Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Alhamdulillah...Buat Kali Keduanya...


...Assalamualaikum...

Pada jam 1.30am 18 April 2009,berdenyut kencang jantung ana membuka http://info.uniten.edu.my/info untuk mengetahui result keputusan peperiksaan Semester 2 2008/2009.Mata ini terus sahaja ke button Result apabila memasuki homepage berkenaan.Ah!syukur,walaupun tidak tinggi tetapi sekurang-kurangnya melebihi apa yang ana targetkan pada sem lalu.Ketika ramai sahabat dan sahabiah ana dari universiti yang lain baru memulakan peperiksaan mereka,ana dan sahabat di UNITEN telah pun memperolehi keputusan masing-masing.Buat kali keduanya ana mendapat result yang hampir sama seperti result yang lalu.Moga cita-cita dan azam ana untuk mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.40 tercapai hendaknya(dalam hati inginkan 3.50 untuk 1st class).PROTON dan PERODUA...ana menyahut panggilan mu...Amin Ya Allah...Alhamdulillah atas kurniaan mu yang sangat besar ini...Terima kasih mak abah atas doamu..dan terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama berjuang dengan ana sepanjang semester yang lalu...JAZAKALLAH...

0 Kesan Parut: