Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Ana dan Enti (Part 1)


Aku melihat jam di dinding.Ah sudah menunjukkan jam 10 malam.Mata masih belum mahu tidur agaknya.Aku merenung laptopku.Sudah berhabuk sedikit.Maklumlah baru bukak semester,kesibukan mengelilingi kehidupan seharian diriku ini.Aku menekan button "Post" pada hujung punat kiri mouse ku.Sebuah artikel baru sudah dipost.Penat lelah diriku menyiapkan selama beberapa jam akhirnya membuahkan hasil.Aku telah menukilankan hasil kerja tanganku di dunia maya yakni internet.Aku menatap setiap lembaran kisah-kisah tauladan dalam internet. Banyak rupanya yang menarik untuk aku tuliskan kembali di blogku.
Tiba-tiba lamunan aku dikejutkan dengan bunyian loceng di kotak chattingku.Eh seperti pernah ku lihat nama ini.Wafa...Ah ya,dia telah menambah namaku sebagai rakan chatting petang tadi.Tapi siapakh dia?Kenapa pula mahu bertegur sapa denganku?Tak kisahlah.Aku buang jauh-jauh prasangka tidak molekku terhadap kawan baru ku ini.
Wafa:Assalamualaikum...
Insan:Ws.Siapa di sana?
Wafa:Awak sibuk ke sekarang?
Insan:Sudah tentu tidak.Baru habis update sesuatu di internet.
Wafa:Saya sangat meminati artikel awak.Maaf jika saya menganggu awak sekarang.
Insan:Dari mana awak dapat tahu artikel saya?
Wafa:Saya mencari carian gambar masjid.Kemudian saya klik sebuah masjid dan terus link ke artikel awk.
Insan:Oh begitu yer...Maaf atas segala kekurangan pada artikel saya.Saya juga manusia biasa ada lakukan kesilapan.
Wafa:Tak mengapa.Sangat suka pada entri awak.Menarik...
Kembang kempis aku menerima pujian seperti itu.Ah,itu semua akan mewujudkan perasaan riak dalam diri ini.Aku menulis artikel pun kerana untuk perkongsian bersama.Untuk mencari populariti jauh sekali.Aku pandang lagi ke chatbox Yahoo aku.Kenapa la aku rajin pula mahu berchatting dengan kawan baru aku ini.Macam-macam dibualkan.Biasalah kawan baru.Semua benda nak tahu.Nanti akhirnya akan reda juga aku chatting dengan dia selepas tiada lagi topik untuk dibualkan.Namun sangkaan aku meleset.Setelah ditemukan pertama kalinya melalui dunia maya,dia mencari seseorang untuk diluahkan masalah yang membelenggu hidupnya.Aku dengari masalahnya.Melalui chatbox.Tetapi aku tidak dapat menangkap apa yang sebenarnya berlaku.Dia seperti begitu sukar untuk mengungkap masalahnya itu.Panjang lebar dia terangkan kepada ku.Dia punyai masalah dengan keyakinan dirinya.Baginya ada yang mengganggu hidupnya. Seperti ada makhluk yang mengawasi dirinya.Dia menjadi takut dan tidak meyakini akan atas segala pekerjaan.Dia juga mulai hilang keyakinan diri.
Wafa:Awak,benda tu ganggu saya.Ia penyakit keturunan.Kenapa orang dahulu jaga benda tu.
Sekarang cucu cicit yang tidak bersalah menjadi mangsanya.
Insan:Enti,bersabarlah..Dia juga makhluk Allah.Enti,tidak mahukan berubat?
Wafa:Saya akan berubat akhi.InsyaAllah isnin ini.
Insan:Ana doakan enti sembuh dari apa yang enti tidak ingini.Amin.
Wafa:Terima kasih ya akhi...
Setelah beberapa ketika dan hari berikutnya....
Wafa:Akhi!Gembiranya saya!Saya disahkan tidak diganggu makhluk itu!Ustaz berkata saya hanya mempunyai masalah pada keyakinan diri.Self-confident katanya.
Insan:Alhamdulillah.Gembira ana mendengarnya.Sekarang,ana nak berikan enti semangat untuk enti teruskan hidup enti.Jangan fikirkan tentang gangguan.Segala permasalahan datang dari diri kita sendiri.
Wafa:Syukran ya akhi...
Insan:Tak mengapa,apa-apa masalah enti bagi tahu pada ana.Jika ada kesempatan ana bantu enti k..
Alhamdulillah,sahabatku itu sudah terlepas dalam salah satu persoalan terbesar hidupnya iaitu persoalan 'penjaga' yang selama ini mencoretkan zaman hitam dalam hidupnya.Rupa-rupanya dia tidak memilikinya.Sejak saat itu,aku menjadi peneman motivasi kepadanya.Aku seperti tenang dan gembira apabila memberikan nasihat kepadanya.Mungkin aku sendiri tidak pernah mengalaminya,tetapi dengan cara memahami keadaan dia,aku dapat belajar untuk memberikan nasihat sepatah dua kepadanya agar dia menjadi tenang dan terasa seperti ada sahabat yang bersama dengannya untuk menghadapi rintangan hidup.
Wafa:Akhi...Saya sedih sangat.Saya tumpang sedih dengan kesedihan yang dihadapi oleh kakak saya.Along saya jauh dari sini.Maka sayalah menjadi adiknya paling rapat ketika situasi sebegini.
Insan:Enti,apa masalah yang dihadapi oleh kakak enti?
Wafa:Akhi tahu kan,kakak ana mahu bernikah minggu depan.Tetapi bakal suaminya itu tiba-tiba seperti mahu membatalkan majlis pernikahan.Dia kata seperti kehilangan semangat untuk meneruskan pernikahan pada hari Jumaat nanti.Akhi,say sedih sangat.Benda tu ganggu kakak saya.
Insan:Enti,percayalah,perkara ini adalah ujian dan tarbiyahNya untuk enti sekeluarga.Bukan untuk membinasakan enti.Ana rasakan ia bukan kerana makhluk itu.Tetapi adalah bisikan syaitan.Syaitan sangat berduka cita apabila pasangan bernikah kerana pernikahan itu menghalalkan hubungan suami isteri.Berbanding zina,syaitan gembira dan ketawa melihat dua anak adam melakukan perkara terkutuk hingga melupakan akan dunia ini hanya tempat yang sementara.
Wafa:Akhi,doakan keputusan bakal abang Ngah saya berubah.Kesian pada kakak.Persiapan perkahwinan semua sudah diuruskan.Jemputan juga telah dihantar.Nanti keluarga lelaki mahu bawa abang Ngah saya itu berubat.Begitu banyak dugaan kami hadapi.
Aku mendengar dugaan dan masalah yang dihadapi oleh sahabatku ini dengan penuh kerelaan. Aku tahu,jika seseorang mempunyai masalah,dia akan meluahkan pada seseorang yang dia rasa rapat.Yang dia rasa senang dan selesa untuk diluahkan.Aku menganggap dia hanya sahabat baik yang berkongsi tatkala dugaan dariNya hadir dalam diri ini.Tetapi jauh di lubuk hati,aku merasakan dia bukan sebarangan gadis.Dia pernah berkata padaku..
Wafa:Akhi,nanti diizinkan Allah...saya bersama abang long saya yang akan pulang dari pengajian di Mesir akan berjumpa akhi.Akhi berbuallah dengan dia k.Moga abang saya menyukai akhi.
Terkedu lidah ku membacanya.Ah,kenapa pula serius sahabatku ini.Sampaikan berjumpa abang dia pula.Dah la jurusan agama,masak juga aku nak jawab jika dia tanya aku macam-macam persoalan agama.Aku bukan alim sangat pun.Lagipun buat apa nak abangnya menyukai diri aku.Sahabat je pun...
Insan:Enti,benarkah?Mengapa begitu awal?
Wafa:Tidak,hujung tahun ini.Buatlah persediaan.Abang saya baik orangnya.Saya sangat sayang padanya.
Insan:InsyaAllah...kelak pun berjumpa kerana sahabat bukan.
Wafa:Mungkin....
Mungkin?Aku menjadi gusar.Gusar sangat hati ini.Apa maksudnya mungkin itu?Adakah dia mahu memutuskan hubungan sebagai sahabat?Atau meneruskannya ke satu tahap yang lain? Dan aku masih ingat,genap 120 hari selepas kali pertama dia menegurku di chat box,dia menceritakan kisah sahabatnya...
Wafa:Akhi,sahabat ana ini ada masalah.Saya tak dapat nak menjawabnya.Boleh akhi bantu.
Insan:Apakah masalah yang dihadapinya enti?
Wafa:Sebenarnya sahabat saya ini....
Insan:Kenapa?Ceritakan sahaja...
Wafa:Dia menyukai seseorang.Tetapi dia tidak berani meluahkan rasa hatinya.APa yang perlu dilakukan oleh sahabat saya itu?
Insan:Oh.Masalah suka dengan seseorang ya?Beginilah.Ana tak suka pada sesuatu yang membawa masud pada couple.Kalau dia suka seseorang dan menyukainya lebih dari seorang sahabat karib,katakan pada dia,berdoalah pada Allah agar dipertemukan sahabat enti tu dengan lelaki pilihannya itu.
Wafa:Tetapi sahabat saya itu tak berani.Dia rasa dia serba kekurangan berbanding lelaki itu. Tetapi sejak pertama kali mengenalinya,dia rasa begitu senang bersamanya dan terasa kehilangan sesuatu apabila tidak bercakap atau menghubungi dengannya.
Insan:Ah,ini dikatakan cinta enti.Sahabat enti itu telah jatuh cinta mungkin.
Wafa:Mungkin..kemudian apa perlu dilakukan dia?
Insan:Katakan pada sahabat enti tu,terus terang sahaja pada pemuda pilihannya itu.Nanti terlepas pula.Kalau sahabat enti tak yakin dengan diri sendiri,kena kuatkan keyakinan dia.Kalau dia rasa dia tak sempurna untuk lelaki itu,adakah lelaki itu sempurna buatnya?Bukankah tiada yang sempurna di dunia ini melainkan sifat dan zat Allah Taala?Berterus terang.Tetapi janganlah ada bibit percintaan yang membawa kepada couple sebelum pernikahan.Luahkan pada si dia dan katakan "Saya simpan hati saya untuk awak dan luahkannya apabila tiba saat itu kelak".
Wafa:Syukran ya akhi.Nanti saya bagi tahu pada sahabat saya itu ya.Akhi buatlah kerja akhi. Saya nak beritahu pada sahabat saya itu.
Insan:Baik ya enti..Good Luck..
Lega rasa di hati dapat membantu masalah sahabat kepada sahabatku ini...Bagaimana ya dia menceritakan jalan penyelesaiannya kepada sahabat dia itu?
Bersambung.......

1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

neyh bukan kategori ikhtilat ker? =) sekadar bertanya