Namakan blog anda ini dan mengapa dinamakan sedemikian?
~Destinasimu nama diberi. Nama penuh Destinasimu Destinasiku...
Sejak bilakah blog ini dicipta,di mana dan mengapa ia dicipta?
~Pada 8 November 2008.Bertempat di Baitul Junnud dan ianya dicipta pada asalnya adalah untuk mengisi masa lapang cuti semester selama 3 minggu.
Sebelum ini mempunyai sebarang blog?
~Ya..iaitu Fareastdihearty... http://fareastdihearty.wordpress.com/
Mengapa tidak teruskan dengan yang lama?
~Entahlah.Wordpress agak limited kalau nak cantikkan layout dan tambah widget pun agak sukar.
Nama asal Destinasimu?
~FareastHokage.Al-Kisahnya,sebelum tukar kepada Destinasimu, ana ingin membuat satu blog yang berkonsepkan hiburan.Tetapi setelah difikirkan kembali,lebih baik perbanyakkan kategori agar ianya saling melengkapi.Maka wujudlah Destinasimu.
Mentor Blog anda?
~KhalifMujahid.blogspot.com. Konsep Destinasimu diambil daripada blog sahabat ana ini iaitu http://khalifmujahid.blogspot.com/ .Cuma cara pengisian agak berbeza.Saudara Muiz (Admin Khalifmujahid) menyampaikan sesuatu artikel tidak secara direct.Ana pula lebih direct. Beliau pandai dalam Photoshop.Ana masih tak pandai menggunakannya.
Pesaing Blog anda?
~Sudah tentu KhalifMujahid...Sebab blog dia sudah ada peminat.
Purata Pengunjung setiap hari blog anda?
~Nuffnang.com merekodkan 100 orang setiap hari dengan 60 orang pengunjung unik mean pengunjung yang melawati kerap dan lama di blog ana.
Ranking Blog Anda?
~Alexa.com meletakkan Destinasimu di tangga ke 5.3 Juta untuk seluruh dunia dan di Malaysia,blog ana di tempat ke 80000...
Masalah dengan blog?
~Setakat ini tiada.Cuma kadang-kadang memikirkan apakah artikel yang boleh menarik perhatian pembaca menjenguk dan singgah di blog ana.
Pernah dikritikan blog anda?
~Sudah tentu.Salah satu kritikan membina yang ana masih ingat ialah ada seorang pengunjung mempersoalkan kenapa Destinasimu sekejap artikel agama,sekejap hiburan dan sekejap percintaan?Jawapannya,Destinasimu merangkumi segala aspek kehidupan.Setiap pengunjung Destinasimu adalah unik dan tidak semuanya berkehendak kepada satu perkara semata-mata.
Yang kelakar apabila membuat blog ini?
~Dapat ramai kawan-kawan di YM.Ana telah meletakkan YM ana di blog.Maka ramailah sahabat dan sahabiah yang add ana.Meriah rasanya YM ana.Jazakallah..^-^
Purata artikel baru dalam sehari?
~Jika cuti,insyaAllah ana usahakan 2 hingga 3 artikel sehari.Dan jika sibuk dengan tugasan mungkin hanya satu artikel sehari.Bergantung pada kelapangan yang dikurniakan.
Artikel paling panas?
~Susah nak jawab sebab semua artikel adalah panas!HeHeHe..
Berapa kali anda menukar layout Destinasimu?
~Termasuk yang terbaru ini (sedang digunakan),telah 3 kali ana tukarkan layout.Yang pertama ditukar sempena 100 hari Destinasimu,yang kedua ditukar kerana widget yang lambat loading dan tidak support IE.Yang ketiga adalah yang ana gunakan sekarang.
Susah ker nak ubah layout?
~Fuh...susah.Mean nak kena kreatif.Ambil masa paling cepat 3 jam (tanpa berhenti).Memang memerlukan kesabaran.Jika tak jadi,itulah yang menyedihkan.
Boleh buat duit ke dengan blog?
~Alhamdulillah.Setakat ini belum serius dengan blog.Tapi Nuffnang kadang-kadang mengiklankan sesuatu di blog ini.Dengar kata akan masuk akaun Nuffnang ana hujung bulan ini. Hanya Allah sahaja tahu.
Ada terfikir letih menulis blog?
~Tak pernah sebab ana sayangkan blog ini dan sayangkan pengunjung setia Destinasimu...
Dapat kesan pengunjung anda?
~Sukar.Tetapi kebanyakan datang dari Puchong.Ada juga dari Kota Kinabalu.Ada juga dari Jerman.Ramai kawan ana di sana.Indonesia juga ada..
Boleh Mencari Bakal Zaujah melalui blog?
~Wa....berat nak jawab ni.No Komen.Hanya Allah,ana dan mungkin dia yang tahu.
Harapan anda terhadap Destinasimu?
~Ana mengharapkan agar blog ini menjadi persinggahan kepada semua pengunjung.Sebarang komen dan cadangan amat ana hargai.Jika mahukan sesuatu artikel,bolehlah tinggalkan mesej di chatbox atau YM ana.Moga Destinasimu menjadi sebuah blog yang mempunyai ramai pembaca agar ilmu yang disampaikan berkembang biak....InsyaAllah.Jazakallah kepada yang terus menyokong perjuangan Destinasimu...Hanya Allah mampu membalas jasa kalian...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan