Salam Ukhwah...
Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga ana menjual laptop ASUS ana dengan harga RM 2500 kepada seorang pembeli yang juga merupakan siswa di UIA Gombak.Pertemuan dilakukan di Jusco AU2 pada jam 9 malam dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Pembeli bersetuju dan keesokan harinya,beliau membeli laptop ana tersebut dengan harga seperti yang tertera di atas.
Dengan cash yang ana bawa di poket sebanyak RM 2500, ana terus ke Low Yat,Pusat IT Malaysia. Selamatlah pada malam sebelumnya ana telah survey di LowYat.net untuk melihat dan membandingkan harga Desktop (PC) dengan bajet yang ana ada.Ini merupakan kali ketiga ana mencari sendiri part PC sendiri.Sebelum ini ana pernah membantu saudara Nazmie dan kemudiannya adik ana.Kini ana mencari sendiri PC idaman ana.Ana tahu dengan bajet RM 2200 ana tidak mampu mendapatkan spec yang begitu tinggi untuk games dan software.Tetapi ana melakukan yang terbaik.Oleh kerana ana telah ada senarai barang yang perlu dibeli di kedai yang telah ana tetapkan iaitu Cycom,ana telah berurusniaga selama 30 minit dengan cina yang menjaga kedai tersebut dan telah tawar menawar dengan dia.Dari RM 2300++ dapat dikurangkan lebih RM100 iaitu RM 2200.Berpuas hatilah ana dengan spec yang ana idamkan iaitu:
- AMD Phenom 2 X3 720 Black Edition (2.8 GHz,6 MB FSB L3 Cache,1333MHz DDR3,AM 3)
- Asus Motherboard M2N68 with Nvidia nForce 630a Chipset (DDR2-800).
- 4 GB Ram (Corsair XMS High Performance).
- GiGabyte Nvidia Geforce 9800 GT Zalsman Cooler (512 G-DDR3,256 Bit)
- 500 GB Western Digital (7200 RPM,16 MB)
- 19" Acer Crystal LCD
- Samsung X22 DVD Writer.
- i-Cute CPU with 500 Watt and 3 Fans.
- Aztech Wireless.
- Lexma Keyboard and Mouse for Gaming.
- Kaspersky Internet Security 1 User
- Windows Vista Ultimate SP2
- Microsoft Office 2007
Alhamdulillah,semuanya RM 2200 tak termasuk Vista dan Office.Masa ana membelinya,ana tidak survey performance untuk Processor ana iaitu AMD Phenom 2 Triple Cores 720 Black Edition.Tetapi setelah pulang ke rumah dan mencarinya di internet,ramai expert gamer termasuk benchmark menyarankan pengguna menggunakan processor ini kerana kemampuannya menandingi dan apabilan overclock melebihi semua Intel Core 2 Duo E versi dan menyamai kehebatan yang dimiliki oleh Quad 9400.Power consumption juga adalah terendah dan ianya tidak cepat panas berbanding dengan AMD yang lain.Oleh itu,para pengunjung yang mahu mencari PC yang murah tetapi sangat bernilai untuk game dan kerja, ana sangat menyarankan antum sekalian mencuba processor ini.Ana telah menggunakan ia.
Malam semalan ana telah melakukan 4 tugasan serentak iaitu Defragment+Kaspersky+ Disk Cleanup+YM+CCleaner,bacaan pada meter Windows Task Manager cuma cecah maksimum 70%.Sedangkan ketika itu,semuanya bergerak serentak.Ana telah mencuba processor ini dengan games baru seperti DOOM3,Halo 2,NFS Undercover,MotorMax dan CnC Trillium War dengan ultimate graphic detailed dan alhamdulillah,tiada langsung masalah yang ana hadapi. Oleh itu,selamat mencuba.Dengan harga RM 520 untuk procesor itu sahaja,bagi ana ianya amat berbaloi.Salam ukhwah...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan