Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Pertandingan Nasyid di KLIUC anjuran PMI

sAlam Sejahtera.

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat ana untuk melakukan kunjungan muhibah dan balas kepada Persatuan Mahasiswa Islam Kuala Lumpur Infrastructure University College di MPH KLIUC 22 April 2009 jam 8.30 malam.Ana dijemput oleh PMI KLIUC pada minggu lepas dan meminta ana menjemput beberapa wakil PPI UNITEN untuk menjadi tetamu pada pertandingan nasyid KLIUC. Pada asalnya ada 3 orang wakil muslimin yang hadir tetapi memandangkan ada yang sibuk,hanya dua orang sahaja yang mampu hadir.Apa-apa pun tahniah buat wakil muslimat dengan kehadiran 10 orang rasanya.Bersemangat ya! Inilah tujuan ukhwah kita!HeHeHe!Sebelum itu maaf pada pihak muslimat kerana ana dan Hakim tiba lewat sedikit kerana ada hal tak dapat dielakkan.Terpaksa patah balik dan ikut jalan jauh untuk mengambil Hakim.HuHuHU~~Asif Jiddan ya!Maaf ya!

Berpatah balik pada tajuk artikel kali ini,ana bersama sahabat dan sahabiah dari UNITEN dijemput menghadiri ke pertandingan nasyid.Kami dibawa ke dewan pertandingan oleh wakil PMI KLIUC.Dengan 6 buah kumpulan pertandingan yang mewakili setiap fakulti,ia merupakan acara tahunan kali kedua diadakan dengan jayanya oleh PMI KLIUC.Tahniah bagi pihak ana ucapkan kepada antum yang berusaha menjayakan program tersebut.Ana tahu betapa sukarnya menjayakan sesuatu program lebih-lebih lagi yang berunsurkan keagamaan.Sudah tentu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa di tempuhi.Moga Allah rahmati hasil kerja kalian. Bersyukur juga walaupun dengan masa yang singkat dapat ana dan Hakim bertemu dengan YDP PMI KLIUC iaitu saudara Afiq (eh ana pun tak pasti namanya).Dengan detik pertemuan tersebut menjadi titik tolak pada kerjasama erat antara PPI dan PMI untuk terus menyuburkan dakwah di UNITEN dan KLIUC.Kita berjiran maka kitalah perlu berganding bahu!Chewah semangat pulak ana ni.Kita manusia tiada terlepas dari kesalahan.Kami juga banyak melakukan kesalahan ketika melakukan sesebuah program atau aktiviti.Diharapkan juga pihak sahabat kami dari PMI juga memperbaiki apa yang kurang ketika majlis tersebut dianjurkan.Usia PMI masih muda berbanding kami tetapi antum sekalian telah menunjukkan daya usaha untuk menjayakan satu program yang hebat bagi perkiraan ana.Moga pada masa depan,kita yang membawa hidayah Islam ini,mendapatkan pandangan dan nasihat dari orang yang lebih memahami agamaNya agar kita tidak melakukan sesuatu yang lalai atau salah di sisi agamaNya.

Akhir kata,jazakallah dan syukran atas jemputan yang begitu bermakna buat kami dari PPI UNITEN.Majlis yang diadakan hebat dan berjaya bagi ana!Tahniah!InsyaAllah program akan datang tidak kira besar atau kecil,sudi-sudi jemput kami ya! Salam ukhwah fillah dari ana buat sahabat di PMI KLIUC....

1 Kesan Parut:

Jolynn berkata...

Alhamdulillah. Ana pun gembira program ini berjaya... Nanti ana akan post video mengenai team pemenang di blog ana. =)