Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Apabila "Mereka" Cuba Memerdekakan Melayu Dari Islam!


Kebelakangan ini, usaha-usaha pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam berterusan. Usaha ini dipelopori oleh golongan bukan Islam khususnya Kristian. 

Ini tidak pelik kerana seorang penganut Kristian yang komited dengan agamanya tentulah ingin mengembangkan ajaran agama yang dianutinya. Apa yang pelik ialah wujudnya anasir-anasir dalam ****dan NGO-NGO yang bersekongkol dengan golongan ini. 


Artikel ini membentangkan secara ilmiah 6 kaitan terperinci puak-puak ini agar kita peka dengan masalah murtad yang semakin menjadi-jadi, khususnya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apabila ada ahli ****yang membicarakan soal murtad, eloklah kita sergahkan hujah-hujah ini didepan mukanya.


1. MENGHALANG HUKUMAN KE ATAS GOLONGAN MURTAD

Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam isu murtad. Selepas diberi penerangan dan penjelasan dalam satu tempoh jangka masa, hukuman perlu dikenakan ke atas golongan riddah atau golongan murtad ini. Majoriti ulamak berfatwa hukuman mati boleh dikenakan.

Di Malaysia, ****dan ****** ** ***** merupakan golongan yang paling kuat menentang syariah Islam. Ini secara langsung menyumbang kepada gejala murtad.


2. KEMPEN MEDIA **** UNTUK BURUKKAN ISLAM

Dalam keghairahan ***** menyerang PAS,**** mengambil keputusan menyerang sama syariah Islam yang diperjuangkan PAS. Kesannya, media ****selalu memainkan isu-isu yang memburukkan agama Islam khususnya Shariah Islam dengan harapan dapat menjejaskan imej PAS. Ini secara langsung membuatkan golongan muda-mudi yang kurang pegangan agama menjadi benci kepada Islam.


3. **** HALANG USAHA DAKWAH

Contoh termudah ialah universiti yang dibawah telunjuk ****seperti Uitm di bawah Misai Lebat menghalang apa-apa aktiviti usrah dan perbincangan agama dikalangan pelajar. Pada masa yang sama, pelajar diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung apabila digunakan oleh **** untuk berdomstrasi. Usaha menghalang dakwah ini melemahkan lagi peganagn agama mereka.

Suatu contoh mudah. Sewaktu kelas berhubung faraid, seorang pensyarah Uitm membaca ayat Quran lalu menjelaskan bahawa bahagian anak lelaki dua bahagian dari bahagian anak perempuan (dalam harta pusaka).
Pelajar-pelajar perempuan lantas bangun lalu mengatakan ayat ini tidak adil. Inilah contoh kejahilan pelajar Uitm yang jahil agama dek kerana ****..

4. ****membudayakan maki hamun Ulamak

****membudayakan memaki hamun ulamak. Ulamak merupakan golongan pewaris Nabi yang memperjuangkan syiat Islam. Rata-rata ahli **** yang  dikenali amat benci kepada para ulamak kerana pada mereka, ulamak merupakan golongan bukan politik. Mereka lupa bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat Nabi juga merupakan pemimpin negara. Ahli **** asyik dengan khayalan mereka hendak memisahkan Islam dari kehidupan dan politik. Ini membuatkan golongan muda menjauhi masjid dan ulamak dan akhrinya mudah murtad.


5. BUNUH / ISA ULAMAK

Contoh ulamak yang terbunuh ialah Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz-ustaz yang cuba membantu umat ISlam yang disembelih oleh orang-orang Kristian di Ambon dahulu juga telah di ISA kan oleh ****. Mujurlah sebahagian telah dibebaskan.


6. MENGHALANG USAHAWAN ISLAM

Untuk menarik minat orang Islam kepada Kristian, golongan missionary telah mengeluarkan dana yang banyak. Sebahagian besar datang dari usahawan Kristian. Golongan usahawa Islam Melayu pro-PAS pula dihalang dan dilanyak perniagaan mereka oleh **** dan akhrinya usahawan Islam kekurangan dana untuk berdakwah. Contoh termudah ialah usaha **** menggunakan barua-barua mereka di dalam Biro Tatanegara yang memberi amaran kepada golongan professional tajaan kerajaan untuk tidak memberi sebarang ruang kepada usahawan Melayu pro-PAS agar lingkup bisnes mereka..

Harussani yang dahulunya cukup lantang menentang gejala murtad sudah menyepi sejak berkasih sayang dengan **** balik. Entahlah dunia..
Apa nak jadi dengan Malaysia ni???!!!Merdekakah kita dari penjajah agama versi baru ini?Tepuk dada tanya selera!
Apakah di maksudkan dengan " **** " anda pasti dapat menekanya!Jika tidak diberitakan di sini maka kita makin hanyut bersama ilusi politik mereka...Wallahua'lam...

Missionari Kristianisasi Menyerang Destinasimu?!!!








Assalamualaikum..

Kini makin sibuk dalam bulan yang mulia ini untuk aku selalu mengupdate bacaan terbaru untuk kalian.Memang aku tak nafikan aku makin sibuk kerana sering pulang kerumah keluarga yang ada internet tetapi tiada komputer kerana rosak.Hanya kesempatan mengupdate blog diberikan setelah ku kembali ke rumah sewaku di B.B.Bangi.

Dalam tempoh beberapa minggu ini,makin panas blog ini apabila diserang oleh musuh Allah.Mereka tidak akan duduk diam jika agenda mereka diketahui oleh umat Islam.Bagi mereka agenda mereka hendaklah disembunyikan dan jika diketahui awam,maka segala cara digunakan untuk mencantas orang yang mengkhabarkan dakyah mereka dengan pelbagai cara.

Mereka sudah pasti akan menggunakan kuasa polis dan kerajaan untuk menyekat golongan ini. Itulah yang berlaku kepada Majalah Al-Islam berkaitan artikel Wanita Muslim Murtad.Mereka tidak akan mengakui bahawa mereka salah satu punca yang menarik umat Islam yang lemah akidahnya ke agama Paul ini(Bukan agama Jesus).

Maka Destinasimu menerima kedatangan pengunjung yang bernama "Krsistian" yang sering benar menghantar mesej di chatbox.Jazakallah dan asif jiddan.Mengapa Asif Jiddan?Kerana empunya tuan punya blog tiada cukup masa untuk melayan anda.Namun 'comeback' Destinasimu akan terus menerus membongkar kegiatan Kristianisasi yang dilakukan di Malaysia!

Sudah tentu anda akan meminta bukti dan bukti bukan?Ya aku akan mengumpul sebeberapa banyak bukti.Jika kamu mahukan report polis,bagaimana aku mahu dapatkan kerana aku bukan polis yang boleh membongkar rahsia polis itu sendiri.Jika kamu mahukan gambar,nah aku sudah berikan beberapa gambar yang berisi buku yang menjadi salah satu bahan dakwah dan dakyah Kristianisasi di Malaysia dan Indonesia sejak beberapa lama dahulu sejak Merdeka.

Apa lagi kamu mahukan?Lelaki itu paderi di Sabah?Sudah aku khabarkan aku mendapatkan gamabr itu dari website Indonesia.Menyatakan bahawa itu adalah paderi Indonesia.Dan memang telah diketahui bahawa paksi utama Kristian di Malaysia ialah di Sabah kerana berdekatan dengan Filipina yang merupakan kubu kuat Kristian dunia.

Kamu kata aku memfitnah umat Kristian?Mana punca fitnah itu?Sudah tentu kamu menafikan ia kerana mahu menafikan kegiatan kamu bukan?Jika tidak ditulis di sini maka ianya bukan fitnah.Kamu fikirkan dengan AKta itu dapat melenturkan semangat jihad ku dan sahabat seIslam denganku?Ia tidak bisa melenturkan semangat kami!Jihad pilihan kami dan bagi umat Islam,dunia adalah penjara baginya namun bagi kamu dunia adalah syurga buatmu!

Bukan aku di sini mahu mencari gaduh denganmu Kristian namun hanya untuk menyedarkan rakan seakidah denganku akan bahayanya dakyah mu yang begitu halus seperti dengan menggunakan kuasa duit dan media untuk menjauhkan pemuda pemudi Islam dari landasan agama Islam yang sebenar.Kamu tidak akan mengaku akan hal ini tetapi ada segelintir dari golongan mu mempunyai strategi untuk memesongkan akidah umat Islam kerana Allah S.W.T telah memberi peringatan yang jelas dalam Al-Quran iaitu:



``Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ``Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang 
benar)''. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."(Al-Baqarah ayat 120)





Maka hendak tak mahu aku tetap mahu perjuangkan akidah diri ini dan akidah sahabatku yang lain dari dakyah kamu.Berikan bukti bahawa Bible yang kamu katakan benar itu berasal dari Allah?Berapa peratuskah tulisan Paul dan berapa peratuskah tulisan Jesus?Siapakah Paul?Tahukah kamu pengasas agama Kristian bukan Jesus(Nabi Isa a.s) tetapi Paul?Tahukah kamu berapa banyak ayat dalam Bible yang bercanggah antara satu sama lain?Tahukah kamu berapa banyak versi Bible yang begitu berbeza antara satu sama lain?

Berkaitan dengan air Holy Water.Allah lah yang paling berkuasa dalam segala hal.Dan dengan izin Allah air itu boleh menjadi racun kepada akidah umat Islam.Maka ianya merupakan peringatan Allah kepada umat Islam kerana lalai akan ancaman musuh-musuh Allah.Air Holy Water memang wujud dan boleh digunakan untuk pelbagai cara.Salah satunya untuk mengeraskan lidah daripada mengucap.Ini memang sudah ada buktinya dalam majalah Mastika dan Al-Islam serta sumber-sumber dipercayai dalam internet.Termausk temuramah dengan insan yang terkena penangan air ini.Ianya air jampi yang memang bahaya!

Ingatlah wahai sahabat seakidah denganku.Teguhkan safmu!Yakinlah pada jalanmu!Kini bulan Ramadhan yang barakah ini.Yahudi dan Nasrani tahu mereka tidak akan berjaya menentang kita dengan mata pedang namun mereka mampu melemahkan kita dengan peperangan pemikiran seperti ini!Rapatkan safmu dan ayuh kita berjihad!!!Allah hu Akhbar!



"(Ingatlah dan Kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang Yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh Yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan Yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) Yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan Yang dekat (Masa berlakunnya)."

Al Fath 26-27



Bidadari Berhias Menyambut Ramadhan!




DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.”

Berkata pula Saidina Ali bahawa Rasulullah bersabda: ”Apabila engkau melihat sehari Ramadan, maka bacalah olehmu ’Allahu Akbar’ tiga kali kemudian bacalah: “Segala kepujian bagi Allah yang menjadikan aku dan engkau dan menentukan bagi engkau pangkat (darjat) dan menjadikan engkau tanda (kekuasaan-Nya) bagi sekalian alam” atau bacakan: “Ya Allah! zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau, Allah”

Bersabda Nabi bahawa: “Bahawa syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya Ramadan.

“Pada awal malam Ramadan bertiup angin di bawah Arasy dan bergerak daun kayu dengan lemah longlainya ke dalam syurga, terdengar desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang amat indah, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhias bidadari sekaliannya hingga berdiri di atas puncak mercu syurga itu.

“Lantas bersuaralah bidadari: “Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah.” Kata bidadari lagi: “Apakah malam ini namanya?” Jawab Malik Ridwan: “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadan.” Lalu Allah berfirman: “Hai Ridwan, bukalah pintu syurga Babuljannah untuk orang yang berpuasa daripada umat Muhammad.

“Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad. Hai Jibril belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka, berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali: “Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.”


Itu dan Ini Itulah Mereka...


Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah. 

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah ‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh "Kairos Research Centreâ"™.
Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?
Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:


“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka . Firman Allah: 


“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)

Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad:7)

Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah!

Sekian, wallahu a'lam.
(http://malay.bismikaallahuma.org/gerakan-kristianisasi-di-malaysia/)

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini...


Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa


Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu


Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir


Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim


Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya


Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku


Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku


Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku


YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku


Cara Mencantas Keinginan Lelaki Berpoligami!


HEHEHEHE....

 
Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga ? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?


Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..
 
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah!
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one , “dua” is two , “tiga”. Isteri (is three ). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “ singular ” dan “ plural ”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “ Singular “; dua atau lebih “ Plural ”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular , two cars sebagai plural . Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU , jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS , tambah “s” je, kan ?  


Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi .
(Hanya sekadar gurauan!)

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga..


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad s.a.w Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah s.a.w telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda s.a.w terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah s.a.w, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi s.a.w, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. Insya-Allah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram“. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda“.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata, ”Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)


Mr Muthu


*MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: 'What is your birth date?'
Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'

*****

*MUTHU & HIS MANAGER*

The Manager asked Muthu at an interview... .
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'

*****

*MUTHU & LONDON TRIP*

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look like a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'
Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's why..'
Wife : ?????????

*****

*MUTHU & TOURIST*

A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said , 'No sir, only babies were born here.'

*****

*MUTHU & HIS EXPERIMENT*

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!'
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same.. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.
Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

*****

*MUTHU & DRIVER*

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'

*****

*MUTHU GOES TO HOTEL*

Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.
Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard

'WASH BASIN '

*****

*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*

Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'
Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '

*****  

Kisah Anjing Musafir


Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar. 

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang. 

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. 
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar. 

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba. 

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah. 

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba. 

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.” 


Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya. 

===================================== 

 Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun. 

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

10 Fakta Berkaitan Facebook dan Sespesis denganya!


1)Yang Pertama:

-Jika muka anda tidak lawa atau kureng lawa atau sewaktu dengannya,tak perlulah letak di Pictures Caption dengan menulis "Saya lawa","Saya hot"..Sapa nak percaya???


2)Yang Kedua:

-Siapa yang ada 25000 kawan?Biar benor?Ada kew?Kalau macam itu baik jadi wakil rakyat!Konfirm menang sebab dah popular sangat!Malangnya ramai kawan kowunk itu tak kenal secara berdepan.Tragis!


3)Yang Ketiga:

-Pastu kalau kawan kowunk ramai sangat,janganlah merungut tak tentu pasal seperti 'Eish asyik dia je yang antar komen kat aku.Menyemak je.Takda orang lain ke."Biasalah itu.Kawan kowunk kan ramai so terima ajelah mesej yang bukan-bukan dari mereka!


4)Yang Keempat:

-Pastu kalau kowunk memang dah lawa atau handsome,janganlah lah meletak Caption "Saya hodoh","Saya tak lawa","I Ugly".Meluat rasanya!Publisiti murahan katakan!


5)Yang Kelima:

-Anda gangster di Internet?Takyah nak berlagak di alam mayalah!Takda sapa takut dan takda sapa akan respect kepada kowunk!


6)Yang Keenam:

-Sehari sampai nak buat 20 komen untuk suruh orang tengok dan komen gambar baru kita. Antar berkali-kali buat menyemak je.Hantar sekali sudey!Sesiapa yang ambil berat je akan melawat gambar baru tu!


7)Yang Ketujuh:

-Kalau gambar korang lebih kurang samanya macam posisi ambil gambar yang kaku dan sama,baik tak yah amik!Cubalah pelbagaikan agar menampakkan kekreativiti kalian!


8)Yang Kelapan:

-Kalau kawan kowunk taknak approve friend request tu,tak perlulah nak paksa-paksa dorank!Pasti ada sebabnya kenapa mereka xnak approve.Tak moleklah nak merayu nak jadi kawan mereka.Leh cari lagi ramai kawan kat luar sana tu!


9)Yang Kesembilan:

-Budak kecik atau darjah 6 yang berlagak macam dah dewasa,bergaya macam dewasa pastu cakap entah bukan-bukan sepatutnya tutup komputer pi main congkak ke,main kejar-kejar ke!Lagi best dapat ramai kawan secara langsung!


10)Yang Kesepuluh:

-Kepada yang berchatting di Bulletin,apalah sangap betoi depa ni!Wat menyemak je list box bulettin.Bulletin hanya tempat untuk hebahkan berita bukan untuk berchatting.Nak berchatting hangpa pi la YM,MSN atau MIRC.Itu pun xdapat membezakan Chat ngan Bulletin ke?Buta IT kot!


HeHeHe,,hanya gurauan..jangan terasa erk!AMpun Maaf!



Kuiz Kenali Pasangan Ideal!





Berjaga-jaga jika tidak lahirkan zuriat!


AL-KISAHNYA:
Seorang wanita berusia 30 tahun dibakar suami dan mentuanya kerana gagal untuk memberikan zuriat selepas sembilan tahun berkahwin.

Lata melecur hampir 55 peratus badannya dan dilaporkan dalam keadaan kritikal di sebuah hospital tempatan.

Suaminya, Sanjay, 31, ibu mentua dan abang iparnya ditahan selepas Lata mendakwa mereka melakukan jenayah berkenaan terhadap beliau, kata kenyataan mangsa kepada polis.

Seorang pegawai polis berkata bahawa Lata dilaporkan dianiaya suaminya yang menganggur dan mentuanya pada petang Jumaat lalu kira-kira jam 6.30 petang di Geeta Colony, timur Delhi. - Agensi
Destinasimu:
Aduhai,macam-macam hal kat dunia ini.Selamatlah yang melakukannya bukan Muslim.Islam meletakkan isteri di bawah perlindungan suaminya maka adalah tanggungjawab si suami melindungi suaminya.Tidak boleh didera atau dikasari si isteri kecuali jika si isteri itu Nusyuhz iaitu menderhaka pada arahan suami yang baik.Namun tidak disakiti si isteri sehingga cedera fizikalnya.Itupun bertahap-tahap iaitu teguran,diasingkan tempat tidur kemudian baru dipukul si isteri yang tidak menyakitkannya sekadar untuk memberi peringatan yang baik.Itulah beza Islam dan yang lain.

Solat Malam Untuk Hapus Dosa


RASULULLAH bersabda yang bermaksud :
“Ramadan, bulan diwajibkan Allah puasa dan aku memberi contoh kepada kamu supaya solat malam. Siapa berpuasa dan solat malam benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar dosa bagaikan keadaannya ketika dilahirkan dari perut ibu.”


Sesungguhnya antara amalan yang dituntut pada Ramadan ialah qiamullail iaitu bangun beribadat pada waktu malam untuk menghambakan diri kepada Allah serta mengharapkan keredaan-Nya.

Qiamullail juga adalah amalan nabi dan rasul, orang salih serta alim ulama.

Ibadat ini boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah. Antara pengisiannya termasuk solat tahajud, bertasbih, bertahmid, berzikir dan membaca al-Quran.

Waktu yang dianjurkan qiamullail ialah sepertiga akhir malam.

Rasulullah sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh seperti digambarkan dalam hadis daripada Aisyah yang bermaksud:
“Bahawa Rasulullah bangun sebahagian daripada malam untuk mengerjakan solat hingga bengkak kedua-dua kakinya.Lalu aku berkata kepada Baginda : “Mengapa Rasulullah melakukan semua ini, bukankah dosa Baginda sudah diampunkan Allah sama ada yang terdahulu atau terkemudian?'


Rasulullah menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Dalam menjelaskan kelebihan sembahyang malam, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” (Surah al-Isra, ayat 79)


Firman Allah dalam surah as-Sajdah ayat ke-16 dan 17, bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) apa yang menyedapkan pandangan mata, sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.”


Muktamar Sanawi Iblis dan Syaitan Laknatullah kali ke-1400


"Bang Tan(nama panggilan bagi abang setan),hang dapat tak surat panggilan tawaran menyertai kem tahunan di Bermuda Triangle bermula Jumaat malam Sabtu ini?"

"Mestilah dapat,aku kan mengikut setia bortan(Boroi+Syaitan).Kali ini dah kali ke berapa entah aku pi dah.Aku nak regenerate balik semangat aku.Kat sana ada Muktamar Sanawi kali ke-1400 kita.Semua sahabat kita seluruh dunia berkumpul di sana"

"Betoi BangTan!AKu setuju.Bos kita,Iblis Ifrit akan bagi tazkirah dan peringatan serta mahu mendengar laporan tahunan setiap daerah di dunia ini.Eh ko dah ready ke nak bagi repot kat Si Ifrit tu?"

"Eh,aku ke kena?Bukan aku la!"

"Ko la!Kan ko dah naik pangkat tahun lepas selepas berjaya murtadkan seorang anak muda Melayu Islam!Itupun lupa!Jeles aku tau!"

"HeHe..jangan jeles!Takpe-takpe,nanti sebulan Ramadhan kita di Bermuda Triangle,akan ada Fasilitator hebat macam aku akan mendidik korank yang kurus ini untuk menjadi syaitan yang hebat!"

"Apa yang korank nak buat nanti ngan kami yang lemah ni?"

"Kita akan lihat balik strategi untuk lemahkan iman umat Muhammad dan bani Adam.Kita akan buat post-mortem selama sebulan disamping akan ada sesi muhasabah diri agar menjadi penyesat manusia yang maha hebat.Kemudian akan ada latihan Team Building untuk didik macam korank ni bagaimana memporakperandakan hubungan baik sesama manusia,menghebatkan Zina dan arak serta meneruskan agenda nenek moyang kita iaitu membawa bersama-sama bani Adam ke neraka bersama kita kelak!"

"Waaa..hebatnya perancangan korank!AKu tak sabar dah ni!Siaplah kamu wahai manusia.Aku akan menjadi seorang Syaitan yang hebat apabila Syawal menjelma! Korank nyanyi lagu raya aku nyanyi lagu kafir dan sesat buatmu!"

"Ok-ok..pi bersiap-siap.Tapi sebelum tinggalkan bumi Malaysia ini,baik ko sesatkan atau jauhkan semangat anak adam ko tu dari menerima kedatangan Ramadhan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.Biarkan dia rasakan Ramadhan sebagai satu penyiksaan ataupun berpuasa tidak ikhlas kerana Allah!"

"Baik bos!Jumpa di Bermuda Triangle 1 Ramadhan nanti.Jumpa di
Muktamar Sanawi Iblis Syaitan kali ke-1400 selama sebulan!"


Tanda-tanda kedatangan malam Lailatul Qadar!



LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)




Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

1)Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
2)Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
3)Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu
4)Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
5)Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
6)Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
7)Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
8)Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;


Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:


1)Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
2)Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
3)Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan
4)Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.


Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

5 Rahsia Nikmati Ibadah Puasa Ramadhan!


DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud:
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)


Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya :
“Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)



Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.



Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).



Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud:
“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

Puasa dan Terawih Menghapus Dosamu!


MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur.

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.

Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya:
“Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).


Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :
“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.

Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu.

Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa.

Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.

Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.

Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud:
"Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).