Jatuh Cinta Jika Renung 8.2 saat
LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.
Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.
Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.
Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.
DESTINASIMU-Hah..nak tergelak juga ana membaca artikel berita ini.Yang di bold itu menunjukkan bahawa pandangan yang bernafsu membolehkan manusia terjebak ke lembah kemaksiatan.Dalam Islam telah pun digariskan panduan dan adab-adab dalam bergaul.Islam menyuruh umatnya menundukkan pandangannya apabila melihat bukan mahramnya.Maka Islam telah mengajar manusia adab kemanusian lebih 1400 tahun yang lalu.Cuma tamadun Barat yang jauh kebelakang berbanding Islam...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan