini seperti mana abang kakak mereka di ijazah?Sudah tentu ya!Namun bahana menimpa selepas itu kerana mungkin ada kelas ganti terpaksa ditelan pahit oleh mereka.Mungkin menempah nasib serupa seperti pelajar UiTM yang hanya bercuti raya 3-4 hari sahaja.Adakah anda senasib mereka? Hanya nantikan sahaja apa kata pengurusan UNITEN kelak.

Penutupan atau darurat ini juga bermakna tiadanya ujian semester,kuiz atau Annual Grand Meeting (AGM) bagi pelajar UNITEN.Persatuan Pengajian Islam salah satu kelab terlibat yang terpaksa menangguhkan AGM atau Muktamar mereka apabila pelajar UNITEN beransur pulang bermula petang ini.Maka mahu tak mahu kena jua ditangguhkan kerana dirisaukan tiada cukup ahli yang hadir untuk memenuhi syarat AGM sesebuah persatuan di bawah HEP UNITEN.

Setelah hampir setahun lalu jawatan bertukar tangan dari pimpinan 08 kepada 09,kini akan dihangatkan kembali pemilihan ahli pimpinan baru PPI UNITEN untuk sesi 2009/2010 pula. InsyaAllah pengundian akan dijalankan memandangkan borang percalonan juga berjaya diberikan kepada ramai calon berbanding Muktamar Sanawi PPI yang lalu.Maka selamat bertanding diucapkan kepada calon-calon baru mahu lama yang menjadi salah seorang dari 19 orang pimpinan PPI untuk sesi akan datang.

Kini mahu ana nyatakan akan perlunya perubahan dalam perlembagaan PPI.Bukan apa, salah satu strategi untuk mendekatkan non-muslim kepada Islam ialah dengan cara memberikan mereka peluang untuk menceburi PPI dengan lebih lagi.Mungkin boleh diberikan jawatan dalam pimpinan dimana jawatan itu bukan kepada jawatan bermatlamatkan dakwah.Contohnya jawatan TnK dan DIO adalah 2 portfolio yang memang wajib mereka beragama Islam memegangnya.Begitu juga MT.Namun jawatan seperti PnP,InP mahupun Ekonomi boleh sahaj diberikan tanggungjawab kepada ahli PPI non-muslim yang aktif dan banyak menyumbangkan banyak tenaga dan keringat untuk mengerakkan PPI.

Perlembagaan?Adakah mahu menjadi pak turut perlembagaan PPI yang dibuat oleh senior pimpinan PPI terdahulu?Mengapa begitu jumud?Ana tahu ana tiada ilmu agama hebat seperti kalian.Namun berilah nafas baru kepada PPI.Jangan terlalu mengikut sangat perlembagaan itu. Alhamdulillah dinamakan Persatuan Pengajian Islam bukannya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).Jika menggunakan PMI alamatnya hanya ahlinya semuanya beragama Islam.Namun UNITEN mempunyai PPI iaitu persatuan yang membenarkan ahlinya menjadi ahli kerana mahu mendalami selok belok Islam samada Akidah mahupun cara hidup umatnya.

Sampai bila mahu meletakkan mereka dibawah sahaja?Walaupun ketika ini hanya terdapat seorang ahli PPI non-muslim yang begitu aktif dalam PPI,sampai bila mahu dia menjadi orang bawahan?Sebagai Exco yang pernah bekerja dengannya memandangkan beliau adalah AJK ana, ana yakin akan ciri-ciri kepimpinannya.Tidak semestinya dakwah itu melalui ceramah.Malah sikap tolak ansur dan memberi peluang kepada non-muslim bersuara menaikkan semangat mereka mendalami Islam yang jelas tidak mendikriminasikan mereka.Jika dilanggar perlembagaan kerana darurat tidak dibolehkan?Sampai bila mahu ditakuk lama?

Berilah peluang kepadanya menjadi pimpinan yakni memegang portfolio bukan berasaskan dakwah.InsyaAllah akan dibuka mata non-muslim lain di UNITEN melihat Islam di dalam PPI itu sangat bertoleransi dalam pelbagai hal melainkan hal akidah.Bukankah ini salah satu jalan dakwah yang hebat?Memang azam kita semua mahu menerima saudara baru sepertinya namun perlu dinaikkan target kita lebih tinggi lagi dengan meletakkan dia sebagai batu asas untuk menarik ramai lagi non-muslim di UNITEN dekat kepada agama Allah Yang Esa ini.

Telah berusaha ana dan Nadhirah memegang beliau menjadi AJK setia DIO dan PPI.Alhamdulillah,DIO mempunyai AJK-AJKnya yang begitu setia kepada PPI walaupun kami kehilangan besar kak Tasya yang berpindah ke menara gading yang lain.Wahai sahabat-sahabatku,aku hanya mantan,kalian jua meneruskan kesinambungan PPI.Janganlah ia malap dan makin malap.Api yang mahu dibesarkan memerlukan ranting-ranting kecil yang perlu dibakar dahulu untuk menjadi  bahan asas pembakaran.Tiada mereka tiadalah unggun api yang besar.Bara pun tiada.Mati ditiup angin sepoi-sepoi bahawa.Dalam hal ini,berikan peluang AJK non-muslim aktif PPI menjadi pimpinan PPI.InsyaAllah akan memudahkan kalian mendekati dan berdakwah kepada non-muslim kelak.

Buat yang mengendalikan Muktamar Sanawi PPI kelak,berfikirlah.Ana tak mampu mengubah pendirian kalian.Namun ingatlah,sekali kita terlepas peluang keemasan,sukar benar mahu mendapatkan ianya kembali.Ana akui,zaman kemalapan PPI berlaku selama 2 tahun berturut-turut.Juga kerana salah ku.Lakukan perubahan drastik.Jadikan PPI lebih hidup dan tidak terlalu berorientasikan ilmu agama semata-mata.Kembangkan kepada sukan,ziarah dan lain-lain.Maaf atas teguran.Bukan hanya ana tidak bersetuju akan apa yang termaktub dalam perlembagaan PPI yakni diberikan jawatan pimpinan kepada beragama Islam sahaja namun beberapa orang juga telah mempersoalkan mengapa perlu dituruti dan menjadi hamba kepada perlembagaan yang jelas tidak bersifat terbuka.Asif Jiddan...


2 Kesan Parut:

hafiy berkata...

semoga PPI akan terus maju dan menjadi persatuan yg dikagumi dikalangan pelajar UNITEN..

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan PPI mmg perlu dikaji semula. Membawa masuk non muslim adalah satu kebaikan, tapi jgn lupa kpd org2 kita yg masih banyak lagi ingin membantu PPI untuk terus maju ke hadapan.PPI sendiri pd pandangan saya masih goyah sesama sendiri, matlamatnya masih kurang jelas,dan pengendalian usrahnya masih belum mantab. Kita harus kembali kpd matlamat asal PPI di tubuhkn sebelum kita boleh berdakwah kpd non muslim. Alhamdullilah, tahniah kpd PPI kerana berjaya utk menarik minat non muslim utk menyertai dan berkerjasama bersama kalian, tetapi perlu di ingat,jgn kita seperti sibuk menyusukan anak org lain, anak sendiri mati kelaparan. Hanya Pandangan.