Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sahabat Ini...


Seorang sahabat ini sedang mengalami masalah dalam hidupnya.Sahabat ini memerhatikan dirinya yang serba kekurangan.Dia akur siapalah dia.Jari telunjuknya menekan tetikus dan mengawalnya di layar monitor komputernya."Ah,apa yang hendak aku lakukan ini?".Terlintas dalam benak kepalanya.Tercetus satu perkataan yakni "KETENANGAN".Ketenangan baginya ialah kembali pada fitrah manusia.Dalam menghadapai suasana kehidupan yang kian mencabar, dia perlu kembali ke kejadian asal usul manusia iaitu kembali ke Rabbnya.Apabila dia mengingati tuhannya, dia teringat pada simbol binaan Islam yang begitu agung sejak zaman Rasulullah lagi iaitu rumah Allah atau lebih dikenali dengan panggilan masjid.Dia terus menaip MASJID pada carian di google search di bahagian picture.Maka terkeluarlah salah satu gambar yang begitu menyemarakkan hatinya.Kelihatan sebuah masjid di tepi tasik dan kubahnya berwarna biru.Dia terus mengelik masjid tersebut dan terkeluarlah sebuah blog.Pada saat pertama dia melihatnya,hatinya sudah jatuh cinta pada penulisnya.Ah,hebat sungguh pengisiannya.Begitu menyentuh jiwa dan begitu tenang menatapnya.Siapakah dia?Mengapa di saat aku di dalam kekalutan,ku rasakan ketenangan melihat blognya?Ya Allah,apakah semua ini?Adakah ini merupakan rahmat atau bebanan ujian buatku nanti?

Mataku merenung tajam adminnya.Profilenya termaktub alamat chattingnya.Tanpa menunggu atau membuang masa,aku terus add dia kedalam list YM ku.Aku tak mengharapkan apa-apa dari dia cuma mungkin boleh berkenalan dengan dia sahaja.Aku mula tertarik dengan blognya. Buzz!!!Aku mencuba nasib.Aku tahu aku langsung tidak mengenalinya tetapi aku mula mengetahui kewujudannya sejak saat pertama aku melihat gambar masjid tersebut.Buzz!!!Dia membalas!DuppDuppDupp...mengapa jantungku berdebar?Apakah semua ini?"Salam",sapa aku padanya."Walaikumsalam.Boleh saya tahu siapa di sana?".Huh..begitu cepat dia bertanya pula padaku...sapaan pertama dan balas sapaan tersebut itu merupakan titik tolak aku mengenalinya. Walaupun aku bukan senegeri dengannya,mungkin dalam hati ini,aku lebih gemar pada yang bukan senegeri denganku.

Aku tahu aku takut untuk meluahkan segalanya kepada dia sebab aku tahu siapalah aku dengan dia.Mungkin dia tinggi ilmunya dan anak orang berada.Tetapi sejak saat pertama aku mengenalinya, dia peramah dengan ku.Tenang rasa hati ini mengenalinya.Pernah aku mengalami masalah dengan keluarga ku.Aku perlu yakinkan diri ku  untuk menghadapi musibah yang menimpa keluargaku.Aku meluahkan padanya.Dan ketika itu,baru aku ketahui,kenapa Allah mentakdirkan aku menemuinya.Dia memberikan aku semangat dan dia juga memberikan kata perangsang untuk aku terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup ini."Enti,bersabarlah ya.Semuanya dugaan Allah.Dia sayangkan enti.Kalau dia tak sayangkan enti,dia akan biarkan enti keseorangan.Dia menguji hambaNya sebab dia tahu limit kesabaran dan kecekalan hambaNya menghadapi ranjau yang mendatang.Ana akan bantu enti dari segi nasihat.Ana tahu,enti mampu lakukannya.Percayalah pada kemampuan dirimu sendiri ya."".Ah, begitu tersusun kata-katanya.Aku  terasa seperti dihargai dan dilindungi.Baru aku tahu mengapa tuhan menciptakan Adam dan dipasangkan dengan Hawa.Kerana Adam tidak mampu hidup keseorangan dan begitu juga dengan Hawa.Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam yang bengkok.Kaum adamlah perlu meluruskan ia.Jika tidak,makin bengkoklah ia.Ah...Ya Allah, tenang rasanya aku memiliki si dia.Moga ada jodoh antara kami.Aku tidak akan melangkah ke alam percintaan sebelum pernikahan kerana aku tahu itu keji dan salah.Biarlah aku merintih dan berdoa serta sujud di sejadahku agar dia menjadi milikku.Kehadirannya menjadi penyeri sinar kehidupan ku ini.Telah ku temui destinasi hidupku....Amin...

(Dipetik dari kisah Ana dan Enti)

2 Kesan Parut:

bicara hati berkata...

assalamualaikum.........

alhamdulillah enta dh bertemu zaujah...ana tengok pun enta bnyak menulis mengenai zaujah dan perkahwinan..enta dh bersedia....
ana doakan kebahagiaan enta....
insyaAllah

sahabatmu....
nur nazmar shaleh.....

bicara hati berkata...

assalamualaikum.........

alhamdulillah enta dh bertemu zaujah...ana tengok pun enta bnyak menulis mengenai zaujah dan perkahwinan..enta dh bersedia....
ana doakan kebahagiaan enta....
insyaAllah

sahabatmu....
nur nazmar shaleh.....