Apabila Lelaki Vs Wanita
Duit
*Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit untuk barang berharga 1 Hinggit yang dia perlukan.
*Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit untuk barang berharga 2 Hinggit yang dia tak perlukan tapi ada sale….
Bilik Air
*Lelaki biasanya ada maksima 5 barang dalam bilik air iaitu berus gigi, obat gigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel).
*Kadar purata barangan wanita dalam bilik air adalah 37. Barang barang nih korang tak kenal pon jadik takyah lah senaraikan kat sini..
Berhujah/Berdebat
*Seorang pompuan memiliki kata putus/akhir dalam setiap perdebatan.
*Apa apa yang lelaki katakan selepas itu akan di jadikan bahan permulaan perdebatan baru.
Kucing
*Pompuan suka Kucing .
*Lelaki kata dia suka kucing , tapi bila pompuan tak nampak disepaknya kucing tuh ahaksss….
Masa Depan
*Seorang pompuan risaukan masa depannya sehingga dia mendapat suami
*Seorang lelaki tak penah kesah risaukan masa depan dia hinggalah dia dapat seorang isteri..
Berjaya
*Seorang lelaki yang berjaya adalah lelaki yang mampu membuat banyak duit untuk di belanjakan oleh isterinya
*Seorang pompuan yang berjaya adalah pompuan yang berjaya memikat lelaki seperti di atas… ahaksss
Perkahwinan
*Seorang Perempuan mengahwini seorang lelaki berharap dia akan berubah tapi tak gak berubah ubah sampai ke tua…
*Seorang lelaki berkahwin dengan seorang pompuan berharap dia takkan berubah, malangnya semuanya berubah… mental dan fizikal ..
TAPI HAKIKATNYA TAK SEMUANYA KITA MACAM DI ATAS KAN?aRTIKEL DI ATAS HANYA GURAUAN SEMATA-MATA..AHAKZ!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan