Chatting adalah wahana komunikasi maya zaman kini selain telefon bimbit.Malah dengan telefon bimbit juga,perkhidmatan chit chat dan email dapat digunakan dewasa kini.Malangnya kemudahan dan teknologi ini banyak disalahgunakan dan membawa keburukan kepada pengguna.Namun kebaikannya juga banyak iaitu:
- Mengeratkan persaudaraan,persahabatan dan tali silatulrahim.
- Medium bertanya dan menyoal guru,pensyarah,pakar ataupun yang lebih mengetahui sesuatu bidang.
- Menyampaikan dakwah,bimbingan dan nasihat.
- Berbincang dan bermesyuarat.
Semua perkara di atas jelas menunjukkan bahawa jika internet digunakan cara yang betul dan lurus,maka ia menjadikan teknologi mesra Islam.Apabila dilakukan ikhlas kepada Allah (ikhlas pada yang baik sahaja),maka ia nya juga dikira sebagai ibadah kepada Allah.Contohnya berchit chat dengan ibu bapa,suami isteri dan anak-anak,bukankah ianya mengeratkan silatulrahim?
Ruang sembang yang wujud di dunia maya internet adalah medium komunikasi yang efektif dan praktikal.Hanya dengan memasuki mana-mana channel chatting seperti Yahoo Mesengger,MSN Mesengger,MIRC,Skype,ICQ dan sebagainya,dengan kuasa di hujung jari kita,kita dapat berkomunikasi dengan manusia di seluruh pelusok dunia!
Ruangan ini begitu popular di kalangan masyarakat terutama golongan remaja atau belia.Maklumlah mereka belum mempunyai pendapatan yang kukuh dan tetap.Mahu menelefon agak keberatan kerana menggunakan kos perkhidmatan yang tinggi.Tetapi dengan chatting, mereka dapat berbual di internet dengan tanpa risau akan kos yang dibayar.Cuma bayar kos internet dan elektrik di mana jika digabungkan keduanya jauh lebih murah dari membayar bil telefon.Bagi yang aktif berdakwah,saluran ini boleh menjadi medan dakwah yang amat berkesan.
Aktivis Kristian menggunakan ruangan sembang ini sebagai kaedah bagi menarik umat Islam yang was-was akan agama Islam yang benar untuk memesongkan akidah mereka.Maka tidak hairanlah,dewasa kini,ada di kalangan umat Islam yang terperangkap dan murtad hasil didikan halus menerusi dunia maya.
Mari kita ikuti pula sebuah kisah yang menceritakan bagaimana seorang yang digelar sebagai D yang sudah bosan dengan kehidupannya dihadapan laptopnya.Apabila dia mahu masuk tidur, hatinya tergerak dan menariknya untuk membuka kembali laptopnya dan dia ikuti sahaja kehendaknya hatinya itu.Dia mengklik sign in pada akaun Skypenya.Sejurus kemudian,dia berkenalan dengan seorang lelaki yang digelar sebagai A.Maka terjadilah perbualan seperti berikut:
D:Hai...Selamat Malam.
A:Selamat Malam juga.
D:Adakah awak muslim?Nama awak nampak pelik.
A:Ya.
D:Atau awak berdarah campur?
A:Saya saudara baru Islam.Saya orang Amerika.Hampir 5 tahun saya menjadi penganut Islam.
D:Oh,jadi awak baru memeluk Islam?
A:Ya.
D:Apa yang membuatkan awak mahu memeluk Islam?
A:Adakah awak muslim?Awak Muslim?
D:Tidak,tetapi saya tahu serba sedikit tentang Islam.Saya ada ramai kawan yang beragama Islam.Mereka ada mengajak saya memeluk Islam.Cuma saya masih berfikir dan belum menemui jawapannya.Oh ya,awak belum menjawab soalan saya lagi.
A:Saya memeluk Islam kerana mendapati Islam membenarkan Tuhan Yang Esa.
D:Ya betul.
A:Itu yang memberi kesan pada saya.Ini yang saya cari selama ini.
D:Oh!Islam memang agama yang indah.
A:Dan ia perkara terindah yang pernah saya miliki dalam hidup!....
Demikian sebahagian daripada kandungan perbualan maya mereka.A cuba memujuk D memeluk Islam,tetapi D memberi beberapa alasan seperti sedang memakai pewarna kuku (D sebenarnya sudah terdedah dengan Islam sejak sekolah rendah dan dibesarkan dalam keluarga Hindu serta pernah hidup sebagai freethinker selama setahun).
Dipendekkan cerita,akhirnya D terbuka hati untun Islam.A mengajar D cara mengambil wuduk.Kemudian dengan menggunakan voice chat,D mengucap dua kalimah syahadah di hadapan A yang sebenarnya sudah beristeri dan isterinya tinggal di Kaherah,Mesir.Menjelang subuh,buat pertama kali D menunaikan sembahyang dengan tuala sebagai penutup kepala dan sarung bantal sebagai penutup kaki!
"Sesiapa yang menyeru (berdakwah) kepada petunjuk,(dia) akan mendapat pahala sama seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya,tiada dikurangi sesuatu pun daripada pahala-pahala mereka."-Hadis Muslim.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan