Alhamdulillah,terlalu banyak nikmat yang Tuhan berikan.Walaubagaimanapun perasaan ini hanya timbul apabila merasakan Tuhan Maha Besar dan pada masa yang sama merasakan diri begitu kerdil,lemah dan miskin di hadapan Allah.Jika tuhan mengeluarkan bil bagi segala nikmat yang diberikan,pasti dan pasti kita tidak dapat membayarnya selepas kita mengeluh membayar bil air,elektrik,telefon,internet dan lain-lain.Terlalu banyak perkara yang Tuhan berikan secara percuma.Antaranya:
Anggota dan Organ:
- Tangan
- Kaki
- Kepala
- Otak
- Jantung
- Hati
- Buah Pinggang
- Usus dan lain-lain.
Deria:
- Penglihatan
- Pendengaran
- Rasa
- Bau
- Sentuhan
Alam Sekitar:
- Cakerawala seperti matahari,bulan,bintang,planet,galaksi dan sebagainya.
- Huja,awan,angin.
- Tumbuh-tumbuhan
- Haiwan ternakan dan liar
Keluarga dan Masyarakat:
Ibu bapa,suami,isteri,anak-anak,sanak saudara,jiran tetangga,rakan sekerja,jemaah masjid dan sebagainya.
Perkara-perkara yang disenaraikan adalah terlalu sedikit bagaikan tidak sampai sebutir pasir dari ribuan trilion butiran pasir di muka bumi.Mungkin juga tidak sampai setitis air laut dari jumlah isipadu air lautan seluruh lautan.Allah mencabar manusia menghitung nikmat yang diberikan malah manusia cuba menghitungnya,namun ternyata ia adalah usaha yang tidak mampu dilakukan makhluknya yang lemah ini.Hal ini disebutkan di dalam Al-Quran sebagai peringatan maksudnya:
"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah,(pasti) ia takkan terhitung"
Surah Ibrahim: Ayat 34
Cuba kecilkan skop kepada nikmat udara.Allah memberikan nikmat udara dalam atmosfera dengan nisbah gas tertentu supaya sesuai dengan bumi yang dihuni oleh manusia dan lain makhlukNya.Denagn nisbah nitrogen 78% dan oksigen 21% dan selebihnya adalah CO2,Gas Nadir dan wap air.Keadaan ini tidak wujud di planet Marikh,bulan dan planet lain.Oleh sebab itu,bumi adalah tempat terbaik dan paling selamat buat manusia.
Bayangkan apabila tuhan mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak dilahirkan di dunia sehingga sekarang.Pasti kita tidak mampu membayarnya!Mungkin banyak tunggakkan. Apabila bil sudah beberapa kali tertunggak,perkhidmatan yang diberikan wajar dipotong.Bagaimana kita apabila bekalan oksigen dipotong?Bagaimana pula bekalan CO2 dipotong daripada diambil oleh pokok dan tanaman di kebun dan ladang?
Katakan kadar oksigen RM 0.10 setiap kali sedutan kita bernafas.Kajian menunjukkan manusia dewasa bernafas sebanyak 18 ribu hingga 30 ribu kali sehari.Katakan kita ambil yang minimum iaitu 20 ribu kali sehari,ini bermakna dalam tempoh hayat 21 tahun,individu itu telah bernafas sebanyak:
21 x 365 x 20000 = 153,300,00 kali!
Oleh itu nilai bil yang perlu dibayar ialah RM 15.3 Juta!Jika purata manusia hidup hingga 60 tahun maka jumlah bil yang mungkin dibayar ialah RM 45Juta!!!Subhanallah,betapa Maha Pemurahnya Allah pada makhluknya tidak kira beriman atau tidak manusia itu.
Bagaimana pula dengan tarikan graviti?Bukankah ianya penting untuk kita supaya dapat berjalan,duduk dan baring dengan betul?Tahukan kalian tanpa tarikan graviti,tulang manusia tidak mampat dan akan rapuh?Tanpa graviti,kehidupan seharian manusia tidak sempurna.Jika Tuhan cas sejam RM 1.00 untuk tarikan graviti maka dalam tempoh jangka hayat 20 tahun:
20 x 365 x 24 = 183 ribu ++ jam
Maka 183 ribu ++ x RM 1.00 = RM 183 Ribu!
Seumur Hidup RM 183 Ribu lebih RM 500 ribu perlu dibayar!Astaghfirullah,sangat sayang Dia pada kita!Tidak pernah kita fikir seperti itu???
Bersyukurlah dengan nikmat yang mungkin kita nampak begitu sikit dan kelihatan seperti tidak berguna.Jika kita mensyukuri nikmatNya,akan Dia tambah lagi dan jika kita mengkufuri nikmatNya,bersedialah dengan azab yang akan menyentuh tubuhmu!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan